BAB 23: KAHWIN

Romance Completed 5630

Tiga bulan kemudian

2 minggu sahaja lagi, Azman Aryan dan Solihah akan berkahwin. Mustahillah parents Alya dan Azman tak kecewa dengan keputusan mereka. Hanya Alya, Danial dan Siti sahaja tahu rancangan terakhir mereka. Dan juga rancangan rahsia mereka sudah diketahui oleh parentsnya kecuali Azman.

Azman pula hanya akur walaupun dalam hatinya masih marah dan tidak puas hati terhadap isterinya. Mengikut rancangan, Azman terpaksa mengambil Solihah menjadi PAnya kerana senang Solihah mengetahui perangai dan sikap Azman sebelum berkahwin. Nanti lepas kahwin tak adalah culture shock dengan perangai suami. Namun, Solihah pula sangat terkejut dengan perubahan sikap Azman yang semakin dingin itu. Semasa mereka bertunang beberapa minggu lepas, perangainya tidak pernah dingin sekali.

'Mungkin selepas kahwin sweetlah tu' fikirnya. Tapi, boleh percaya ke?

Kandungan Alya pula makin sarat dan sihat kerana bulan ini sudah 7 bulan Alya kandungkan anak pertama mereka. Sepanjang sebulan ini, Azman sangat sibuk melayan sikap dan karenah Solihah yang sedang sarat. Solihah pula sudah dekat dengan ambang kelahiran cahaya matanya.

Mimpi? Mimpi Alya makin lama dapat dikawal kerana Azman sudah tahu cara mengatasi mimpi isterinya. Namun tidak pula dia beritahu pada isterinya.

To:Hubby
Sayang tidur rumah mama, eh? Sayang dah hantar lunch abi dekat Kak Iha. Jangan lupa makan. Love you.

Mesej yang diberi oleh Alya hanya dibluetick sahaja. Azman melepaskan keluhan berat. Termasuk hari ini sudah seminggu dia makan bersama 'BAKAL ISTERINYA'. Dia sangat rindu untuk makan bersama isteri kesayangannya. Dia sendiri tak tahu kenapa isteri kecilnya ini sangat suka bila dia akan berkahwin dengan Solihah. Bahkan, dia sendiri yang suruh untuk menjadikan Solihah sebagai madunya. Keluhan berat dilepaskan apabila memikirkannya.

{THALIA}

"Mama" sapa Alya terus memeluk Datin Aslina. Datin Aslina tersenyum dan membalas pelukan anaknya.

"Macam mana dengan princess mama hari ni? okey tak?" soal Datin Aslina lalu mengusap perut anaknya. Alya hanya mengangguk.

"Dah nak jadi mummy dah anak mama ni, baru 16 tahun" ujar Datin Aslina sayu.

"Kenapa mama ni? takkan tak happy adik mengandung? " Alya mengelap air mata ibunya.

"Mestilah mama happy. Mama dah nak dapat cucu kot. Adik ni, perangai jangan nak childish lagi, matured sikit. Nanti Azman tak dapat beza mana satu anak, mana satu mak" sakatnya dengan tawa kecil.

"Ishh, kesitu pulak mama ni. Takdenyee. Adik dah matured okeyhh" jawab Alya dengan bangganya.

"Matured ape kalau buat keputusan macam budak-budak ni? Ingat berkongsi kasih sayang ni main-main ke?" soal Datin Aslina series.

"Dia yang start game. Adik follows je" jawab Alya selamba.

"Ha, tengok tu tengok tu. baru berapa saat mama pesan, dah start dah" Datin Aslina menggelengkan kepalanya.

"Cik Muda, Tuan Danial panggil naik ke bilik" ujar Che Yah yang baru tiba. Tanpa berlengah lagi, Alya terus berjalan naik ke atas.

"Abang rasa abang dah tahu siapa ayah budak tu" Danial menayangkan muka seriesnya. Alya mengangkat keningnya.

"Rafiq" jawab Danial ringkas.

{AZMAN}

Solihah masuk ke pejabat Azman untuk memanggilnya makan tengah hari bersama.

"Abang, jom makan" ajak Solihah dengan senyuman manisnya. Mereka duduk di sofa pejabatnya. Selera Azman pada hari ini hilang sebaik sahaja melihat muka Solihah. Memang setiap hari seleranya hilang bila makan dengan Solihah. Solihah pula tidak putus memujuknya untuk makan bersama.

"Jomlah makan, abang. Penat Iha masak ni untuk abang" bohong Solihah. Azman sudah tersenyum sinis mendengarnya. Muka Solihah langsung tidak dipandangnya.

"Abang" pujuk Solihah dengan suara manjanya.

"Stop call me like that! I'm not your brother!" laung Azman lalu bangun pergi ke mejanya. Solihah yang terkejut dengan laungan itu hanya terdiam.

"What are you waiting for?! Get out now!" jerit Azman. Solihah bergegas keluar dari pejabatnya. Takut pula bila Azman mengamuk. Azman menyandarkan kepalanya di kerusi. Tangan dia laju mendail nombor isterinya.

"Hello sayang, sayang tengah buat apa?" soal Azman dengan manjanya.

"Tak ada buat apa. Abi dah makan yang sayang masak?" soal Alya. Azman memandang bekal makanan di atas mejanya dengan pandangan kosong.

"Belum. Abi nak makan dengan sayang. Jom lunch" ajak Azman.

"Kenapa tak makan yang sayang masak?" soal Alya seakan merajuk.

"Abi nak makan dengan sayang. Bekal yang sayang bagi tu dah ada orang makan" jawab Azman selamba. Alya tertawa kecil mendengarnya.

"Sayang tunggu kat bawah" dengar sahaja isterinya berkata begitu, Azman terus mengambil kotnya dan berlari turun ke bawah.

Azman menunggu Alya di sofa lobi syarikat. Tidak lame selepas itu, tersenyum Azman bila kereta Mercedez Benz berwarna silver mula kelihatan. Azman melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelah isterinya. Solihah hanya memerhati dari belakang.

'Patutlah kalut semacam, nak jumpe bini rupanya. kau tunggu kau Alya, Azman' detus hati Solihah.

"Sayang nak makan kat mana?" soal Azman yang sedari Alya hanya diam.

"Abi nak makan kat mana?" soal Alya kembali dengan mata tertutup. Sejak kandungannya berusia 7 bulan, dia cepat berasa penat, lelah dan alahannya juga kerap berlaku.

"Lah. Abi tanya sayang" ujar Azman.

"Sayang tak kisah, sayang ikut abi je" jawab Alya lalu mendekatkan kepalanya ke dada bidang Azman.

"Kenapa ni?" soal Azman apabila melihat isterinya terlalu lemah. Alya hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada apa. Azman memandang ke arah Hazim yang duduk di tempat sebelah pemandu.

"Pinggang Puan Muda sakit" jawab Hazim perlahan walaupun Tuannya belum bertanya.

"Sayang kita balik eh" pujuk Azman. Kesian melihat isterinya sanggup melayan karenahnya walaupun sedang sakit.

"No,no. abi laparkan? Lepas makan kita balik" Alya masih bertegas.

"Azam, take away je makanan nye. Kite makan dalam kereta je" arah Azman. Hazim dan Azam hanya akur.

"Abi, boleh tak kalau sayang nak tidur rumah mama?" soal Alya tiba-tiba.

"No,sayang. Abi tak benarkan." bantah Azman apabila dia teringatkan cara mengatasi mimpi isterinya. Jujur hanya dia saja yang tahu. Bahkan Danial, abang kandung isterinya juga dia rahsiakan.

"Abi picitkan boleh?" pinta Alya dengan teragak-agak. Laju tangan Azman memicit pinggang Alya dengan perlahan. Selepas sahaja makanan sudah siap, Azam memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Sayang, bangun eh makan" kejut Azman dengan mengejut isterinya. Alya masih mendiamkan diri dan mengeratkan lagi pelukannya. Azman tersenyum kecil dan hanya makan dengan keadaan begitu. Alya yang sudah terbau-bau telur, terus tekaknya berasa loya. Alya menjauhkan dirinya dari Azman namun dalam kereta itu sudah semerbak bau telur. Alya membuka pintu dan terus membuang isi perutnya. Azman terkejut terus melangkah keluar mendekatkan diri dengan Alya.

"No,no. The smell" tolak Alya apabila Azman sedang berlari anak mendapatkannya.

"Bau apa?" soal Azman. Alya menunding jarinya ke arah Azman. Hazim dan Azam yang memerhati dari tadi tersenyum kecil. Laju Azman mengambil minyak wangi yang disimpan dalam kereta lalu disembur ke badannya. Selepas dia rasa tidak berbau, Azman mendekatkan dirinya lagi.

"No,no. Please abi. Your smell" rayu Alya dengan lemahnya. Azman hanya akur dan memandang Alya sayu. Selepas berasa lega, badan Alya terasa lemah untuk berdiri. Laju kaki Azman mendapatkan isterinya. Azam terus membawa kereta pulang ke rumah.

Solihah bermundar-mandir di meja pejabatnya. Dia risau jika dia tidak dapat menghancurkan kebahagiaan Alya.

'Macam mana kalau Alya nak batalkan majlis? tapi kad jemputan dah hantar. Tapi kenapa Azman dingin je dengan aku? mungkin dia nak tunjuk sweet lepas kahwin kot' Solihah menenangkan dirinya.

{AZMAN&THALIA}

Azman perlahan-lahan membuka tudung isterinya dan menyangkut di almari. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Sayang, makan sikit eh" pujuk Azman. Alya menggelengkan kepalanya tidak mahu.

"Sikit je" pujuk Azman lagi. Alya bangun dari pembaringannya namun tidak pulak ingin makan tetapi memeluk suaminya dengan erat.

"Abi, If you want to marry her, I'm okay" ujar Alya tiba-tiba.

"Why you talk like that? Sayang, kad jemputan tu kan fake. Kenapa nak cakap macam ni?" Azman seperti tidak mempercayai isterinya akan menanyakan soalan begitu.

"Sayang kesiankan Kak Iha. Ayah anak tu kan dalam penjara" jawab Alya.

"Kalau sayang kesiankan dia, sayang jelah kahwin dengan dia. Abi tak kesian langsung dengan dia. Dah pandai buat dosa, pandailah tanggung" bentak Azman.

"Kalau sayang kesiankan dia sekali pun, tolonglah jangan nak libatkan abi. Sayang tak kesian ke dekat abi? dekat anak-anak kita? Nak abi sayang lebih dekat perempuan tu dari sayang, dari anak-anak?" ujar Azman dengan tegas.

"Don't talk like that" pinta Alya dengan esakkan kecil.

"Sayang, jangan buat keputusan yang sayang sendiri tak boleh nak atasi. Sayang faham tak?" soal Azman. Alya hanya mengangguk.

"Now, I want you to eat. For you and our baby" pujuk Azman.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience