Part 25.

Romance Completed 17083

" Mel " panggil Zulaikha sambil mendukung seorang bayi.

" Zu? Kau nak apa? " soal Amelia.

Zulaikha mendekati Amelia. Bayi di dalam dukunganya menangis tidak berhenti-henti.

Tiba-tiba Zulaikha menangis.

" Kau hancurkan kehidupan aku Mel. Kau hancurkan kehidupan anak aku. Kau hancurkan segalanya Mel! " jeritZulaikha.

Amelia tersentak. Dia terus berlari sekuat hati. Lariannya terhenti. Di hadapannya ada api yang membara. Dia segeraberpaling. Dia belakangnya juga ada api yang membara.

" Tolong! Zu tolong! Tolong! " raungnya.

Api membara itu semakin dekat dengannya.

" Arghh! " Amelia terus tersedar dari lenanya.

Sejak dua tiga hari ini, dia kerap bermimpi benda yang sama. Mimpi buruk itu sering menghantui tidurnya.

Ashraf di sebelahnya juga terjaga mendengar jeritan Amelia.

" Kenapa ni? " soalnya.

" Saya mimpi buruk lagi " jawab Amelia.

" Tu lah, tidur tak basuh kaki. Pergi ambil wudhuk lepas tu baca doa sebelum tidur " .

Ashraf melelapkan semula matanya. Amelia termangu. Apakah maksud di sebalik mimpi ini? Adakah kerana dosa-dosanya pada Zulaikha. Api membara itu bermaksud api neraka?

Amelia mengucap panjang. Dia takut. Dia tidak mahu dibakar di neraka kelak.

Dia nekad untuk meminta maaf dengan Zulaikha dan membersihkan semula nama Zulaikha.

Zulaikha memegang perutnya. Sakit sekali. Dia yakin sudah tiba waktunya untuk bersalin.

" Mummy! " panggilnya.

Puan Zarina terkocoh-kocoh ke bilik Zulaikha saat mendengar Zulaikha melaung namanya.

" Zu? " .

" Mummy, Zu rasa dah sampai waktu ni " .

" Cepat-cepat. Kita pergi hospital " Puan Zarina segera memapah Zulaikha.

" Ash, I ada benda nak beritahu dengan you " .

" Apa dia? " soal Ashraf.

" Sebenarnya Zu tak salah. I yang cederakan diri I sendiri. Bukan Zu. Zu tak buat apa-apa pun " .

Ashraf tekejut mendengar penjelasan Amelia.

" Mel? Apa you buat ni? Sanggup you buat Zu macam tu?! " .

Amelia menangis.

" Ash I minta maaf. I terdesak. Tapi sekarang I betul-betul dah menyesal Ash. Maafkan I " rayunya.

Telefon bimbit Ashraf berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Dia terus menjawab panggilan itu.

" Hello mummy " .

" Ash, datang hospital sekarang. Zu dah nak bersalin. Dia nak jumpa Ash dan Mel sebelum dia masuk bilik bersalin " .

" Okay Ash datang sekarang " .

Panggilan terus ditamatkan.

" Zu dah nak bersalin. Ingat ya Mel, kita belum habis. You masih ada perhitungan dengan I " .

Amelia menangis teresak-esak menangisi dosa-dosa lalunya. Dia sanggup menerima hukuman apa sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience