Part 19.

Romance Completed 17083

" Mari sini Zu butangkan baju abang " .

Ashraf duduk di birai katil. Jika dia berdiri, Zulaikha tidak sampai untuk membutangkan bajunya kerana dia tinggi.

Tangan Zulaikha pantas membutangkan baju Melayu suaminya.

" Abang jangan nervous pulak " Zulaikha tersenyum ceria.

Disebalik senyumannya itu tersimpan beribu kedukaan.

" Insya Allah " jawab Ashraf.

Dia cuba untuk berkeras. Dia takut dia akan lemah dengan wajah redup Zulaikha.

Zulaikha mengambil songkok lalu disarungkan di kepala suaminya.

" Hensem suami Zu ni " .

" Terima kasih " .

" Abang janji dengan Zu akan jaga Mel baik-baik. Jangan pernah sakitkan hati dia ya " .

Ashraf mengangguk perlahan.

" Insya Allah Zu " .

" Ash dah siap ke belum? " jerit suara dari luar bilik.

" Haa sekejap lagi Ash keluar " balas Ashraf.

" Abang pergi dulu " pinta Ashraf.

Zulaikha mengangguk perlahan.

Ashraf terus berlalu keluar.

" Abang " panggil Zulaikha.

Ashraf berpaling menghadap Zulaikha.

" Selamat pengantin baru " ucap Zulaikha bersama senyuman yang terukir di bibirnya.

" Terima kasih " Ashraf terus berlalu keluar dari bilik.

Zulaikha terduduk lemah di birai katil. Air matanya mengalir lagi. Dadanya dipegang. Sakit bagaikan ditusuk tombak tajam.

Dia harus redha dengan takdir yang tertulis. Zulaikha yakin Allah memberinya ujian tanda sayangnya Allah pada dia. Tidak pernah sekalipun dia menyalahkan takdir dengan atas apa yang terjadi.

" Aku terima nikahnya Nur Amelia Binti Ahmad Nazeri dengan mas kahwin sebanyak RM 2000 tunai " .

Dengan sekali lafaz, Ashraf dan Amelia kini sah bergelar suami isteri.

Amelia tersenyum lebar. Akhirnya impian untuk mendapatkan suami seperti Ashraf terkabul. Dia bahagia. Walaupun dia tahu ada hati yang terluka di sebalik kebahagiaannya bersama Ashraf.

Dia sudah tidak peduli. Entah sejak bila dia menjadi seorang yang pentingkan diri.

Hari demi hari berlalu seperti biasa. Perkahwinan Ashraf dan Amelia sudah lebih kurang sebulan. Ashraf jarang pulang ke rumah Zulaikha.

Namun Zulaika tidak pernah bersuara. Dia tahu kehidupannya kini sudah tidak sama seperti dulu. Semuanya sudah berubah. Kini dia perlu berkongsi kasih sayang seorang suami.

Dia tabah menjalani hari-harinya seorang diri. Ibu mertuanya kerap datang menjenguknya di rumah.

Zulaikha tetap bersyukur dikurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat tentangnya. Jika dia mengidam, Puan Zarina lah yang sanggup mencari makanan yang diidamkan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience