Part 13.

Romance Completed 17083

Hari demi hari berlalu. Hubungan Ashraf dan Amelia semakin rapat. Ashraf kini lebih selesa dengan Amelia.

Zulaikha merenung jam di dinding. Sudah pukul 6.45 petang. Jarang Ashraf pulang lewat begini. Zulaikha perasan sejak dua menjak ini, Ashraf selalu pulang lewat ke rumah.

Selalunya paling lewat jam 2.30 petang. Zulaikha masih bersangka baik. Mungkin Ashraf banyak kerja di office.

Zulaikha mendail nombor telefon Ashraf. Bimbang jika terjadi apa-apa dengan suaminya.

Tiada jawapan. Berkali-kali jarinya mendail nombor Ashraf. Tetapi satu panggilan pun tidak dijawab.

Zulaikha mengeluh perlahan.

" Kenapa abang dah berubah? " soalnya sendirian.

Dia agak kecewa dengan perubahan Ashraf. Selama ini lelaki itu tidak pernah begini. Semenjak pulang dari outstation tempoh hari, Ashraf terus berubah.

Entah mana silapnya dia sendiri tidak tahu. Adakah Ashraf sudah jemu dengannya?

" Siapa call tu? " soal Amelia.

Sejak dari tadi telefon bimbit Ashraf tidak berhenti berbunyi.

" Zu " jawab Ashraf sepatah.

Dia sebenarnya serba salah dengan Zulaikha. Kasihan gadis itu. Seandainya Zulaikha tahu dia punya hubungan sulit dengan kawan baik Zulaikha sendiri, pasti hatinya hancur luluh.

" You nak angkat ke? " .

Ashraf menggeleng perlahan.

" Baguslah. Alah nanti kat rumah you jumpa lah dia " Amelia tersenyum lebar.

" You tak rasa bersalah? " soal Ashraf tiba-tiba.

" Come on Ash. You berkemampuan. You mampu untuk kahwin dua. Tak ada salahnya kan. Lagipun Zu tu sampai sekarang still tak mengandung lagi kan. You tak salah pun lah. Tak perlu rasa bersalah " .

Ashraf mengeluh perlahan.

" I rasa serba salah sebab hubungan kita ni. I tak yakin Zu boleh terima semua ni nanti " .

" Ash, kalau you tak nak Zu tahu tak perlu beritahu dia. Kita sembunyikan daripada dia. I sanggup jalin hubungan rahsia macam ni. Asalkan you ada dengan I " .

Ashraf terdiam. Tergamak kah dia menipu Zulaikha. Gadis itu tidak salah apa-apa dengan dia.

Ashraf melangkah masuk ke dalam rumah. Jam sudah menujukkan pukul 2.00 pagi. Ini semua kerana dia melayan Amelia karaoke. Tidak pernah dia pulang selewat ini. Pasti Zulaikha risau.

Skrin telefonnya direnung. Ada 55 missed call dan 15 mesej daripada Zulaikha.

Saat hendak mendaki tangga ke tingkat atas, dia terlihat sekujur tubuh sedang terlena di atas sofa. Ashraf terus melangkah mendekati sofa itu.

Wajah redup Zulaikha dipandang. Dia tidak tergamak menyakiti hati isterinya tetapi dia tidak boleh menolak cinta Amelia. Dia akui, dia mempunyai perasaan pada gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience