Part 21.

Romance Completed 17083

Ashraf merenung Zulaikha yang sedang lena tidur itu. Wajahnya tenang sahaja. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman.

Biarpun disakiti, bibirnya tidak pernah jemu memaafkan. Sikit pun dia tidak pernah berdendam dan mengungkit.

Tiba-tiba Ashraf menyesal menduakan isterinya itu. Andai sahaja dia tidak mengahwini Amelia, pasti dia dan Zulaikha bahagia tanpa perlu memikirkan orang lain.

Ashraf teringat kata-kata seorang ustaz, cubalah menatap wajah isteri kita ketika dia sedang lena tidur. Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dia lakukan untuk kebahagiaan kita. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh salah faham yang kecil. Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang lena tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkapkan segalanya.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari dia tidak membukakan matanya untuk selama-lamanya.

Air mata Ashraf mengalir perlahan. Dia tidak dapat bayangkan jika Zulaikha pergi meninggalkannya untuk selamanya. Dia tidak sanggup kehilangan Zulaikha.

Amelia merenung jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Ini bermakna Ashraf tidak akan pulang kerana dia tidur di rumah Zulaikha.

Amelia mencampakkan segala barang di atas almari soleknya. Sakit hatinya. Dia tidak suka berkongsi. Dia mahukan Ashraf memberikan sepenuh perhatian hanya padanya.

Bukannya dia tidak tahu Zulaikha sedang mengandung. Dia sengaja tidak mahu memberitahu Ashraf. Ashraf akan memberikan perhatian terhadap Zulaikha jika dia tahu Zulaikha mengandung.

" Assalamualaikum Zu oh Zu " panggil Amelia.

Ada ' hajat ' nya datang ke rumah Zulaikha.

" Waalaikumsalam. Mel? Masuklah " ajak Zulaika.

Zulaikha bukan seorang yang pendendam. Dia masih melayan Amelia dengan baik. Biarpun sahabatnya itu merampas suaminya sendiri. Dia sudah memaafkan dan redha dengan apa yang telah terjadi.

Amelia terus melangkah masuk ke dalam rumah madunya itu.

" Comel nya baby bump Zu " .

Zulaikha ketawa kecil.

" Thanks. Kau sihat? " .

" Aku sihat. Zu, aku datang nak minta maaf dengan apa yang terjadi. Maaf sebab rampas Ash daripada kau " .

Zulaikha terdiam.

" Zu, maafkan aku ya? " .

" Mel, dah lama aku maafkan. Tak pernah aku simpan dendam walaupun sikit. Aku dah redha dengan apa yang terjadi. Mungkin takdir kita berkongsi kasih " .

Amelia terus memeluk Zulaikha.

" Thanks Zu. Aku sayang kau sangat-sangat " .

" Aku pun sayangkan kau Mel. Kau pun tahu kan, selain Nek Piah aku cuma ada kau jer. Aku tak nak hubungan persahabatan kita terputus " .

Amelia mengangguk. Dia tersenyum ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience