Part 4.

Romance Completed 17083

Zulaikha mencedokkan nasi ke dalam pinggan lalu di hulurkan pada suaminya.

" Thanks sayang " ucap Ashraf.

Zulaikha membalas dengan senyuman.

" Abang, tadi mummy call. Dia nak kita balik rumah dia malam esok " beritahu Zulaikha.

Ashraf mengeluh perlahan.

" Abang tak nak lah " .

" Abang, kenapa ni? Mummy tu mak abang tau. Kita kan dah lama tak balik " .

" Zu, Zu tahu kan kalau mummy ajak datang mesti mak ngah, mak long semua ada " .

" Biarlah dia orang ada. Lagi meriah kan " .

" Sayang abang tak nak sayang sakit hati nanti. Sayang lupa dulu dia orang asyik sindir sayang sebab tak mengandung lagi. Abang tak suka " .

" Abang, Zu okay jer. Mulut orang, kita tak boleh tutup. Biarlah dia nak cakap apa pun. Zu rindu dengan mummy, dah lama tak jumpa " .

" Betul sayang okay kalau kita balik sana nanti? Abang tak nak sayang sedih " .

Zulaikha mengangguk.

" Betul Zu okay. Zu kan ada abang, abang kan kekuatan Zu " .

Ashraf tersenyum kecil. Dia bukannya tidak mahu pulang ke rumah orang tuanya. Cuma dia tidak suka layanan ibu-ibu saudaranya pada Zulaikha.

" Mel start kerja hari ni kan? Everything okay? " soal Zulaikha.

" Semua okay tadi " .

" Oh baguslah. Terima kasih tau abang sudi ambil Mel kerja dekat office abang " .

" Sama-sama " .

" Zu sayang sangat dengan Mel tu. Selain Nek Piah, Zu dah tak ada siapa-siapa lagi " .

Zulaikha ialah anak yatim piatu. Dia tinggal bersama nenek angkatnya sejak berusia 3 bulan lagi. Nek Piah lah tempat dia menumpang kasih.

" Abang tahu, sebab tu abang tolong Mel " .

Zulaikha tersenyum.

" Sedap tak? " .

" Sayang masak mana pernah tak sedap " .

Mereka berdua ketawa kecil. Ya Allah kekal kan lah kebahagiaan aku ini, doa Zulaikha.

Selepas solat Isyak, Zulaikha bersiap-siap ke rumah mertuanya.

Dia merenung dirinya di dalam cermin. Perutnya yang kempis di usap perlahan.

" Ya Allah, aku memohon kepada Mu, kau kurniakanlah aku rezeki untuk menjadi seorang ibu. Kau izinkanlah untuk aku mengandung Ya Allah " .

Air mata Zulaikha menitis perlahan. Selama ini dia hanya diam apabila di hina kerana masih tidak mengandung. Semua kata-kata itu disimpan sendirian.

Seandainya orang tahu dia juga mahukan anak. Cuma rezeki belum berpihak kepadanya.

" Sayang " panggil Ashraf.

Zulaikha segera mengesat air matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience