Part 26.

Romance Completed 17083

Sampai sahaja di hospital Ashraf terus meluru ke wad Zulaikha ditempatkan.

" Sayang " panggilnya.

Zulaikha tersenyum kecil. Dia rindu panggilan itu.

" Abang, Zu nak minta maaf atas semua dosa Zu pada abang. Halal kan makan minum Zu. Terima kasih sebab pernah bahagiakan Zu. Zu nak abang tahu yang Zu sayangkan abang sangat-sangat " .

Ashraf menggengam erat tangan Zulaikha.

" Sayang tak pernah buat salah dengan abang. Abang yang banyak dosa dengan sayang. Maafkan abang Zu. Maafkan abang tak ada disisi Zu disaat Zu perlukan abang. Abang cintakan sayang. Sayang kena kuat ya " .

" Abang, Zu minta tolong jagakan anak kita. Besarkan dia ya abang. Zu takut Zu tak sempat nak tengok dia lahir " .

" Sayang jangan cakap macam tu sayang. Sayang kena kuat. Kita sama-sama jaga anak kita ya " .

" Mana Mel? Zu nak jumpa dia " .

Amelia terus meluru ke arah Zulaikha.

" Zu maafkan aku Zu. Maafkan aku sebab fitnah kau. Maafkan aku sebab rampas kebahagiaan kau Zu. Tolong Zu maafkan aku " .

" Mel, aku sayang kau. Aku tak tak pernah simpan semua tu. Dah lama aku maafkan. Mel, tolong jaga abang Ash dan anak aku ya. Aku merayu pada kau Mel " .

Wajah Amelia sudah basah dengan air mata.

" Aku sayangkan kau jugak Zu. Aku janji Zu. Aku janji. Kau kena kuat Zu. Kau kuat kan " .

Zulaikha tersenyum kelat. Satu-satu wajah di hadapannya dipandang. Mungkin pandangan yang terakhir.

" Syahid, tolong jagakan nenek untuk Zu ya " pintanya.

Air mata Syahid juga mengalir. Nek Piah tidak dapat hadir kerana dia masih berada di kampung. Kebetulan Syahid ada di KL. Jadi sempat dia melawat Zulaikha.

Syahid mengangguk perlahan.

Beberapa orang nurse meminta untuk membawa Zulaikha ke wad bersalin sekarang juga.

" Zu nak semua tahu, Zu sayang sangat dengan kau orang semua. Terima kasih sebab ada di sisi Zu. Maafkan segala silap Zu ya " .

Masing-masing mengalirkan air mata. Entah kenapa rasa sayu menyapa tiba-tiba.

" Nur Amelia Binti Ahmad Nazeri aku ceraikan kau dengan talak satu " lafaz Ashraf.

Amelia terduduk lemah. Bahunya terhincut-hincut menangis.

Ashraf tidak dapat menerima perbuatan Amelia terhadap Zulaikha. Baginya sangat melampau. Menangis air mata darah sekalipun dia tidak akan dapat menerima Amelia semula.

Hatinya dan cintanya hanya untuk Nur Zulaikha. Sehingga hujung nafasnya nanti. Hanya Nur Zulaikha kebahagiaannya.

Share this novel

Siti Rohani Idris
2023-06-24 01:39:31 

yang bodoh nya kau ash


NovelPlus Premium

The best ads free experience