BAB 29: AzYa (tamat)

Romance Completed 5630

Lima tahun kemudian

"Ayan, can you call your brother for me? mommy nak mandikan diorang" ujar Alya kepada anak sulungnya. Alhamdulillah selamat bersalin kembar seirasnya lima tahun yang lepas dengan lancarnya. Siapa kata ibu muda tak boleh nak lahir dan jaga anak mereka? Itu semua salah. Sebab apa? Sebab Alya pandai membahagikan masanya dengan anak-anak dan suaminya. Sikap anaknya juga turut ikut sikapnya. Baik hati dan sopan.

"Anything for you mommy" balas Aathif dan memanggil adik-adiknya.

pertama- Aathif Thayan : Ayan (5 tahun)
kedua- Aathif Thaman : Aman (4 tahun)
ketiga- Aathif Thamar : Amar (4 tahun)

Ayan melangkah keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu tempat adik-adiknya bermain dengan toys mereka.

"Kids, mommy panggil mandi" kata Ayan kepada adik-adiknya. Amar dan Aman memandangnya lalu berlari laju naik ke atas. Ketiga-tiganya berlari naik ke atas dan terus memeluk mommynya. Pipi Alya dijadikan tempat mereka menciumnya bertalu-talu.

"Morning my babies. Let's take a shower okeyh" kata Alya dengan senyuman riangnya. Anak-anaknya mengangguk laju. Suka bila mommynya ingin memandikannya.

"Who first?" soal Alya dengan membetulkan rambut anak-anaknya.

"Me!" jerit ketiga-tiga anaknya serentak dengan mengangkat tangannya. Alya ketawa kecil. Alya membawa ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam bilik air dan meletakkan anak-anaknya ke dalam jakuzinya.

"Mommy, do we want to go somewhere?" tanya Aman dengan tangannya bermain-main dengan sabun.

"I want to buy your new toys" jawab Alya sambil membasuh rambut Aman. Aman terangguk-angguk faham.

"Why you too quit baby?" soal Alya kepada Amar. Tak pernah pula anak terakhirnya senyap seperti ini. Si abang dan si angah sibuk menceloteh sesama sendiri. Amar memandangnya dengan pandangan sayu.

"Mommy, I don't want toys. I just want you" jawab Amar dalam tangisannya. Alya memandang pelik anak bongsunya itu.

"Why you crying, sayang?" tanya Alya sambil mengelap air mata anaknya. Makin dilap, makin laju pula turun air matanya. Dia rasakan anaknya sedang memeluk kuat dirinya.

"Ayan, you bring Aman go to your room first okey? kejap lagi mommy datang" kata Alya lalu dilap badan Ayan dan Aman. Ayan menarik tangan Aman pergi ke biliknya.

Alya mengeringkan anak bongsunya lalu mengangkat Amar ke katilnya dan memakaikan baju. Siap sahaja Alya meletak bedak di muka anaknya, Amar terus bangun peluk di ribanya sambil menangis teresak-esak.

"Why sayang mommy ni?" soal Alya lembut dan mengusap belakang anaknya.

"Don't leave me, mommy" pinta Amar sambil memegang erat tangan ibunya.

"Who want to leave you?" tanya Alya sambil mengelap sisa air mata anaknya.

"I heard mommy wants to leave me with grandma" kata Amar dengan memandang tepat muka ibunya. Alya melepaskan keluhan kecil selepas mendengar kata-kata anaknya. Tak sangka pula anaknya ini terdengar perbualannya bersama mamanya.

"You salah dengar, sayang. Mommy suruh grandma jaga you and your brother sekejap. Mommy nak pergi beli barang for daddy tonight" jelas Alya.

"Why don't you bring us?" soal Amar.

"You want to follow me?" soal Alya kembali. Amar menganggukkan kepalanya.

"And then, you kena duduk dengan abang-abang sado lah macam tu. Kalau mommy bawak anak-anak mommy keluar, nanti," saja Alya menggantungkan ayatnya.

"Reporter came" sambung Amar dengan muka sedihnya.

"Why reporter came?" soal Alya.

"Because we're famous" jawab Amar perlahan.

Disebabkan Azman Aryan telah dinaikkan pangkat sebagai CEO di syarikatnya serta dinobatkan sebagai Tan Sri, keluarga mereka sering dijadikan topik hangat di setiap akhbar. Tambahan pula, masyarakat tidak percaya bahawa Tan Sri Azman Aryan telah pun berkahwin dan isterinya masih lagi muda dan mereka sudah mempunyai anak. Dan secara teknikalnya, Alya juga dinobatkan sebagai Puan Sri Alya Thalia.

"So?" soal Alya lagi.

"I still want to follow you" bentak Amar dengan manjanya. Sejak makin besar ni, dia asyik nak berkepit dengan mummy saja. Macam manalah nak dapat adik baru nanti. Haih

"Okey. But you stay with abang sado okey?" pujuk Alya.

"Mommy suruh abang sado Smile!" pinta Amar pula. Bukan dia tak tahu Azam dan Hazim tak habis dengan muka ketatnya dari dulu. Saja nak menyakat si kecil. Bila dengan kita boleh pulak tergelak sana sini. Alya mengangguk setuju lalu bangun menyiapkan Ayan dan Aman pula.

"Mommy, where are we going?" tanya Aman ketika mereka sedang turun dari tangga kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah abangnya, Ayan di ruang tamu.

"Beli toys. And then, you all duduk dengan abang sado sekejap okey?" kata Alya dengan lembutnya. Nak pujuk lah dulu katakan. Ayan dan Aman memandang sesama sendiri sebelum memeluk ibunya erat. Amar pula sudah elok duduk di atas ribanya.

"Taknak!" marah Aman yang sedang peluknya.

"Abang, it's okay" pujuk Amar tiba-tiba.

"Abang sado garang. They always serius mommy" kata Ayan pula. Alya memegang tangan anak-anaknya lalu di bawa keluar melangkah ke luar rumah dan berhenti di hadapan Azam dan Hazim. Ayan, Aman dan Amar memandang ibunya sebelum berlari bercicit-cicit ke belakang Alya.

"Puan Muda nak pergi mana?" tanya Azam dengan suara garaunya. Anak-anaknya yang berada di belakangnya sudah menutup muka taknak memandang muka garang milik Azam dan Hazim.

"I want to go to DIY" jawab Alya.

"Rumah Datin?" soal Hazim pula.

"No. Diorang duduk dengan you alls nanti. And please, SMILE" pinta Alya dengan tegasnya. Azam dan Hazim sudah tersengih melihat anak majikannya.

"Let's go kids" ajak Hazim dengan riangnya. Si kecil mula mengeluarkan kepalanya sikit demi sedikit. Mommy cakap apa dengan Abang Sado sampai senyum-senyum ni? Ayan bergerak ke Hazim dan Aman pergi ke Azam. Amar pula masih di belakang Alya lalu Alya mengangkat anaknya masuk ke kereta bersama.

{AZMAN}

"Kenapa boleh sampai macam ni? What you guys doing hah?" marah Azman kepada pekerjanya apabila client besarnya tiba-tiba menarik diri dari big project mereka.

"Maaf, Tan Sri. Kami dah explain pada diorang. Tapi mereka still tak boleh nak terima sebab kita cancel dinner dengan diorang last night" kata PA nya cuba memujuk majikannya dari terus memarahi rakan kerjanya.

"Just, go. And don't let them show their faces here again" arah Azman. Suraya selaku PA nya mengangguk faham lalu keluar bersama rakan kerjanya, tidak lupa juga dengan kertas kerja yang dibalingnya. Azman meraup kasar mukanya dan melonggarkan tali lehernya. Sedang dia tengah menahan amarahnya telefonnya mula berdering menunjukkan rakannya, Danial menghubunginya.

"Bro, relax. Kau pun tahukan client kau tu just nak dinner dengan Alya, asal kau tak setuju  je. Client puas hati, sign contract. settle case" kata Danial seakan memujuk rakannya. Dia tahu clientnya itu mahu melihat Alya selepas terlihat Alya di pejabatnya sewaktu perjumpaan pertama mereka.

"Kau cakap senanglah. Takkan senang-senang je aku nak bagi orang tengok hak aku. Lagi satu, ni pasal kerja. He's not a professional at all. Aku sanggup kehilangan orang yang macam tu dari tunjuk pada dunia siapa isteri aku" marah Azman lagi. Nak dikaitkan isterinya dengan hal kerja, memang taklah.

"Ye, aku faham. Tapi, kau jangan nak marahkan PA kau tu. Bukan salah dia pun. Salah mamat tua miang tu" pujuk Danial lagi.

"Sorry lah, aku terlepas. Tunang kesayangan kau tu tak nangis pun" sakat Azman. Danial ketawa kecil. Tidak lama selepas itu, Danial masuk ke dalam pejabatnya dan mematikan panggilan.

"Takkan tunang kau mengadu kut" perli Azman.

"Tak lah. Aku dari tadi memang ada kat luar nak jumpa kau. Tu yang terdengar tadi"

"Asal?" soal Azman.

"Aku nak pinjam sekejap handphone kau. Sini jap" kata Danial lalu terus mengambil telefon Azman. Azman hanya memandang dengan tidak puas hati. Tidak lama selepas itu, Danial pulang kembali telefonnya.

"Asal kau block nombor isteri aku?" tanya Azman tidak puas hati.

"Alya suruh. Kau jangan unblock sebelum balik kerja. And today, kau kena balik rumah mama. Baju kau, Alya dah hantar" kata Danial.

"Asal pulak? Aku gaduh dengan dia ke?" soal Azman pelik.

"Haihhh, hal rumah tangga sendiri pun tak tahu?" perli Danial lalu bangun ingin balik ke rumah.

"Kau terus balik rumah mama tau. Don't call or unblock her" ujar Danial dengan seriesnya. Azman hanya akur sahaja namun difikirannya masih memikirkan apa yang telah dia lakukan.

_____

Selepas sahaja habis kerja, Azman terus pulang ke rumah ibu mertuanya seperti yang disuruh sahabatnya. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Wajah rakannya di hadapan tidak mampu menenangkan fikirannya yang tengah sangat kusut sekarang ini. Otaknya masih ligat memikirkan tentang isteri kesayangannya. Danial yang memandangnya dari pintu depan sudah tersenyum lebar.

"Happy birthday, bro" kata Danial seraya memeluk bahu rakannya. Azman memandangnya dengan pandangan tidak mengerti.

"Birthday kau harini bro! Jangan nak fikir lagi pasal kau dengan Alya. Dia tengah prepare suprised untuk kau" ujar Danial lalu menarik masuk rakannya. Air mukanya yang dari tadi kelihatan masam kembali manis apabila mendengar kata-kata dari Danial. Penat-penat dia fikirkan cuma nak suprised birthday je.

_____

"Ayan, you bring daddy sampai meja makan okeyh" arah Alya. Aathif mengangguk faham.

"You two, hug daddy before he mad" ujar Alya pada anak kembarnya.

"Okey, mommy" jawab mereka serentak. Bukan mereka tak tahu daddynya akan merajuk bila salah seorang darinya tidak memeluknya. Sehari paling kurang pun 2 kali mesti peluknya.

"Mommy, we want to kiss you" pinta Amar. Alya hanya mengukirkan senyuman. Perlahan-lahan pipinya dikucup oleh tiga anak lelakinya.

{ALYA♡AZMAN}

Malam semakin menjelma, Azman masih belum menyiapkan dirinya lagi. Dia melabuhkan punggungnya di sofa. Rimut control ditekan untuk membuka TV.

"Azman, kenapa kamu tak siap lagi?" soal Dato' Mateen apabila melihat susuk tubuh menantunya di hadapan kaca tvnya. Azman memusingkan badan melihat empunya suara.

"Azman tak ada mood lah pa bila tak dengar suara Alya" jawab Azman dengan suara sayunya.

"Laa. kejap lagi jumpakan? Cepat siap. Adik tengah tunggu tu" arah Dato' Mateen tegas. Tanpa membuang masa, Azman menaiki tangga masuk ke bilik dan menyiapkan dirinya. Kesian pula isterinya sudah menunggu lama. Tapi, dia tak ada semangat.

"Mommy, where' s daddy?" soal Ayan apabila ayahnya tak sampai-sampai lagi. Dah lama ni tunggu. Perut pun nak buat concert ni. Baru sahaja Alya ingin menjawab, suara yang mereka tunggu telah pun tiba.

"I'm here baby" jawab Azman dengan gembiranya yang dari tadi sudah berada di depan pintu. Mereka bertiga memandang ayahnya lalu berlari kearahnya dan memeluknya seperti tidak mahu lepas.

"We miss you daddy" ujar Aman. Azman membalas pelukan anaknya dan mengeratkan lagi pelukan mereka.

"Me too" kata Azman turut merindui anak kecilnya. Alya hanya memerhati mereka dari belakang dan hanya tersenyum bahagia.

"I want to go to mommy.  You all sit here for a moment okay?" bisik Azman pada mereka. Mereka melepaskan pelukan dan mengangguk faham. Azman melangkah dekat menghampiri isterinya.

"Stop" tegas Alya. Azman mengerutkan dahinya. Baru sahaja dia ingin memeluk isterinya, Alya sudah melarang terlebih dahulu. Ish, suka macam tu.

"Close your eyes, abi" arah Alya. Azman mengukir senyuman sambil menutup rapat matanya. Alya berjalan menghampiri anak-anaknya dan meletakkan anak-anaknya di meja makan. Kemudian dia menghampiri suaminya lantas memeluk susuk tubuh syurganya dari belakang.

"I'm sorry abi. It's too simple" bisik Alya pada suaminya dari belakang. Azman membuka matanya lalu memusingkan isterinya menghadapnya.

"It's okay, sayang. Asalkan ada sayang and kids, I'm happy" pujuk Azman dan menghadiahkan ciuman hangat di dahi isterinya. Alya mengambil tangan Azman dan memakaikan jam jenama rolex di tangan suaminya.

"Happy birthday abi. Thank you always being by my side and accept me. I know I'm not perfect like another wife and mom outhere. But, I try my best and always be the best listener for you, concerned about you and the kids. And lastly, thank you for accepting my shortcomings and loving me with all your heart. I love you so much abi" ucap Alya dengan air mata tidak berhenti keluar. Dukucup lembut tangan suaminya. Azman mengesat lembut air mata isterinya dan mengucup mata berair isterinya.

"Thank you sayang. Thank you be my best wife and mom to my kids. I love you more" kata Azman lalu menarik tangan isterinya membawa ke meja makan. Mereka menikmati malam keindahan mereka dengan tawa riang si kecil di meja makan.

"Daddy, what is AzYa?" soal Ayan apabila melihat jam di tangan ayahnya terukir AzYa. Azman memandang pelik jamnya dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tak perasan pula ada ukiran dekat jam ni. Azman berlari-lari mencari keberadaan isterinya di bilik sambil memanggil-manggil isterinya.

"Sayang," panggil Azman lalu memeluk pinggang isterinya. Alya tersentak lalu memusingkan badannya dan mengangkat keningnya.

"Ape maksud ni? Sayang bagi hint apa ni?" soal Azman dengan menunjukkan jamnya. Alya tersengih lucu. Hint apa pula Encik Suami oii.

"No hint. It just you are my husband and only you are in my heart first and forever. Az is you, Azman. And Ya, Alya. Did you get it?" terang Alya. Azman tersenyum puas dan memeluk erat isterinya.

"Thank you sayang. You too. You are my wife and only my childish wife" bisik Azman dengan menggodannya. Alya tersenyum bahagia lalu membalas pelukan suaminya.

~TAMAT~

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience