Part 15.

Romance Completed 17083

Ashraf termenung jauh. Fail-fail di hadapannya tidak langsung menarik perhatiannya. Fikirannya kini tertumpu pada Zulaikha.

Kejamkah dia kerana memarahi Zulaikha tanpa sebab. Sepatutnya Zulaikha yang memarahinya kerana dia pulang lewat semalam. Ini tidak, dia yang memarahi isterinya itu.

Ashraf meraup kasar wajahnya. Dia mengeluh perlahan.

" Sayang " panggil Amelia.

" Kenapa ni? " Amelia terus melabuhkan punggungnya di hadapan Ashraf.

Ashraf menggeleng perlahan.

" You rasa bersalah sebab duakan Zu? " soal Amelia tiba-tiba.

Dia seakan mengerti punca kegusaran di wajah Ashraf.

" I tak sampai hati nak buat dia macam ni. One day dia akan tahu jugak semua ni " .

" I dah agak. Ash, kalau macam tu kita putuskan jer lah hubungan ni " pancing Amelia.

" No Mel. I dah mula sayangkan you " .

Amelia menyorokkan senyuman di bibirnya.

" Then? You tak habis-habis rasa bersalah. I penat lah macam ni Ash " .

" Okay sorry. So you nak I buat apa? " soal Ashraf.

" You tak nak Zu lebih terluka bila dia dapat tahu hubungan kita dari mulut lain kan? So lebih baik kita beritahu hal yang sebenar. You tak nak kahwin dengan I ke? " .

" Are you sure? Yes memang I nak kahwin dengan you " .

" Macam ni, you minta izin untuk kahwin lain. Bagilah alasan you nak anak. Dia tak boleh beri you zuriat " .

Ashraf hilang kata-kata.

Mata Syahid terlekat pada sepasang kekasih yang sangat mesra di restoran itu.

" Ashraf? " .

Syahid yakin dia tidak salah lihat. Itu memang suami Zulaikha. Tetapi perempuan itu bukan Zulaikha.

" Dia curang dengan Zu? Kurang ajar " Syahid menggengam penumbuknya.

Dia terus menghantar sms kepada Zulaikha. Zulaikha harus tahu kecurangan suaminya. Dia tidak mahu gadis itu diperbodohkan oleh suaminya sendiri.

Telefon bimbit Zulaikha berbunyi menandakan ada sms masuk.

Zulaikha terus membuka sms itu.

From: Syahid
Zu, Syahid ada kat KL ni. Ada kerja sikit. Tadi Syahid makan kat restoran. Ternampak suami Zu denganseorang perempuan. Syahid tak tahu pulak siapa perempuan tu.

Zulaikha tergamam. Benarkah Ashraf sanggup menduakannya?

To: Syahid
No. Zu tak percaya. Zu yakin suami Zu takkan buat macam tu. Tolong jangan fitnah dia Syahid.

From: Syahid
Syahid tak fitnah Zu. Syahid tak dapat apa-apa pun kalau fitnah. Syahid tak nak Zu terluka. Sebab tu Syahidberitahu Zu. Takpa kalau Zu tak percaya. Syahid tak akan paksa.

" Tak. Abang Ash takkan sanggup curang dengan aku " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience