Part 16.

Romance Completed 17083

Hari ini Ashraf pulang kerja seperti biasa. Dia tidak mahu Zulaikha curiga dengannya nanti. Lagipun dia rindu masakan isterinya itu.

Zulaikha masih melayaninya seolah tiada apa yang berlaku. Sedikit pun Zulaikha tidak menarik muka dengannya. Riak isterinya itu biasa sahaja. Seolah telah melupakan apa yang telah terjadi.

" Abang nak makan? " soal Zulaikha lembut.

Ashraf mengangguk.

" Boleh jugak " .

" Sekejap Zu isikan " .

Zulaikha terus mencedok nasi ke dalam pinggan Ashraf.

" Terima kasih " ucap Ashraf.

Zulaikha hanya memerhati suaminya makan. Penuh berselera seperti selalu. Sudah lama Ashraf tidak menjamah masakannya.

Selesai Ashraf makan, Zulaikha berkira-kira sama ada mahu bertanya atau mendiamkan diri. Tapi jika dia mendiamkan diri, sampai bila-bila hubungannya dengan lelaki itu akan dingin. Dia nekad untuk menyelesaikannya.

" Abang, Zu ada benda nak cakap dengan abang " .

" Apa dia ? " soal Ashraf.

" Sejak abang balik dari outstation hari tu abang macam dah berubah. Abang dah tak sama macam dulu. Zu ada buat salah dengan abang ke? " .

Ashraf terdiam seketika. Dia menggeleng perlahan.

" Tak. Zu tak ada buat salah apa-apa pun. Abang banyak kerja sikit. Sebab tu busy. Maaf kalau Zu tak suka " .

" Tak apa. Abang tak perlu minta maaf. Zu tanya cuma minta kepastian. Zu tahu abang masih sama. Cuma kerja abang banyak sebab tu abang busy sikit. Balik lambat. Kan? " .

Ashraf mengangguk perlahan.

" Abang nak naik atas. Nak rehat " .

Zulaikha tersenyum.

" Okay " jawabnya.

Ashraf terus mendaki tangga ke tingkat atas. Dia menjadi lemah apabila melihat wajah Zulaikha.

Zulaikha menarik nafas lega. Dia yakin Ashraf masih sama seperti dulu. Mungkin Ashraf perlukan masa kerana dia sibuk dengan kerjanya. Zulaikha cuba menyedapkan hatinya sendiri.

Zulaikha tersenyum lebar melihat pregnancy test di tangannya. Akhirnya setelah 2 tahun dia menanti, kini penantiannya berbaloi.

Dia tidak sabar menanti Ashraf pulang. Dia mahu Ashraf menjadi orang pertama tahu dia mengandung.

Tidak putus-putus bibirnya mengucapkan syukur. Berkat kesabarannya, dia kini hamil.

Patutlah sejak dua menjak ini dia mengidam mahu makan macam-macam. Tapi dia diamkan sahaja. Memandangkan Ashraf sentiasa sibuk. Dia tidak mahu menganggu suaminya itu.

Zulaikha yakin Ashraf pasti akan suka mendengar berita gembira ini daripadanya.

Pintu rumah diketuk dari luar. Zulaikha terkocoh-kocoh ke arah pintu. Itu pasti Ashraf sudah pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience