Part 3.

Romance Completed 17083

Hari ini hari pertama Amelia bekerja di syarikat milik Ashraf. Dia begitu teruja.

" Ash " panggil Amelia.

" Ha Mel. Awal you sampai kan " .

" Mestilah. I excited sangat tau " .

Ashraf ketawa kecil.

" Jom ikut I " .

Amelia mengikut langkah Ashraf. Amelia dikenalkan dengan staf yang lain.

" Mel, dah masuk waktu lunch. Tak nak lunch? " soal Natalia.

" Oh ya I see. Takpa you pergi dulu. Nanti I pergi " jawab Amelia.

" Alright " Natalia terus berlalu.

Amelia meninjau bilik Ashraf. Dia melihat di cermin kaca, Ashraf masih belum keluar lunch. Amelia terus melangkah ke bilik Ashraf.

Tok..tok..

Pintu bilik Ashraf di ketuk.

" Masuk " laung Ashraf dari dalam.

Amelia menguak pintu bilik Ashraf. Dia terus melangkah ke dalam.

" Ash, jom lunch " ajak Amelia.

Ashraf melihat jam di tangannya. Khusyuk sangat dia buat kerja sehingga tidak perasan sudah tiba waktu lunch.

" I baru perasan dah waktu lunch " .

" Tu lah you. Khusyuk sangat buat kerja " .

" Jom lah lunch " .

Ashraf dan Amelia melangkah bersama.

" Ash, I tengok you dengan Zu bahagia sangat kan. I sendiri jealous tengok kau orang " .

Ashraf ketawa kecil.

" Buat apa nak jealous. Nanti you jumpa lah tu " jawab Ashraf.

" Maybe...I tak rasa macam tu. Yelah siapa jer yang nak dengan I kan. I bukan secantik Zu " .

" Masing-masing ada kelebihan Mel. Tak perlu bandingkan " .

" Ya I know. Sorry kalau I tanya, you tak teringin ke nak ada anak? " .

Ashraf menarik nafas seketika.

" Mel, you tanya lah mana-mana pasangan suami isteri kat luar tu. Semua nak anak tau. Even sebelum kahwin dia orang rancang tak nak ada anak. Tapi lepas kahwin semua nak anak tau " .

" I see. Zu tak ada cakap apa-apa? " .

" Dia pun sedih. Dia kecewa sebab tak dapat bagi I anak. But I know rezeki tu bukan kita yang tentukan. Semuanya Allah yang tentukan. I akan tetap akan sabar menanti " .

Amelia mengangguk faham.

" Dah pergi buat checkup? " .

" Dah. I sihat. Zu pun sihat. Dua-dua tak ada masalah. Tapi tu lah rezeki jer belum berpihak pada kami " .

" Beruntung Zu dapat suami macam you kan " .

" I tak boleh salahkan Zu sebab dia tak mengandung lagi. Allah belum beri. Mungkin suatu hari nanti dia akan beri jugak. Sebab tu I sabar menanti. I yakin kesabaran ni akan indah hujungnya " .

" Yaa I rasa macam tu jugak " .

Amelia memandang Ashraf. Wajah lelaki itu sangat kacak. Andai sahaja lelaki itu menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience