"Sayang, kenapa ni?" soal Azman kepada Alya yang masih di dakapannya.
"Rafiq. Alya takut abi" jawab Alya dalam esakannya.
"It's okay sayang. Abi ada sekarang" Azman mengeratkan lagi pelukannya.
"Don't leave me, please" pinta Alya dengan matanya hampir terlelap. Azman mengangguk dan membetulkan pembaringan isterinya. Setelah itu, Azman keluar dari bilik dan menelefon Daniel. Azman meredakan kerisauan keluarga belah Alya dan kembali ke katil. Dia meletakkan badannya di sebelah Alya lalu memeluk badan isterinya.
{ARYAN&ALYA}
Beberapa hari selepas itu, Alya dibenarkan pulang ke rumah selepas 3 hari ditahan ward. Azman membawa Alya pulang ke rumah miliknya. Masuk sahaja di rumah, Alya duduk di sofa dan bersandar seketika.
"Sayang, sayang tak nak puji ke rumah yang abi beli ni?" soal Azman teruja.
"Malaslah. Sama macam drama-drama yang Alya tengok. Asal dapat rumah je terkejut, happy, excited." jawab Alya tanpa perasaan. Ni sebab banyak tengok dramalah ni.
"Sayang tak happy or excited ke?" soal Azman kecewa.
"Bukan tak suka or excited. Suke je, cuma nanti bila Alya puji, sama ja macam drama yang Alya tengok. Tak nak Alya. Hidup Alya ni tak sama macam drama okeyh" kata Alya.
"Sayang ni banyak sangat tengok drama. Dah lah perangai childish" ujar Azman. Diusap lembut pipi si isteri.
"Memang budak-budak pun. Abi je yang dah tua" jawab Alya sambil tersengih. Azman mencebik bibirnya.
"Suka tengok drama, degil" sakat Azman pula. Alya hanya menutup matanya dan buat tidak tahu.
"Sayang, sayang taknak buat report ke pasal Rafiq?" soal Azman memujuk.
"Dah banyak kali abi tanya, dah tahu kan jawapan Alya apa" jawab Alya dengan mata yang masih tertutup.
"Abi risaulah sayang. What if he comes again?" duga Azman.
"Suka hatilah abi nak buat apa, Alya dah malas dah nak menjawab lagi" jawab Alya lalu memeluk suaminya dari tepi.
"Betul ni? sayang tak marahkan?" soal Azman minta kepastian. Alya hanya menganggukkan kepalanya.
"Ini yang buat abi makin sayang" ujar Azman gembira lalu memicit hidung isterinya.
Selesai sahaja Azman dan Danial membuat report mengenai Rafiq, Rafiq ditangkap polis kerana mempunyai saksi dan bukti yang cukup. Mahkamah telah pun menetapkan bahawa dia dipenjarakan selama 1 tahun 6 bulan. Azman dan Danial singgah sebentar di sebuah cafe berdekatan rumah.
"Man, kau tak nak amik bodyguard ke untuk Alya?" soal Danial.
"Aku memang nak amik, tapi kau tahu kan Alya macam mana? dia kata tak ada siapa yang nak ganggu lagi. And dia boleh cakap hidup aku ni penuh dengan drama?" soal Azman tidak puas hati. Danial hanya ketawa. Sudah di tahu adiknya pasti akan berkata begitu. Apa yang drama tak tahulah.
"Memang sekarang ni tak ada yang nak buat hal, tapi akan datang? siapa tahu? kita ni cuma risaukan keselamatan dia" cadang Danial sedikit nasihat.
"Abang dengan abi sama ja. Asyik fikir pasal masa depan, yang sekarang ni pon lambat untuk nak disettlekan" jawab Alya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Danial.
"Bila sayang sampai? datang dengan siapa?" soal Azman kerisauan dan pelik. Danial turut mengerutkan keningnya.
"Alya datang dengan bodyguard papa dan ayah suruh tu" jawab Alya dengan memuncungkan bibirnya menunjukkan dua orang lelaki berbadan sasa berdiri tidak jauh dari mereka.
'Papa dengan ayah? dengar pula cakap diorang' bisik hati Azman sendirian.
"Memanglah dengar. Ayahkan" jawab Alya. Azman terkejut Alya boleh menjawab bisikannya. Danial hanya tersengih seperti kerang busuk di sebelah Alya.
{ARYAN&THALIA}
Selesai sahaja mereka berbual, Azman dan Alya menuju ke rumah mereka. Sekarang ini, Hazim sedang memandu kereta Vellfire keluarga Azman untuk pulang ke rumah bersama Alya dan Azman manakala Azam pula membawa pulang kereta yang dibawa oleh Azman semasa pergi ke balai polis.
"Abi boleh tak kalau kita singgah rumah ibu?" pinta Alya.
"Kenapa? bilik rumah jelah" jawab Azman pelik.
"Tadi ibu ada mesej, Kak Atirah demam nak makan sup ayam yang Alya pernah masak tu" jelas Alya.
"Demam je pun. Macam mengidam pulak" kata Azman tidak puas hati.
"Jangan cakap macam tu, tak elok tau. sekali sekala Alya masakkan untuk akak" tegur Alya. Azman mencebik sebelum menyuruh Hazim ke rumah Datin Fatimah.
{ARYAN&THALIA}
Sampai sahaja di rumah Datin Fatimah, Alya terus pergi ke dapur untuk membuat sup untuk Atirah memandangkan Azman hanya memberinya beberapa minit sahaja untuk melayan karenah Atirah. Siap sahaja masakannya, Alya membawa naik ke bilik Atirah.
"Sorrylah Alya, akak susahkan Alya" Atirah cuba bangun dari pembaringannya.
"Tak susah pun. Akak kan tengah sakit, Alya tolong jagakan. Abang Azman tu je yang banyak merungut" jawab Alya dengan cebikannya. Atirah hanya ketawa kecil. Dah agak dengan perangai manja tak bertempat adiknya itu. Asyik nak berkepit dengan isteri je sejak kebelakangan ni.
"Azman tu memang macam tu. Dia kalau dah sayang, asyik nak berkepit je" kata Atirah. Alya mengangguk setuju dengan senyuman kecil.
'Akak doakan adik-adik akak ni bahagia. Sabar mengahadapi dugaan dan ujian yang diberi' doa Atirah di dalam hati. Sungguh dia mahu melihat adik-adiknya bahagia walaupun umur Alya boleh dikatakan masih tidak matang dan tidak menunjukkan perwatakannya seperti seorang dewesa namun, dia pasti mereka akan menghadapi dengan tabah dan sabar.
For you, dear reader. Always.
Share this novel