Keesokan paginya, Alya pergi ke rumah mereka untuk melihat suaminya. Hatinya seakan termakan dengan nasihat abangnya selepas Danial memujuk untuk melupakan dahulu cerita itu.
"Assalamualaikum, abi" Alya melangkah masuk ke dalam rumah dan mencari suaminya. Kaki dinaikkan menuju ke bilik utama rumah itu.
'Tidur' desis hati Alya sebaik sahaja melihat suaminya berselubung di atas katil mereka. Perlahan-lahan Alya berjalan mendekati suaminya dan duduk di sebelahnya.
"Abi, bangun. Jom makan" kejut Alya sambil mengusap-usap dada suaminya. Azman terpisat-pisat bangun dari tidurnya.
"Sayang, abi tak buat sayang. Abi tak tipu" ujar Azman sambil memegang kedua tangan isterinya sebaik sahaja melihat wajah isterinya.
"Ye sayang tahu. Now, you take a shower first. Dah siap, turun makan. Sayang tunggu kat bawah." arah Alya lembut. Azman akur lalu bangun terus pergi ke bilik air.
Selesai sahaja makan, Azman duduk berehat di balkoni bilik mereka. Dia tahu Alya tidak mahu melihat mukanya sekarang kerana semasa makan, Alya hanya diam membisu. Alya masuk ke bilik dan mengambil tempat duduk di riba suaminya.
"Sayang, abi betul-betul tak buat semua tu" serta-merta Azman mengucap ayat itu lalu mengambil tangan Alya dan mengucup tangan isterinya. Air matanya turun jatuh membasahi muka. Tidak berhenti dia cuba meyakinkan isterinya. Entah kali ke berapa dia mengucap ayat itu.
"Sayang percaya abi. Abi janganlah asyik menangis je. Sakit nanti, sayang" ujar Alya sedih. Azman menggelengkan kepalanya. Dia juga turut sedih apabila isterinya mengusap air matanya.
"Selagi sayang tak maafkan abi, abi tak akan berhenti menangis" kata Azman tekad.
"Sayang dah maafkan abi dan sayang percayakan abi. Now, stop crying. Nanti abi demam pula" Alya mengesat air mata suaminya dan mengambil tangan suaminya letak di perutnya.
"He needs you too" Alya tersenyum manis sambil menahan sebak. Azman mengerutkan dahinya tidak faham.
"You pregnant? For real?" soal Azman tidak percaya. Alya mengangguk laju.
"2 months" kata Alya gembira. Bibir Azman mengukirkan senyuman dan tidak berhenti mengucap syukur.
"Stop crying okeyh?" pinta Alya dan mengesat sisa air mata suaminya. Azman tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
{ARYAN&THALIA}
Keesokan harinya, Azman bangun membersihkan diri dan turun ke bawah untuk sarapan.
"Abi tak kerja hari ini?" soal Alya apabila suaminya hanya mengenakan baju biasa.
"Tak, abi cuti for this week" jawab Azman gembira. Alya mengerutkan dahinya. Pelik.
"I want spend time with my sayang and our baby" terang Azman bersahaja. Tangannya pantas menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya.
"Sedapnya. Pandai isteri abi masak." puji Azman.
"Bukan sayang yang masak" jawab Alya. Azman mengangkat keningnya. Makanan yang berada di dalam mulutnya itu masih dikunyah sambil mendengar penjelasan dari si isteri.
"Kak Iha yang masak. Dia minta maaf dekat sayang sebab abi dah ter'makan' dia haritu dekat Penang" saje dia tekankan 'makan'. Dengan cepat, Azman bangun dan mengeluarkan makanan di dalam mulutnya dan makanan yang berada di atas meja turut dibuang sama.
"Abi, tak eloklah buang rezeki" pantas Alya menghalang suaminya.
Azman memandang isterinya dengan pandangan mata tajam. Kenapa isterinya sesuka hati bagi dia makanan selain air tangannya? Alya menutup rapat mulutnya dengan tangannya. Perutnya ingin mengeluarkan segala isi yang di makan. Tanpa berlengah, baju Azman menjadi sasaran buangannya. Azman terus mengangkat isterinya pergi ke sinki. Selepas perut dan tekaknya merasa lega, Azman terus mencempung isterinya ke dalam bilik.
"Sayang okey?" soal Azman kerisauan. Alya hanya mengangguk. Azman menukar bajunya dan duduk di sebelah isterinya.
"Sebelum ni macam ni ke?" soal Azman lagi. Alya tidak menjawab malah melelapkan matanya kerana lelah. Melihat mata isterinya tertutup, segera dia turun ke bawah menanyakan kepada bodyguardnya.
"Puan Muda selalu muntah-muntah ke sebelum ni?" soal Azman kepada Hazim. Azam pula mengangguk.
"Sebelum-sebelum ni, banyak kali jugalah muntah-muntah sampai tak larat nak masak dan bangun" terang Hazim bersahaja.
"Kenapa tak ade siapa pun yang bagitahu saya?" tanya Azman kecewa.
"Maaf, tuan. Puan Muda tak nak Tuan risau semasa Tuan bekerja" jawab Azam pula.
"Tuan, mase tuan pergi outstation haritu. Puan Muda selalu meracau. Suara puan kuat sampai ke ruang tamu semasa kami sedang berjaga malam" ujar Hazim dengan muka berkerut-kerut.
"Habistu korang buat apa?" soal Azman dengan nada tinggi.
"Puan Muda hanya kata tak ada apa-apa. Jadi kita orang pun anggap tiada apa-apa" jawab Azam.
Azman berlalu ke biliknya. Tangannya mengusap lembut perut isterinya yang masih tidak kelihatan bukitnya. Alya tersentak apabila tangan suaminya berada di situ, terus terbuka matanya.
"Kenapa sayang tak bagitahu abi sayang selalu morning sickness?" soal Azman.
"Sayang taknak abi risau. abi kan busy kerja" jawab Alya tanpa memandang suaminya.
"Look at me" Azman mengangkat wajah isterinya.
"Tak kisahlah sibuk mana pun abi, I always want to take care of you, okeyh?" Alya hanya mengangguk.
"Baby jangan nakal-nakal kesian mummy penat nak muntah je" Azman mengusap perut isterinya. Alya hanya tersenyum melihat telatah suaminya.
"Kenapa sayang tak bagitahu abi sayang masih meracau?" soal Azman lagi. Alya melihat muka Azman dan mengerutkan dahinya.
"Hazim dengan Azam bagitahu" Alya menganggukkan kepalanya.
"Tak ada apa pon" jawab Alya.
"Tak ada apa? sayang, sayang meracau tau. Bukan mimpi biasa-biasa. Siap menjerit sampai diorang dengar. kenapa degil sangat nak dengar cakap abi ni" Azman menepuk perlahan tangan Alya. Seperti hukuman kecil.
"Sayang dah call abi dah, tapi abi tak angkat" jawab Alya perlahan tak nak suaminya rasa serba salah. Azman terdiam. Hampir setiap malam juga dia berasa kepalanya berat dan susah untuk membuka mata semasa sampai isterinya call pun dia tidak sedar.
"Sorry sayang. Abi tak tahu kenapa sepanjang abi dekat Penang, kepala selalu berdenyut sampai abi rasa nak rebah" Azman memeluk Alya.
For you, dear reader. Always.
Share this novel