BAB 1: ALYA

Romance Completed 5630

Tepat jam 6:15 Alya bangun ingin menunaikan solat. Setelah selesai menghadap Ilahi, Alya berniat untuk menyambung tidurnya namun terbantut dek kerana mendengar bunyi kuali bergendang-gendung di dapur. Dengan segera Alya turun melihatnya.

"Morning Datin" sapa Alya dengan manja lantas memeluk mamanya dari belakang. Datin Aslina terkejut dengan tingkah laku anaknya kerana terlalu fokus dengan masakannya tadi.

"Mimpi apa adik bangun awal ni?" Tanya Datin Aslina lalu mengusap lembut tangan anaknya.

"Adik ingatkan nak sambung tidur tadi, tapi tak jadi sebab adik dengar mama masak kat dapur" tanya Alya sambil mengeratkan lagi pelukan mereka.

"Mama ganggu adik tidur ke?" tanya Datin Aslina serba salah.

"Ape pulak mama nak kacau adik tidur. Adik patutnya tolong mama masak pagi-pagi, ni adik tidur pulak. Apelahh adik nii" rungut Alya dengan cebikannya.

"Kalau adik nak tidur, pegilah sambung tidur sane. Nanti pukul 7:30 mama kejut balik. Karang lambat pulak nak pergi sekolah" kata mama sambil memuncungkan mulut tunjuk arah ke ruang tamu.

"Taknaklah, adik dah tak ngantuk. Lagipon adik nak pegi sekolah awal harini. Adik nak jumpe dengan Cikgu Kartini, nak buat perbincangan tentang kelas pagi esok." tolak Alya lembut.

"Kalau macam tu, duduk depan tengok tv dulu"

"Taknak. Adik nak mama" rengek Alya manja.

"Adik kenape ni? ade ape-ape ke ni?" soal Datin Aslina pelik. Pelik dengan tingkah anaknya pagi ini.

"Mama, mama sayang adik tak?" tanya Alya tiba-tiba membuatkan Datin Aslina tersentak dengan soalannya.

"Soalan ape adik ni? Mestilah mama sayang, my beloved daughter" jawab Datin Aslina lalu mencium dahi anak bongsunya itu.

"Sayang sangat-sangat?"

"Sayang sangat-sangat, sayang" jawab Datin Aslina lagi.

"Adik naik atas dulu maa" pantas Alya lari menaiki tangga selepas mendapat ciuman kedua dari mamanya. Datin Aslina menghantar anaknya dengan ekoran mata sahaja. Pelik pulak pagi ni.

{ARYAN&THALIA}

Sampai di sekolah, Alya memasuki kelasnya lalu meneruskan langkah ke bilik guru. Selesai sahaja perbincangan bersama Cikgu Kartini, Alya berlalu ke dalam kelasnya semula.

"Awal kau sampai harini ?" Soal Siti yang berada ditempatnya.

"Haah. Tadi jumpe Cikgu Kart kejap bincang pasal esok."

Siti tidak menjawab namun hanya mengangguk kepala tanda faham.

"Siti, aku nak cerite something ni" Alya memulakan perbicaraannya selepas keadaan sebentar tadi sunyi. Siti hanya mengangkat kening tanda menanyakan apadia kepada Alya.

"Erm, aku takutlah nak cerite" luah Alya lalu menundukkan kepalanya kerana tidak tahu ingin memulakan ceritanya bagaimana kepada sahabatnya itu.

"Why? Macam tak biasa kau ni. I'm a good listener" Siti cuba untuk menenangkan Alya ketika ini.

"Aku ade mimpi malam tadi," Alya mula bersuara sambil menundukkan kepalanya.

"Alya, kau cerita ngan aku kenelah pandang muke aku. Kalau kau nak pandang meja, baik kau cakap dengan meja je. cerita betul-betul aku dengar"

Alya cube untuk melihat muka Siti tetapi dirinya terlalu takut akan mimpinya malam tadi sampai dirinya membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan hanya berfikir itu hanyalah mimpi semata-mata.

"Takpelah aku dah lupe."

"ALYA THALIA BINTI HAZE MATEEN!!" jeritnya geram.

"Baik kau bagitahu aku sekarang sebelum aku taknak bercakap dengan kau setahun!" ugutnya.

Alya yang terkejut dengn ape Siti katakan terus niatnya terhenti untuk menceritakan mimpinya terbantut.

"Yeye, aku cerita. Aku mimpi aku jumpa dengan kawan abang aku."

"So? Ape yang kau takut sangat?" soal Siti tidak memahami apa yang ingin Alya sampaikan.

"Aku mimpi aku kahwin dengan dia" cerita Alya perlahan.

"Ape yang kau takut sangat? Just a dream Alya, permainan tidur"

"Memanglah. tapi aku dah mimpi bende yang same banyak kali. Every night, Siti" katanya sayu.

"Sape orangnye?" soal Siti dengan penuh keinginan untuk mengetahuinya.

"Kawan abang aku"

"Jodoh kaulah tu" kata Siti selamba.

"Dahla. aku malaslah nak cakap bende ni. aku ingatkan bile aku cerita kat kau, kau akan tenangkan aku. ni tak, serabutkan lagi adelah" tutur Alya dengan nada yang menjengkelkan. Siti hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu.

{ARYAN&THALIA}

Habis sekolah, Siti pasti akan mengikut Alya pulang kerumahnya. Perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk study bersama-sama selepas tamat persekolahan.

"Alya sekejap!" laung satu suara yang amat dikenali mereka telah mematikan langkah mereka.

"Kau masuk kereta dulu Siti" arah Alya.

"Be carefull" pesan Siti sebelum memasuki kereta.

"Kenapa Encik Rafiq panggil saya, ya?" soal Alya sopan kepada classmatenya.

"Kenapa awak tak amik coklat yang saya bagi kat atas meja awak balik tadi?" soal Rafiq sedikit kecewa kerana Alya tidak mengambil coklat pemberiannya.

"Masa awak bagi coklat tu, awak ade nampak barang saya kat kerusi?" tanya Alya kembali tanpa menjawab soalannya.

"Saya tak perasan pulak. kenape?"

"Saya dah gerak masa awak bagi coklat rasenya. sebab sebelum saya keluar dari kelas, saya dah kosongkan meja saya." terang Alya. Rafiq tersenyum selepas mendengar penjelasannya. Yeah, ade peluang!

"So, can you take my chocolate?" Rafiq menghulurkan coklat cadbury kepada Alya. Alya mengambilnya lalu terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata dan melihatnya kembali. Rafiq tersenyum lebar melihat Alya mengambil coklat pemberiannya.

Sampai sahaja di rumah, Alya terus masuk ke dalam bilik selepas masukkan coklat pemberian Rafiq ke dalam peti sejuk. Datin Aslina, Dato' Mateen dan Siti hanya melihat Alya tanpa bersuara.

"Siti, kenape dengan adik tu?" Soal Datin Aslina selepas melihat anaknya masuk ke dalam bilik.

"Aunty" sapa Siti seraya salam Datin Aslina dan Dato' Mateen.

"Siti duduk dulu aunty suruh Che Yah buat air kejap." Arah Datin Aslina lalu ingin pergi ke dapur.

"Takpe aunty. Siti dah minum air dengan Alya tadi." tolak Siti dengan sopan. Malu dibuatnya bila berdepan dengan Datin Aslina dan Dato' Mateen sendirian. Datin Aslina mengangguk dan kembali ke tempat duduknya.

"Erm, aunty. Siti nak tanye sikit,"

"Abang Danial ade kawan lelaki kan?" Soal Siti.

"Setahu aunty ade. Kenapa Siti?" soal Datin Aslina kembali.

"Tak de ape. Siti naik bilik Alya dulu eh" pinta Siti dengan sopannya. Dato' Mateen dan Datin Aslina hanya mengangguk.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience