Dua bulan kemudian,
"Sayang, abi pergi sekejap je okeyhh. kalau ada apa-apa terus call abi. Can you?" soal Azman. Alya hanya mengangguk. Akur dengan arahan suaminya.
Azman akan pergi outstation selama seminggu di Penang. Selalu dipesannya kepada bodyguardnya untuk sentiasa dekat dan jaga dengan Puan Mudanya selama dia jauh dari isterinya.
{ARYAN}
Sampai sahaja di Penang, Azman menghempaskan dirinya di katil. Badannya terasa sakit dan lenguh kerana duduk lame di dalam kereta. Azman terlelap seketika sebelum menghadiri mesyuarat dengan Syarikat Holding Berhad malam ini.
{THALIA}
"Hazim, boleh tolong saya belikan makanan?" soal Alya kepada pengiringnya.
"Puan Muda tak masak harini?" soal Hazim pelik.
"Saya tak ada mood nak masak hari ini." jawab Alya dengan sengihannya.
"Puan rindukan tuan, ya?" duga Hazim dengan cerianya. Alya hanya tersenyum. Siapa yang tak rindukan suami. Selalunya dialah yang akan menemani Azman setiap kali outstation namun, sejak kebelakangan ni, badan dia terasa sengal-sengal seperti tidak bermaya.
{ARYAN}
Selepas sahaja meeting bersama Syarikat Holding Berhad, matanya terasa berat untuk dibuka. Azman tidak sempat menghantar pesanan kepada isterinya. Matanya terpejam rapat. Perlahan-lahan pintu biliknya terbuka oleh seseorang.
"Morning, Puan Muda" sapa Hazim sebaik sahaja Alya turun dari biliknya.
"Morning. Awak yang masak ni?" soal Alya sambil mengukirkan senyuman. Hazim hanya mengangguk. Alya keluar rumah memanggil seorang lagi pengiringnya, Azam untuk makan bersama.
"Lepas ni, saya nak pergi ke pasar beli bahan petang ni" kata Alya.
"Baik, Puan Muda" jawab Hazim dan Azam serentak.
{THALIA}
"Kenapa banyak sangat korang beli ni?" soal Alya melihat tangan pengiringnya penuh dengan barang yang dibeli. Setahunya dia hanya menyenaraikan beberapa bahan sahaja. Ni samapai 10 plastik dekat tangan mereka
"Tak apa puan. Lepasni tak payah nak keluar masuk rumah lagi" jawab Hazim.
Sampai sahaja di hadapan rumah, Alya berjalan perlahan. Tekaknya terasa ingin mengeluarkan isi perutnya. Tangannya tidak lepas memegang lengan Azam kerana kepalanya berasa sangat berat. Alya tidak dapat menahan lagi isi perutnya. Alya mengeluarkan segala isi perutnya di atas baju Azam. Berair matanya menahan perit.
"So-sorry" ujar Alya lemah kepada Azam. Mereka tanpa apa-apa terus memapah Puan Mudanya pergi ke klinik.
Balik sahaja di rumah, bibir Hazim dan Azam tidak lepas mengukirkan senyuman. Alya mengingati pengiringnya untuk merahsiakan dari Tuan Mudanya. Dia ingin membuat kejutan untuk Azman selepas suaminya balik dari Penang. Tangan Alya laju mendail nombor Siti.
"Siti, aku nak bagitahu kau sesuatu ni" teruja Alya berkata.
"Apa dia?" soal Siti turut teruja apabila suara rakannya teruja.
"Aku pregnant, 2 bulan Siti" kata Alya menahan sebak di dada. Sungguh dia amat bersyukur bila mendapat tahu perkara tersebut. Tidak disangka dia akan mengandung di usia semuda ini.
"Alhamdulillah, kawan aku nak jadi mummy dah lepas ni" jawab Siti gembira.
"Siapa lagi yang dah tahu?" soal Siti.
"Semua dah tahu. Abang Azman je belum" jawab Alya perlahan menahan malu.
"Ouhhh nak suprise untuk Encik Abilah ni" usik Siti. Alya hanya tersenyum. Panggilan dimatikan selepas berbual lama. Ada sesaja cerita yang mereka bualkan. Alya turun ke bawah apabila perutnya merasa lapar.
"Jemput makan Puan Muda" ajak Azam. Alya dengan senang hati duduk di meja makan tengahari bersama bodyguardnya.
Tidak lama lepas tu, notification whatsapp Alya masuk. Alya hanya membiarkan sahaja whatsapp itu masuk lalu meneruskan makan. Selepas Alya membasuh pinggan, dia berjalan pergi ke ruang tamu sambil melihat chat yang baru masuk tadi. Jatuh telefonnya selepas melihat gambar yang diberi. Hazim dan Azam berlari mendapatkan Puan Mudanya yang sudah jatuh terduduk di lantai.
"Kenapa ni Puan Muda?" soal Azam kerisauan. Hazim melihat gambar di telefon Alya lalu memberi kepada Azam.
"Puan Muda kena dengar penjelasan dari Tuan dulu. Bangun ye puan. Kami beritahu pada Tuan" pujuk Hazim lembut. Tidak mahu mengganggu emosi ibu muda mengandung.
"Jangan.Tuan tengah berkerja Saya tak mahu ganggu buat masa ni" tolak Alya lembut. Taknaklah mengganggu suaminya bekerja pula.
"Jangan macam ni, Puan. Kesihatan puan ni. Puan tak boleh sendirian. Tuan kena ada sama. Macam yang dikatakan doktor, kandungan Puan masih lemah" pujuk Azam lembut kepada Alya. Alya hanya akur.
{ARYAN}
Paginya, Azman tiba di rumahnya. Sampai sahaja di rumah, Alya terus meminta keterangan dari suaminya tanpa berkata panjang. Dia tidak boleh terima langsung dengan apa yang dilihatnya.
"Astaghfirullah hal azim,sayang. Takkan abi nak buat macam ni" mengucap panjang Azman dibuatnya. Tidak pernah terlintas difikirannya untuk berbuat perkara yang menjijikkan sebegitu.
"Ya, memang abi tak buat. Yang dalam gambar tu siapa pulak?" tanya Alya tidak puas hati. Air mata yang bergenang di matanya di tahan supaya tidak pecah.
"Sumpah, sayang abi tak buat. Malam tu, abi just tidur dalam bilik abi je sayang. Tak ada siapa-siapa masuk" Azman mula melutut di kaki isterinya. Sungguh malam itu dia hanya terasa penat teramat untuk membuka mata sehingga tidak menghubungi langsung isterinya.
"Abi jangan sampai melutut macam ni. Bangunlah" Tidak sanggup dia melihat suaminya bersungguh-sungguh meyakinkannya dengan berlutut. Jatuh air matanya melihat suaminya seperti ini.
"Sumpah sayang abi tak buat" lirih sahaja Azman memujuk isterinya dengan air matanya membasahi wajah.
"Kita bincang esok je ye? Mama amik Alya kejap lagi"
"Tolong sayang. Abi tak buat semua ni sayang. Abi tak tipu." pujuk Azman lagi.
"Gambar abi dengan kak Iha tu. How can I believe all this? It's you, abi" ujar Alya dalam esakkannya. Tipulah jika dia tidak percaya terhadap suaminya. Rasa sayang dan cinta telah melebihi dari rasa kecewa membuatkan dia masih percayakan suaminya cuma dia hanya memerlukan sedikit ruang sahaja. Ibu bapanya juga akan menjemputnya sebentar lagi. Keluarganya sangat kecewa apabila melihat gambar-gambar yang diberi oleh satu nombor yang tidak dikenali. Diberi oleh siapa pun tidak diketahui.
"Sumpah sayang. Abi tak buat semua tu. Percayalah abi, sayang" rayu Azman lagi. Alya mengambil tangan suaminya dan mengucup lama lalu keluar dari rumah mereka tanpa menoleh ke belakang. Sungguh, dia tidak kuat melihat dan mendengar rayuan suaminya.
"Sayang! Abi tak buat sayang! Sumpah demi Allah!" jerit Azman. Azam dan Hazim turut mengikuti Puan Mudanya.
{THALIA}
"Adik, makanlah sikit. Kesian dekat baby tu" pujuk Datin Aslina. Alya hanya menurut. Selepas sahaja makan, Alya meletakkan kepalanya di bahu ibunya.
"Abi tak salah mama. Bagilah peluang untuk abi jelaskan. Adik sure mesti ada yang tak suka adik dengan abi macam drama-drama kita tengok sebelum ni" kata Alya lalu Datin Aslina tertawa kecil.
"Bincang elok-elok dengan Azman. Kalau tak selesai juga, mama sendiri yang akan ambil adik dekat rumah okey?" Alya menganggukkan kepalanya.
For you, dear reader. Always.
Share this novel