Part 17.

Romance Completed 17083

Zulaikha terus membuka pintu. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat Amelia juga ada sekali.

" Mel. Kau pun ada? " soalnya ceria.

Amelia mengangguk perlahan.

" Jom masuk " tangan Amelia terus ditarik.

Mereka bertiga terus duduk di ruang tamu.

" Kenapa tak cakap nak datang? " soalnya pada Amelia.

" Saja " jawab Amelia sepatah.

" Zu, sebenarnya macam ni. Abang ada benda nak beritahu Zu. Abang harap Zu okay " .

" Beritahu apa? " soalnya.

" Zu seorang isteri yang sempurna di mata abang. Sikit pun tak ada cacat cela. Abang gembira hidup dengan Zu. Abang harap keputusan abang ni takkan buat Zu kecewa " .

Zulaikha semakin bingung.

" Abang cakap apa ni? Zu tak faham. Keputusan apa? " .

Ashraf menarik nafasnya seketika.

" Abang dah buat keputusan untuk kahwin lain " .

Zulaikha terkejut. Luluh hatinya saat mendengar kata-kata Ashraf. Air matanya terus mengalir tanpa dipinta.

" Abang janji akan berlaku adil. Abang harap Zu faham dan boleh terima keputusan abang " .

" Dengan siapa? " soalnya perlahan.

" Amelia " .

Jantung Zulaikha bagaikan terhenti degupannya seketika. Teganya Amelia merampas suaminya sendiri.

" Mel? Apa ni? " soalnya pada Amelia.

Wajah Amelia di tenung lama.

" Sorry Zu. Aku dah jatuh cinta dengan Ashraf. Ashraf pun macam tu. Aku harap kau tak kisah kita bermadu " jawab Amelia selamba.

" Tergamak. Tergamak kau dengan abang Ash buat aku macam ni. Patutlah abang Ash dah berubah. Rupanya abang dah nak kahwin. Dengan kawan baik Zu sendiri. Zu tak sangka abang sanggup buat Zu macam ni " Zulaikha terus berlalu ke tingkat atas.

Dia tidak sanggup lagi memandang wajah Ashraf dan Amelia. Mudahnya mereka berkata tanpa sedikit pun memikirkan ada hati yang akan terluka dengan perbuatan mereka.

Zulaikha bagaikan hilang arah seketika. Hatinya bagai dihiris dengan pisau tajam. Sakitnya apabila mengetahui suami sendiri curang. Dan bertambah sakit apabila suaminya curang dengan kawan baiknya sendiri.

Tangisannya semakin kuat. Dia tidak kuat ketika ini.

" Apa benda Ash cakap ni? " soal Puan Zarina dingin.

Terkejut dia melihat Ashraf datang ke rumahnya dengan seorang perempuan. Dan perempuan itu bukanlah menantunya.

" Ash cintakan Mel. Lagipun Ash nak zuriat " .

Tajam pandangan Puan Zarina ke arah anak dan perempuan di sebelah anak tunggalnya itu.

" Perempuan macam ni kau nak jadikan isteri? Hey Mel, kau tak ada maruah ke? " soalnya pada Amelia.

Amelia hanya tunduk. Dia tidak berani mahu mengangkat muka memandang bakal mertuanya itu.

" Mummy apa ni? " soal Ashraf.

Dia tidak suka mummy nya bersikap kasar dengan Amelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience