Part 24.

Romance Completed 17083

" Eh mummy " air matanya pantas dikesat.

" Zu menangis ? " soal Puan Zarina.

Zulaikha tersenyum kelat.

" Tak adalah. Masuk habuk " dia ketawa kecil menutup kesedihannya.

" Zu, kebenaran akan terbukti suatu hari nanti. Lagi-lagi orang yang teraniaya doanya makbul " .

Dia juga kecewa dengan perbuatan Ashraf pada Zulaikha. Sakit hatinya dengan Amelia.

Zulaikha mengangguk perlahan.

" Jom kita pergi cari barang baby. Lepas tu kita jalan-jalan " ajak Puan Zarina.

" Nak. Sekejap Zu pergi siap ya " .

Puan Zarina mengangguk. Dia suka melihat senyuman yang terukir di bibir menantunya itu. Tersenyum saat gembira itu biasa, tetapi tersenyum saat ujian menyapa itu luar biasa. Zulaikha benar-benar kuat.

Ketika sibuk memilih baju bayi, Zulaikha terpandang wajah yang sangat dirindui.

Ashraf sedang berpimpin tangan dengan Amelia. Mereka kelihatan mesra sekali. Sesekali mereka ketawa.

" Zu? Kenapa ni? " soal Puan Zarina.

Zulaikha tersentak. Dia menggeleng perlahan. Dia harus melupakan Ashraf. Tiada guna lagi untuk dia bersama. Jelas Ashraf bahagia di sisi Amelia.

" Jom kita pergi bayar " ajak Puan Zarina.

Zulaikha mengikut langkah Puan Zarina ke kaunter pembayaran.

Dari jauh Amelia terpandangkan Zulaikha bersama ibu mertuanya. Inilah masa untuk dia berpura-pura baik.

" Ash, tu mummy lah. Jom " dia terus menarik tangan Ashraf.

Ashraf hanya mengikut.

" Hai mummy " tegur Amelia.

Puan Zarina memandang anak dan menantunya itu. Dia langsung tidak membalas sapaan Amelia.

Ashraf menjeling sekilas ke arah Zulaikha. Perut Zulaikha yang semakin membesar itu menjadi perhatiannya.

" Jom Zu. Kita balik " ajak Puan Zarina.

Dia tidak menghiraukan langsung anak dan menantunya itu. Hatinya masih sakit dengan perbuatan mereka terhadap Zulaikha.

Zulaikha mengangguk. Dia sempat menjeling sekilas ke arah suaminya. Rindunya dia pada Ashraf. Rasa rindu bagaikan seolah sebilah pedang yg sentiasa menikam diri. Rasa sakit itu tidak tergambar dengan kata-kata.Hanya hati yg merasakanya. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia memeluk tubuh itu.

Puan Zarina terus menarik Zulaikha berlalu dari situ.

" Hish kenapa dengan mummy you tu? I nak berbaik dia pulak macam tu " Amelia merengus geram.

" Dah lah. Jom kita balik " ajak Ashraf.

" No. I tak nak balik. I tak puas jalan-jalan lagi ni " .

" Yelah " .

" Jom " lengan Ashraf dipeluk erat.

Fikiran Ashraf masih memikirkan Zulaikha. Dia rindu pada Zulaikha. Tetapi apabila mengingat apa yang Zulaikha telah lakukan, perasan rindu itu hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience