BAB 7: MAJLIS

Romance Completed 5659

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Alya yang masih di dalam bilik tengah bersiap resah dengan keputusannya sendiri.

'Betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Layakkah aku untuk bakal suamiku nanti?'  bertubi-tubi soalan bermain difikirannya.

'Astaghfirullah hal azim. kenapa kau fikir macam ni Alya? ikhlaskan hati kau ni. Betul cakap abang, mane perginya sifat positif aku? ' soalnya sendiri.

"Cantiknya kau Alya. Tak silap bakal suami kau yang amik juru makeup ni" puji Siti gembira dan teruja.

"Bakal suami? Abang Azman yang sponsor semua ni?" soal Alya kurang faham. Siti hanya menganggukkan kepalanya. Juru makeup itu tersenyum melihat tingkah mereka. Alya dan Siti mengucapkan terima kasih kepadanya. Dengan sopannya juru makeup itu meminta pulang.

"Adik," Dato' Mateen memanggil anak perempuannya. Alya memandang wajah ayahnya dengan senyuman yang manis. Siti meminta izin untuk keluar. Dato' Mateen merapatkan dirinya pada anaknya.

"Cantik anak papa ni. Untung sape dapat anak kesayangan papa" puji Dato' Mateen kepada anaknya lalu mencium ubun-ubun anaknya. Air mata Alya mula bergenang dan menunjukkan senyuman yang manis kepada ayahnya.

"Papa, betul ke dengan keputusan ni?" soal Alya untuk kali terakhir.

"Papa yakin sayang. Azman akan jaga dan sayang adik macam mama, papa dengan abang jaga adik. Adik jangan risau ye, sayang" pujuk Dato' Mateen menenangkan anaknya dan mengesat air mata yang mengalir di pipi anaknya.

Dato' Mateen membawa Alya keluar dari bilik menuju pelamin. Semua keluarga tersenyum melihat kejelitaan anak saudaranya pada hari itu. Tidak di sangka anak saudaranya yang paling bongsu itu akan berkahwin hari ini. Dato' Mateen mengambil tempat di depan bakal suami Alya untuk melafazkan akad kepadanya.

"Azman Aryan bin Ahmad Asyraf,"

"Ye saya," jawab Azman

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Alya Thalia binti Haze Mateen dengan mas kahwin RM 5000 tunai."

"Aku terima nikah Alya Thalia binti Haze Mateen dengan mas kahwin RM 5000 tunai" jawab Azman dengan lancar tanpa ada sebarang kesalahan.

'Sah'

Alhamdulillah dengan sekali lafaz Alya Thalia sah menjadi isteri kepada Azman Aryan. Air mata bahagia ibu dan ibu mertuanya jatuh tanpa disedari.

{ARYAN&THALIA}

Seusai majlis pernikahan mereka, Alya mula diperingatkan oleh mamanya untuk mendengar segala arahan suaminya. Terpampar wajah gembira dan bahagia pada muka mama dan papanya. Alya tersenyum manis melihat mereka.

'Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. Jangan pernah sekali kecilkan hati suami. Taat dengan suami adik' nasihat dari mama masih terngiang-ngiang di fikirannya. Sedang Alya berdiri di balkoni biliknya, menyapanya dari belakang. Terhinjut bahunya dengan teguran dari suaminya.

"Kenape kat luar ni? sejuk. setahu abang Alya tak boleh lame-lame dekat luar malam macam ni" kata Azman.

"Adik saje nak amik angin malam sekejap" jawab Alya lalu melemparkan senyuman manis pada suaminya.

"Alya, abang nak cakap sikit ni" Azman membawa Alya ke kerusi belajarnya. Alya mengangkat kening menanti apa yang ingin disampaikan.

"I'm your husband already. Can you stop calling yourself 'adik'?" soal Azman. Alya mengetap bibirnya dan tunduk ke bawah takut untuk melihat muka suaminya.

"I'm talking to you, Alya!" tegas suara Azman berkata. Sengaja ingin menggertak isteri mudanya itu. Terasa kelakar apabila Alya terus mengangkat wajahnya kerana terkejut dengan intonasinya.

"From now on, you must call me HUBBY! No more abang or awak. Do you understand me?" soal Azman separa ugut.

Alya menggeleng. Tidak menerima cadangan yang diberi suaminya.

"Alya nak panggil suami Alya 'abi'. Dari dulu lagi Siti dengan Alya dah fikirkan nama panggilan untuk future husband sendiri. Boleh tak, abi?" jawab Alya perlahan. Memang dari dulu lagi dua sahabat ini sudah membincangkan tentang nama panggilan untuk bakal suami mereka. Terasa bosan pula selalu dengar panggilan yang sama.

Azman tersenyum mendengar jawapan dari isterinya lalu diangguk sahaja kepalanya tanda bersetuju. Terasa comel melihat telatah kebudak-budakkan isterinya. Dengan segera, Azman bangun menuju ke katil.

"Come,sayang" panggil Azman lalu menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Alya hanya menurut. Azman sembunyi senyum. Alya terus baring dan menarik selimut membelakangi suaminya. Perkara itu membuatkan Azman terasa.

"Alya, don't you know dosa seorang isteri tidur membelakangi suami?" Tegur Azman. Tiada lagi senyuman terukir di bibir Azman. Azman cuba menahan marahnya. Alya terus memusingkan badannya menghadap Azman.

"Adik minta maaf" ujar Alya perlahan.

"No more adik sayang. you are already my wife not my sister" bisik Azman dengan lembut sambil membelai rambut isterinya hingga membuatkan Alya tertidur dengan cepat.

'Mudah dibelai isteri aku ni'  desis hati Azman.

"Goodnight, angel" bisik Azman lantas mengucup dahi si isteri.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience