Part 5.

Romance Completed 17083

" Sayang okay? " soal Ashraf.

Zulaikha mengangguk.

" Okay. Abang dah siap? " .

" Dah. Sebab tu abang panggil Zu " .

" Jom kita pergi " Zulaikha menarik tangan suaminya.

Mereka berdua terus melangkah keluar dari rumah. Ashraf dapat merasakan ada sesuatu dengan Zulaikha. Dia tahu isterinya itu menangis sebentar tadi.

45 minit berlalu, mereka tiba juga di rumah mummy Ashraf. Banyak kereta berhampiran rumahnya. Ini bermakna semua ahli keluarga ada berkumpul sekali.

" Sayang " .

" Ya? " .

" Ingat, pedulikan apa orang nak cakap okay? Jangan hiraukan. Abang ada " .

Zulaikha tersenyum. Dia mengangguk perlahan.

" Jom turun " .

Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah 3 tingkat itu.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Haa sampai dah kau orang " Puan Zarina terus meluru ke arah anak dan menantunya.

Zulaikha terus bersalam dengan ibu mertuanya.

" Mummy sihat? " soal Zulaikha prihatin.

" Alhamdulillah mummy sihat. Lama dah tak jumpa Zu dengan Ash tau " .

" Maaflah mummy. Ash busy sikit " .

" Erm yelah. Ash memang busy jer kan. Dah jom masuk. Saudara-mara kita dah tunggu dah tu " .

Mereka bertiga melangkah ke saudara-mara yang lain.

" Abang Ash " Riana, sepupu Ashraf terus memeluk Ashraf.

Ashraf dengan pantas menolak. Zulaikha di sebelahnya terkesima seketika.

" Apa ni Riana? " soal Ashraf dingin.

Sakit hatinya dengan kelakuan sepupunya itu. Bukannya dia tidak nampak Zulaikha ada di sebelahnya.

Riana mencebik.

" Alah Ana peluk sikit pun tak boleh. Kedekut " jawabnya selamba.

" Ana jangan nak melampau boleh tak. Kita ni sepupu. Ada batas. Jangan melampaui batas " marah Ashraf.

" Yang abang ni sombong sangat kenapa? Nak marah-marah Ana pulak. Emosi " .

" Dah apa yang Ana buat tadi tu salah. Jangan suka-suka nak peluk orang. Hormat sikit " .

Zulaikha memegang tangan suaminya.

" Dah lah abang. Jangan marah lagi " pujuknya.

" Jom sayang " Ashraf menarik tangan Zulaikha berlalu.

Riana menjeling tajam ke arah pasangan itu. Sakit hatinya. Sudah lama dia mahukan Ashraf menjadi suaminya. Tetapi Ashraf tidak pernah melayan.

" Siaplah kau. Perempuan tak sedar diri " katanya sendirian.

" Abang, janganlah marah-marah macam ni. Zu tak suka lah tengok abang macam ni " .

" Abang geram dengan perangai Riana tu. Suka hati dia jer nak peluk abang macam tadi tu " .

" Dia tak sengaja tu. Dah tak payah marah-marah. Nanti tak hensem " .

Ashraf ketawa kecil.

" Sayang okay ke? " .

Zulaikha mengangguk.

" Zu okay. Zu faham sangat dengan perangai Riana tu. Abang jangan risau ea " .

Ashraf mengangguk perlahan. Mujur sahaja Zulaikha memahaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience