Part 6.

Romance Completed 17083

Selesai makan, Zulaikha membantu orang gaji Puan Zarina membasuh pinggan di dapur. Biarpun dihalang oleh Puan Zarina. Tetapi Zulaikha tetap mahu membantu. Dia tidak selesa jika duduk bersahaja tanpa membuat apa-apa kerja.

" Zulaikha " panggil Puan Anum, mak ngah Ashraf. Merangkap juga mak kepada Riana.

Zulaikha berpaling.

" Ya? " .

Puan Anum memandang Zulaikha dari atas ke bawah. Dia tersenyum sinis.

" Aku ingat dah berbulan-bulan tak jumpa kau, perut kau dah berisi. Rupanya masih sama. Kempis lagi " .

" Belum ada rezeki saya lagi mak ngah " jawab Zulaikha tenang.

" Belum rezeki ke atau kau yang mandul ni? " pedas kata-kata yang keluar dari mulut Puan Anum.

Zulaikha terdiam. Luluh hatinya.

" Kau tau tak, kalau anak aku yang kahwin dengan Ashraf tu. Dah lama si Ashraf tu bahagia tau. Dah beranak pinak " .

" Mak ngah, saya ni manusia. Saya tak boleh lawan takdir Allah. Saya bukan sesiapa. Lagipun jodoh saya memang dengan abang Ash. Bukan dengan Riana " .

Puan Anum memandang tajam ke arah Zulaikha.

" Kau ni memang tak sedar diri ea! Dasar perempuan tak guna " .

" Mak ngah, saya malas nak gaduh. Saya nak buat kerja saya. Jangan ganggu saya " Zulaikha terus menyambung kerjanya membasuh pinggan.

" Biadab! " Puan Anum menolak Zulaika.

Zulaikha terus terjatuh. Pinggan di tangannya terlepas. Berderai pinggan kaca itu.

" Kenapa ni? " soal Ashraf.

Dia mendengar bunyi bising di dapur. Segera dia ke dapur.

" Tak ada apa-apa. Pinggan ni terjatuh waktu Zu nak basuh " bohong Zulaikha.

Dia terpaksa. Dia tidak mahu Ashraf bergaduh dengan Puan Anum.

Zulaikha mengutip serpihan kaca itu. Ashraf terus meluru ke arah Zulaikha.

" Sayang, luka nanti tangan tu " .

" Auww " .

" Ha baru jer abang cakap. Meh sini abang tengok " Ashraf melihat jari Zulaikha. Darah pekat mengalir.

" Sikit jer ni " .

" Jom abang letakkan ubat " .

Ashraf membantu Zulaikha bangun. Puan Anum menjeling tajam ke arah mereka. Sakit hatinya melihat Zulaikha. Sepatutnya Riana yang menjadi isteri Ashraf. Bukan Zulaikha.

" Sayang " .

" Ya? " .

" Abang tahu sayang tipu abang " .

Zulaikha mengerutkan dahinya.

" Tipu apa? " .

" Mak ngah buat apa dengan sayang? " .

Zulaikha mengeluh perlahan.

" Abang, biarlah. Zu okay kan " .

" Ni yang abang malas bila balik sini. Ikutkan hati abang ni kan... " .

" Abang, tak baik tau. Biar jer okay " Zulaikha memeluk pinggang suaminya.

Ashraf mengusap perlahan rambut isterinya. Tabahnya hati Zulaikha. Masih boleh bersabar walaupun di hina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience