Part 27 (Ending)

Romance Completed 17083

Hampir 2 jam menanti, seorang doktor keluar daripada bilik bersalin Zulaikha.

" Doktor macam mana isteri saya? " soal Ashraf.

" Tahniah Encik dapat anak perempuan " .

" Alhamdulillah syukur " Ashraf tersenyum gembira.

Begitu juga dengan Puan Zarina dan Syahid.

" Tapi kami ada berita buruk " sambung doktor itu lagi.

" Apa dia doktor? " .

" Kami tak dapat selamatkan Puan Zulaikha. Maaf encik. Takziah di atas pemergian isteri encik " .

Ashraf terduduk lemah. Dunianya seakan terhenti seketika. Terasa bagaikan mimpi Zulaikha meninggalkannya.

" Sayang... " rintihnya.

Belum sempat untuk dia membahagiakan Zulaikha. Belum sempat untuk dia dan Zulaikha bahagia bersama menyambut kelahiran anak mereka.

Sesalannya kini tiada guna lagi. Zulaikha tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

" Sayang, rehatlah dengan tenang. Abang janji akan jaga anak kita. Kita dapat anak perempuan sayang. Abang namakan dia Zulaikha agar dia kuat macam sayang. Maafkan segala dosa-dosa abang sayang. Abang janji bila anak kita dah besar, abang akan ceritakan tentang sayang pada dia. Biar dia tahu betapa kuatnya seorang perempuan bernama Zulaikha ni. Sayang, walaupun kita tak dapat berkumpul di dunia. Abang doakan agar Allah kumpulkan kita sekeluarga di syurga Allah nanti. Abang nak sayang tahu hanya Nur Zulaikha yang berada di hati abang buat selamanya. Tak akan ada pengganti. Semoga sayang tenang di sana " .

Ashraf menyiram air di kubur arwah Zulaikha. Air matanya yang mengalir dikesat perlahan.

Tiada lagi senyuman Zulaikha yang manis. Tiada lagi seorang perempuan yang sanggup berkorban untuknya. Biarpun disakiti dia sentiasa memaafkannya. Tidak pernah sekali ada keluhan di bibirnya. Tidak pernah sekali dia menyalahkan takdir.

Hari ini dia ada, kita sakitkan hati dia. Takpa, dia maafkan.
Hari ini dia ada, kita buat dia menangis. Takpa, dia pujuk dirinya sendiri.
Hari ini dia ada, kita mainkan dia. Takpa, dia anggap kita nak uji dia.
Hari ini dia ada, kita buat dia sampai jatuh sakit. Takpa, dia cakap ubat ada.

Besok, bila dia dah tiada kita akan tercari-cari. Tetapi tak jumpa.
Besok, bila dia dah tiada kita akan tertunggu-tunggu. Tapi dia sia-sia.
Besok, bila dia dah tiada kita akan menyesal dengan perbuatan kita. Tapi semuanya dah terlambat.

Masa tu dia minta maaf sangat-sangat sebab...

Dia dah tak dapat nak teman kita.
Dia dah tak dapat nak hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita.

Dan masa itu kita akan menyesal. Tetapi semuanya sudah terlambat. Dia akan pergi selamanya. Hargailah orang yang kita sayang sebelum kita kehilangannya untuk selama-lamanya. Kerana bila dia dah pergi, dia tidak akan kembali lagi.

TAMAT

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-24 01:41:23 

so sad. sad ending for zu


NovelPlus Premium

The best ads free experience