Part 1.

Romance Completed 17083

Hujung minggu begini, Ashraf meluangkan sepenuh masanya untuk isteri tercinta. Perkahwinan mereka sudah mencecah dua tahu. Pelbagai onak duri telah dilalui. Pahit manis alam rumah tangga semuanya pernah di rasai.

" So sayang nak pergi mana lagi lepas ni? " soal Ashraf.

" Zu tak tahu lah abang. Ikut abang lah. Tapi Zu dah tak nak shopping lagi tau. Penat dah " jawab Zulaikha.

Kakinya sudah terasa seperti hendak tercabut. Hampir satu mall itu Ashraf membawanya.

Ashraf ketawa kecil.

" Okaylah. Kesian sayang abang ni dah penat. Jom kita pergi makan. Nak? " .

Laju Zulaikha mengangguk.

" Nak " jawabnya ceria.

" Jom " Ashraf terus menggenggam erat tangan isterinya.

Mereka berdua terus melangkah masuk ke sebuah restoran.

" Sedap? " soal Ashraf.

" Sedap. Happy sangat Zu dapat keluar dengan abang hari ni. Thanks abang " .

" Welcome sayang. Ini jer lah yang mampu abang buat untuk isteri tercinta abang ni " dagu Zulaikha dicuit.

Zulaikha tersenyum lebar. Dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat baik dan penyayang.

" Zu sayang abang " .

" Abang lagi lah sayang sayang sayang sangat kat Zu tau " jawab Ashraf.

" Amboi banyaknya sayang abang " Zulaikha ketawa.

" Mestilah abang sayang sangat-sangat kat isteri tercinta abang ni kan " .

" Hai guys " sapa Amelia.

" Eh Mel, rindunya " Zulaikha terus memeluk sahabatnya itu.

Sudah lama rasanya mereka tidak berjumpa. Kerana Amelia bekerja di US. Jadi jarang sekali dia pulang ke Malaysia.

" Aku pun rindu kau sangat-sangat Zu. Kau sihat? " .

" Alhamdulillah aku sihat. Bila kau balik ni? Tak beritahu aku pun kan " .

" Actually dah seminggu aku balik Malaysia. Saja nak suprise kali ni " .

" Bukan main suprise lagi ea. Ni berapa lama kau balik kali ni? " .

" Kali ni aku balik sini terus. Tak nak lah duduk negara orang lagi " .

" Seriously Mel? Finally kau sedar jugak. Kerja kat Malaysia ni punya lah banyak. Kat US jugak kau nak duduk " .

" Yelah. Aku rasa aku dah lama sangat tinggalkan Malaysia ni. That's why aku stay terus Malaysia " .

Ashraf hanya menjadi pemerhati.

" Makin bahagia kau dengan Ashraf sekarang ni kan " .

Zulaikha tersenyum.

" Alhamdulillah Mel " .

" Ash, you jaga kawan I baik-baik tau " pesannya pada Ashraf.
" Mestilah I jaga Zu baik-baik. Cinta hati I ni " .

Mereka bertiga ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience