Part 14.

Romance Completed 17083

Ashraf mencempung tubuh Zulaikha. Dia membawa isterinya itu ke bilik. Tidur Zulaikha lena. Sehingga tidak sedar Ashraf mendukungnya.

Sewaktu hendak mendaki tangga, Ashraf terpandang sekilas di meja makan. Lauk-pauk pelbagai jenis sudah tersedia. Menambahkan lagi rasa serba salahnya pada Zulaikha.

Tubuh Zulaikha dibaringkan di atas katil. Sekali lagi wajah redup itu dipandang sayu.

" Maafkan abang Zu. Maafkan abang sebab lukakan hati Zu " dahi Zulaikha dicium seketika.

Andai suatu hari nanti Zulaikha tahu hubungannya dengan Amelia, mampukah Zulaikha terima dengan hati yang terbuka?

Amelia merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya membuat Ashraf jatuh cinta dengannya. Dia sudah tidak peduli dengan Zulaikha. Yang penting baginya sekarang, Ashraf sudah menjadi miliknya.

Pelbagai rancangan telah disusun di dalam fikirannya. Hanya tinggal masa untuk dia melaksanakan.

" Maaf Zu, aku dah terjatuh cinta dengan suami kau dan tak lama lagi dia akan jadi hak milik aku seorang. Dan kau boleh berambus " kata Amelia sendirian.

Dia ketawa bagaikan orang kurang siuman. lelaki seperti Ashraf siapa sahaja yang tidak mahu. Kacak, bergaya, berketrampilan, berkerjaya dan romantik. Mana-mana perempuan yang melihatnya pasti akan terpukau dan Amelia adalah salah satu daripadanya. Sehinggalah dia sanggup merampas suami kawan baik sendiri.

Cinta benar-benar membuatkan manusia menjadi lupa. Seorang sahabat sanggup menikam belakang sahabat sendiri. Semuanya kerana cinta yang buta.

Selepas solat subuh, Zulaikha terus ke dapur untuk membuat sarapan.

Fikirannya masih lagi memikirkan Ashraf. Ingin dia bertanya pada lelaki itu tetapi lidahnya kelu. Dia tidak mahu Ashraf fikir bukan-bukan tentangnya nanti.

" Abang, mari sarapan " ajak Zulaikha sebaik melihat Ashraf yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

" Takpalah. Abang breakfast kat luar " jawab Ashraf.

Dia terus melangkah ke muka pintu. Kasut di rak diambil. Zulaikha terkedu di situ. Tidak pernah Ashraf menolak untuk sarapan. Ashraf juga tidak suka makan di luar.

" Abang, jom lah sarapan sikit. Minum air jer pun tak apa " ajak Zulaikha sekali lagi.

Mana tahu kali ini Ashraf mahu.

" Tak faham bahasa ke ha? Pekak?! " jerkah Ashraf.

Terhinjut bahu Zulaikha. Sepanjang mereka berkahwin tidak pernah sekalipun Ashraf meninggikan suara padanya.

Ashraf terus menghidupkan enjin keretanya. Keretanya meluncur laju keluar dari halaman rumahnya.

Air mata Zulaikha mengalir perlahan. Kenapa Ashraf begitu? Dia rindukan suaminya yang lama. Bukan yang sekarang. Apa silapnya sehingga diperlakukan sebegitu.

" Tak...tak.. Kau tak boleh menangis Zulaikha. Mungkin abang Ash busy sikit " Zulaikha bersangka baik.

Air matanya dikesat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience