Part 23.

Romance Completed 17083

Ashraf terus meluru ke arah Zulaikha yang sedang berbual dengan Puan Zarina di ruang menunggu.

" Zu, mari sini " lengan Zulaikha ditarik kasar.

Zulaikha terkejut. Begitu juga dengan Puan Zarina.

" Abang kenapa ni? Sakit " Zulaikha cuba melepaskan pegangan Ashraf.

" Apa yang kau dah buat ha? Kau nak jadi pembunuh? " soalnya kasar.

Matanya tajam memandang Zulaikha.

" Ash, apa ni? " soal Puan Zarina.

" Ini urusan Ash dengan dia mummy. Mummy tak perlu masuk campur " .

" Abang cakap apa ni? Zu tak faham? " .

Ashraf ketawa sinis.

" Kau tak faham? Mari sini aku bagi kau faham " tubuh Zulaikha terus ditolak kasar.

" Ashraf! " jerit Puan Zarina.

Perbuatan anaknya itu benar-benar sudah melampau.

" Abang...apa salah Zu? " rintih Zulaikha.

Dia memegang perutnya. Sakit.

" Kau cuba bunuh Mel kan. Kau kata kau dah redha apa benda semua ni? Kau masih berdendam dengan dia sampai nak membunuh? Kau boleh pergi berambus lah. Aku tak perlukan isteri macam kau. Munafik. Pura-pura baik sebab nak kan perhatian. Kau dengar sini, aku takkan benarkan kau rapat dengan Mel lagi. Kau pergi berambus. Aku tak nak tengok muka kau lagi " hambur Ashraf.

Dia terus berlalu dari situ.

Puan Zarina terus mendapatkan menantunya.

" Mummy Zu tak buat mummy. Demi Allah Zu tak buat apa-apa pun pada Mel mummy. Mummy... " tangisannya semakin kuat.

" Iya sayang. Mummy percaya. Mummy yakin Zu tak buat " dia memeluk erat tubuh Zulaikha.

Air matanya juga mengalir. Seolah mengerti dengan apa yang dirasai oleh Zulaikha.

Zulaikha termenung jauh. Dia kini menumpang di rumah mertuanya. Ashraf sudah menghalaunya dari rumahnya.

Air matanya mengalir perlahan. Setiap kenangan bersama Ashraf bermain di mindanya. Dia terlalu rindukan lelaki itu. Mujur sahaja dia mempunyai seorang ibu mertua yang sangat baik.

Perutnya yang semakin membesar diusap perlahan. Seandainya dia mempunyai suami di sisi yang bersama menanti detik-detik kelahiran anaknya.

Kini Ashraf sudah membencinya. Memandang wajahnya pun Ashraf sudah tidak sudi. Apa yang boleh dilakukan hanya redha. Dia tidak sangka Amelia tega menfitnahnya.

Namun dia harus kuat. Dia harus bertahan demi anaknya yang bakal lahir. Tidak mengapalah jika Ashraf sudah tidak mahukannya. Dia tidak boleh memaksa.

" Abang sayangkan Zu sampai bila-bila " .

Zulaikha tersenyum.

" Zu pun sayangkan abang. Terima sebab sudi terima Zu seadanya abang " .

Ashraf mencium dahi isterinya.

" Zu " panggil Puan Zarina.

Serentak dengan itu hilang lamunan Zulaikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience