BAB 21: UJIAN

Romance Completed 5660

Hari-hari makin berlalu. Hari ini, Azman dibenarkan untuk keluar kerana bukti yang diberi tidak mencukupi. Dengan itu, Azman terus pulang ke rumah orang tuanya untuk mengambil si isteri. Sampai sahaja di rumah, Azman duduk di ruang tamu bersama dengan keluarga isterinya.

"Azman, papa dengan mama dah buat keputusan untuk adik tinggal di sini beberapa hari lagi" ujar Dato' Mateen.

"Tapi kenapa papa? Papa tak percaya dekat Azman ke?" soal Azman kecawa.

"Bukan papa tak percaya pada Azman, papa percaya. Kalau tidak, macam mana kamu boleh dibebaskan, right?" tanya Dato' Mateen bercampur sindiran.

"Papa," Danial mengerutkan dahinya apabila ayahnya berkata begitu.

"Azman,mama harap Azman faham ye. Biar Alya di sini dalam 5 hari lagi. Kamu pun tenang-tenangkanlah fikiran kamu" Datin Aslina cuba memujuk Azman.

"5 hari? nak tenang macam mana kalau isteri Azman tak ade dengan Azman maa?" soal Azman sedih. Matanya mula berkaca. Alya hanya mampu melihat wajah suaminya dari tangga sahaja. Ibu bapanya tidak membenarkannya berjumpa dengan Azman.

"Masa kamu outstation di Penang, ada kamu fikirkan isteri kamu ke? sibuk berenjoy dengan bekas tunang adalah!"ujar Dato' Mateen dengan nada sedikit tinggi.

"Papa!" tegur Danial terus bangun dan membawa Azman keluar dari rumahnya. Tidak mahu Azman terasa dengan kata ayahnya walaupun hakikatnya dia tahu Azman terasa dengan sindiran itu. Tidak disangka pula papanya akan berkata begitu pada Azman.

"Man, aku tahu kau tak buat semua tu. Kau dengar cakap mereka dulu ye. Pasal Alya, aku ade kan? setiap hari kau boleh call or vc dengan dia" Danial memujuk Azman. Dia tahu kata yang diberikan oleh ayahnya itu amat menyakitkan kawannya itu. Alya turun dari tangga dan keluar dari rumah untuk berjumpa dengan suaminya.

"Sayang, abi mintak maaf sayang. Abi terlepas pandang mengenai ini" ujar Azman sambil memeluk isterinya

"Abi jangan nangis ya? you make me want to cry too. Alya minta maaf dekat abi sebab tak berpihak pada abi" kata Alya dengan lembut lalu menyalam dan mengucup tangan suaminya.

"It's okay, memang salah abi. Abi balik dulu, nanti apa-apa abi call sayang ya?" ujar Azman lalu mencium ubun-ubun isterinya dan berlalu pergi.

{ARYAN&THALIA}

Keesokan harinya, Alya dan Danial bersiar-siar di kawasan taman perumahannya untuk menghirup udara segar di pagi hari.

"Abang, adik takut" ujar Alya tiba-tiba seraya mendekati abangnya.

"Takut ape?" tanya Danial.

"Semua yang adik mimpi jadi kenyataan" jawab Alya.

"Itu semua petunjuk yang Allah nak beri pada adik. Adik jangan takut sebab semuanya pasti ada hikmah. Kami semua ada di belakang adik untuk menjadi penguat dan pelindung, remember that" tenang sahaja Danial menenangkan adiknya.

"Alya," ujar Solihah setelah ternampak mereka dibangku taman. Sengaja dia lalu di kawasan itu kerana dia dah perasan Alya dan abangnya berada di situ. Alya mengangkat keningnya setelah melihat wajah Solihah.

"Akak nak bagitahu Alya sesuatu" ujar Solihah dengan serius. Danial bangun menajauhi mereka untuk memberi ruang kepada 'girls'.

"Akak pregnant,Alya" Alya hanya megukirkan senyuman. Namun lebih kepada senyuman sinis.

"Anak Azman." sambung Solihah lagi.

"Then akak nak saya buat apa? Do you think I believe this kind of nonsense?" soal Alya dengan tenang.

"Akak tahu Alya takkan percaya dengan apa yang akak cakap. Akak akan buat ujian sama ada matching atau tidak dengan kandungan akak minggu depan. Itu saje yang akak nak bagitahu. Harap Alya masih percayakan akak lagi" jelas Solihah lalu berlalu pergi. Air mata Alya mula jatuh. Susah untuk dia diterima berita itu. Walaupun dia berkeras untuk menidakkan, tetapi hatinya kuat mengatakan itu benar. Danial mengahampiri adiknya setelah Solihah menjauh.

"Kenapa ni? Solihah cakap apa?" soal Danial apabila melihat adiknya menangis teresak-esak.

"She's pregnant" jawab Alya tersedu-sedu.

"Adik percaya?" soal Danial lagi. Alya mengangguk ragu-ragu.

"Abang tak percaya. Azman cakap, dia terus tidur lepas habis meeting. Tak akan dia tipu abang pula" pujuk Danial.

"Itu adik percaya. Masalah sekarang ni, Kak Solihah mengandung" ujar Alya sebak.

"Adik, answer me. Macam mana perempuan boleh mengandung?" soal Danial tiba-tiba.

"Sebab adanya sperma lelaki" jawab Alya malu-malu. Dah kenapa dengan abangnya ni?

"Kalau sperma tak aktif, I mean sperma tidak dikeluarkan oleh lelaki, masuk ke dalam ovum perempuan?" soal Danial lagi. Alya menggeleng.

"So, that's mean," Danial sengaja menggantungkan ayatnya. Alya mengerut dahi. Kurang faham dengan penjelasan abangnya. Danial memberi jawapan dengan membisik ke telinga adiknya.

"If she pregnant, or DNA 100% anak Azman?" soal Alya.

"We will start the game with that bitch" jawab Danial sinis.

{ARYAN&THALIA}

Hari ini, Alya akan pulang ke rumah mereka setelah 5 hari berkampung di rumah ibu bapanya. Walaupun terasa berat untuk melepaskan anak perempuannya itu, namun mereka faham bahawa masalah rumah tangga anaknya perlu diselesaikan dengan segera. Tidak mahu terus melarat sehingga menjadi masalah yang lebih besar pada masa hadapan. Alya pula telah menyediakan rancangan yang sangat sempurna bersama abangnya untuk menjatuhkan Solihah.

Seperti biasa, Hazim dan Azam setia menemani Puan Mudanya. Di rumah pula, Azman menantikan kedatangan isterinya dengan senyuman manis. Keluar sahaja dari kereta, Azman terus mengangkat Alya masuk ke dalam rumah mereka. Hazim dan Azam tersengih melihat pasangan itu. Di ruang tamu, Azman meletakkan kepalanya di atas peha Alya. Saja nak bermanja dengan isteri. Dah lama rasanya tidak bermanja dengan isterinya, adalah dalam 2 minggu juga.

"Sayang ada benda nak bagitahu pada abi?" soal Azman dengan terujanya.

"Sayang jumpa Kak Iha kelmarin. She pregnant, your son" jawab Alya selamba.

"Sayang! Abi bukan nak tahu yang itu. I want to know about your dream" laju kepala Azman mengangkat.

"So, abi tahulah dia mengandung?" sengaja Alya ingin menyerkap jaring.

"Sumpah sayang abi tak tahu. Lagipun, abi tak buat apa-apa pun pada dia. She's not even my taste" ujar Azman bersungguh-sungguh.

"Abi nak tahu apa tadi?" soal Alya mengalih topik. Sengaja sebenarnya mahu membuat suaminya gelabah.

"No, mood sayang kena okey dulu baru bagitahu" rajuk Azman. Takut si isteri terbawa emosinya sekali.

"Kalau macam tu, tahun depan pun tak akan habis" usik Alya.

"Sayaaang, pleaselah... Abi nak buat macam mana lagi untuk sayang percayakan abi?" pujuk Azman.

"Betul abi akan buat apa-apa saja?" soal Alya dengan wajah seriusnya. Sengaja ingin mengusik sikit. Azman sudah menelan air liur kelat dan mengangguk.

'Harap-harap tak pelik-peliklah' bisik hati Azman.

"abitolong usapkan belakang, sayang nak muntah" pinta Alya. Azman terus mengangkat Alya ke singki dan mengusap lembut belakang isterinya. Apabila tekaknya terasa lega, mereka kembali duduk. Tangan Azman pantas memicit kepala isterinya.

"Sayang mimpi yang biasa je. Tak berapa teruk sangat. Setakat jerit-jerit tu, biasalah" cerita Alya ringkas dengan mata tertutup. Badannya disandarkan pada dada suami.

"Itu saja? No more secret?" tanya Azman. Alya hanya mengangguk. Tangan Alya mengusap perutnya yang sudah kelihatan membulat itu. Azman turut mengusap perut isterinya dengan senyuman lebar.

"I have suprised for you tonight" ujar Alya gembira. Muka Azman penuh dengan keterujaan.

"Abi book restaurant then pergi dengan Azam dulu. Sayang akan gerak dengan Hazim lepas beberapa minit" ujar Alya. Azman hanya mengangguk.

{ARYAN&THALIA}

"Kau okey ke tidak Solihah?" soal Encik Rahim apabila melihat anaknya tidak berhenti muntah. Dari tadi dia melihat anaknya ulang alik ke tandas. hati tuanya dilanda risau walaupun perwatakannya nampak kasar.

"Okey yah" jawab Solihah perlahan. Encik Rahim segera pergi ke biliknya setelah melihat keadaan anaknya semakin baik.

"Kenapa susah sangat kau nak percaya dekat aku, Alya?! cara apa lagi yang aku nak buat?!" bentak Solihah dengan marahnya.

"Kau pun satu Rafiq. Kenapalah bodoh sangat nak pergi terjah Alya dulu. Kalau tak, plan aku clear je" bentak Solihah lagi.

{ARYAN&THALIA}

Malam ini, Azman mengenakan seluar slack hitam berbaju kemeja baby blue. Mereka sudah berpakat untuk memakai baju berwarna baby blue malam ini. Azman duduk di meja yang telah ditempahnya.

Alya yang berada di rumah pula mengenakan abaya labuh berwarna baby blue dan shawl berwarna cream dilabuhkan sedikit untuk menutup dadanya. Buat pertama kalinya Alya memakai tudung sepanjang dia bergelar isteri kepada Azman. Kali ini dia yakin yang dia akan berhijab sepenuhnya dan terus istiqamah. Alya berjalan menuju ke keretanya. Hazim terpukau dengan penampilan Alya malam ini.

"Kenapa tengok saya macam tu? tak okey ke?" soal Alya bilamenyedari Hazim memandangnya pelik. Hazim hanya tersenyum sebelum geleng dan membuka pintu kereta. Tidak mahu membalas apa-apa, takut isteri majikannya kembang.

Sampai sahaja di restaurant, Alya teragak-agak untuk masuk ke dalam.

"So inilah suprise Puan untuk Tuan?" soal Azam pula. Alya hanya melemparkan senyuman manis.

"Puan masuk je. Tuan bertentangan dengan arah masuk. By the way, Puan cantik sangat malam ini" puji Azam ikhlas.

Alya melangkah masuk. Dia sedari pelayan-pelayan yang berada di situ mula memandangnya. Dia melihat-lihat pakaiannya. Okey je. Tak adalah pula bajunya terkoyak. Kalau renyuk tu, adalah sikit sebab dia baru turun dari kereta. Azman yang sedari mata-mata pelayan itu ingin juga pusing ke belakang.

"Don't move" ujar Alya lembut dengan teragak-agak. Azman hanya akur sambil mengukirkan senyuman. Tahu siapa yang berada dibelakangnya. Tangan dihulurkan tanpa memandang isterinya.

"Come sayang" pelawa Azman. Badannya masih tidak bergerak. Alya pula membeku dan menunduk ke bawah. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, tangannya digenggam erat oleh Azman. Azman memusingkan badannya ke arah Alya. Matanya mula menjamah seluruh tubuh isterinya. Baru dia perasan yang isterinya sedang memakai hijab. Subhanallah, cantik sungguh ciptaan Tuhan yang satu ini.

"I want to go back" ujar Alya dengan menolak dada suaminya. Tiba-tiba hilang confidentnya.

"Sayang baru je sampai. Don't go anywhere, please" pinta Azman dengan menahan kembali. Matanya tidak lepas memandang isterinya. Alya pula hanya tertunduk apabila pelayan-pelayan mula memandang mereka dengan tersengih-sengih.

"So, this is the surprise you want to give?" tanya Azman. Alya mengangguk malu.

"You look so beautiful tonight" puji Azman berbisik padanya. Dia menarik tangan Alya dan menarik kerusi untuk isterinya. Dia mengambil tempat di hadapan isterinya.

"Kenapa tak pandang abi?" tanya Azman menyakat. Sengaja ingin melihat muka kemerahan itu.

"Why look at me like that?" soal Alya kembali.

"Sebab sayang cantik" jawab Azman.

Baru sahaja Azman ingin melihat wajah isterinya, pelayan menghantar makanan. Azman memandang pelayan itu tidak puas hati. Selepas sahaja pelayan itu berlalu pergi, Azman menatap muka isterinya yang tiada sebarang makeup namun hanya ada lipbum sahaja. Senyuman manis terukir.

"Thank you sayang" ujar Azman tiba-tiba. Alya mengangkat keningnya sekaligus mengangkat kepalanya.

"For tonight" senyuman di bibir Azman tidak lepas dibibirnya. Dia menyuapkan makanan masuk ke dalam mulutnya. Baru sahaja beberapa suap, selera Alya mula hilang.

"Kenapa sayang?" soal Azman melihat isterinya tidak menjamah makanan.

"Tak ada selera" jawab Alya. Azman segera mengambil tempat di sebelah isterinya. Azman menyuapkan makanan ke dalam mulut Alya namun Alya segera menggeleng.

"Jangan macam ni. Kesian baby mummy tak mahu makan" Azman menunjukkan jarinya ke perut Alya. Alya hanya akur.

Habis sahaja makan, mereka segera pulang ke rumah. Baru sahaja mahu melangkah masuk ke rumah, Azman menarik tangan isterinya pergi halaman rumah.

"Sayang, jom amik gambar" pinta Azman lalu tangannya membetulkan tudung isterinya yang sudah terlipat-lipat akibat tidur tadi. Alya hanya akur. Selesai sahaja mengambil gambar, Azman menyuruh Azam cuci gambar tersebut menjadi frame. Wallpaper Azman pula meletakkan gambar mereka sebentar tadi. Azman mengukir senyuman riang.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience