Selepas solat subuh, Alya bergegas ke katil untuk menyambung tidurnya. Azman hanya melihat Alya menyambung tidurnya. Tidak mahu mengganggu lena isterinya, terus sahaja dia turun ke bawah. Tidak lame kemudian, Alya mula meronta-ronta di atas katil. Matanya tertutup rapat dengan air mata mengalir deras membasahi wajah.
"Puan muda, bangun. Kenapa ni, puan muda?" kejut Bik sebaik sahaja melihat Alya gelisah di atas katil.
"Ya Allah, astaghfirullahhalazim" laju tangan Alya mengusap dadanya. Mimpinya kali ini benar-benar menakutkannya.
"Puan muda tak apa-apa?" soal Bik. Alya hanya mengangguk sambil mengelap peluh di dahinya.
"Kenapa bik datang sini?" soal Alya pula.
"Bik nak amik beg kerja Tuan muda. Puan nak saya panggil Tuan?" soal Bik lagi.
"Tak payah Bik. Tuan dah nak pergi kerja ke?" Bik mengangguk.
"Jom" ajak Alya untuk turun ke bawah.
"Kejap, Puan Muda" tahan Bik. Alya memandang pelik pada Bik.
"Puan Muda nak turun macam ni? Basuh muka Puan dulu. Nanti mereka perasan" kata Bik apabila melihat muka Alya sedikit pucat dan mata memerah. Dengan pantas, Alya menuju ke bilik air.
{THALIA}
"Sorry ibu, Alya tidur lepas subuh tadi" kata Alya sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah suaminya.
"Takpe ibu paham. Kaki Alya dah okey?" laju sahaja Alya menganggukkan kepalanya. Memang betul kakinya sudah baik. Sikit je, cuma terseliuh.
"Alya okey? Akak tengok mata Alya merah semacam je, bengkak pula tu. Menangis ke?" soal Atirah sebaik sahaja matanya tertumpu penuh pada mata merah milik Alya. Semua mata memandang Alya ingin mendapatkan jawapan. Alya melihat Bik dengan gugup. Mata Azman bergilir-gilir melihat Bik dan Alya. Hatinya mula merasa tidak enak bila isterinya kelihatan resah.
"Alya okey je. Baru bangun tidurkan" ujar Alya dengan sengihan kerang busuk. Bik melepaskan nafas lega.
'Pandai jugak Puan Muda mengelak' bisik hati Bik.
{ARYAN&THALIA}
Selepas makan, Alya menghantar Azman hingga ke keretanya. Muka Azman masam mencuka sejak sarapan tadi.
"Sayang betul tak ade ape-ape nak bagitahu abi?" entah kali berapa Azman menanya soalan yang sama. Alya mengangguk laju kepalanya.
"Mata tu kenapa merah? Package bengkak lagi. Solat tadi okey je" pancing Azman.
"Baru bangun tidur" Alya menjawab ringkas.
"Baru bangun? Makan dah berapa lama? cuci pinggan tadi berapa lama? takkan still bengkak lagi. Or you are crying?" ujar Azman dengan suara yang kedengaran dingin kerana Alya bagi jawapan yang tidak munasabah.
"Abi dah lambatkan? cepat masuk, nanti lambat pulak" dalih Alya lalu menolak lembut suaminya masuk ke kereta.
"Tengok tu, asyik nak mengelak je" Azman mula panas hati. Alya mengukirkan senyuman hambar.
"Pergi sekolah pukul berapa? Siti ikut sekali kan?" soal Azman menukar topik. Malas nak panjangkan cerita lagi memandangkan dia memang sudah lambat. Kalau tidak, dah lama dia kurung isterinya di dalam bilik sehingga memberitahu jawapannya.
"Pukul 11. Alya nak singgah mall boleh after pergi school?" soal Alya manja. Mulalah tu bila nak memujuk.
"Abi benarkan sayang pergi, tapi sayang janji bawa Siti sekali" kata Azman. Alya mengangguk laju. Mestilah dia bawak Siti. Dah nama pun shopping. Mustahil tak ada Siti.
"Hati-hati, jaga mata, jaga tangan tu sekali. Jangan pandai-pandai nak pegang halkum orang, pegang abi punye je. Understand?"
"Yes, sir" jawab Alya dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
{THALIA}
Alya dan Siti bergerak ke sekolah untuk menyelesaikan surat berhenti Alya selapas itu mereka pergi ke bandar untuk mencuci mata mereka. Mereka mula mengambil tempat di cafe berdekatan.
"Siti aku mimpi lagi" ujar Alya tiba-tiba. Tidak berasa sedap pula bila tidak menceritakan mimpinya. Sungguh dia tidak boleh menghadap seorang diri. Siti memandang tepat mata Alya. Kelihatan air matanya mula bergenang.
"Mimpi yang sama?" tanya Siti. Alya menggelengkan kepalanya. Ya, bukan mimpi yang sama, mimpi pagi tadi amat menakutkannya dari mimpi-mimpi sebelum ini.
"Rafiq. Dia culik aku le-lepastu" Alya terberhenti di situ. Tidak mampu untuk teruskan ceritanya.
"Kau kata lepas kahwin dengan Abang Azman, dah tak mimpi?" Siti mula pelik. Takkan keputusan keluarga mereka salah pulak.
"Aku tak tahu. Aku takut sangat Siti" Siti segera memeluk Alya ingin memujuknya.
"It's okay. Nanti kita fikir macam mana nak settlekan bende ni okayh?" pujuk Siti lembut. Taknaklah bagi tekanan pada sahabatnya itu. Alya mengangguk perlahan.
"Dahlah. Kita datang sini nak fun-fun kan? Jom habiskan duit Encik Suami" sakat Siti. Tergelak kecil Alya bila Siti berkata begitu. Mereka mula menyambung langkah mereka menuju ke bahagian aksesori.
Terhenti mereka apabila ternampak seorang figura yang amat dikenali berjalan laju ke arah mereka. Terus sahaja mereka berpaling dan berjalan laju ingin meninggalkan mall.
"Alya, sekejap!" jerit Rafiq lalu menarik tangan Alya mendekatinya.
"Apa ni, sakitlah Rafiq" rintih Alya apabila Rafiq menggenggam kuat pergelangan tangannya. Laju sahaja mata Alya menunduk ke bawah apabila tersengaja nampak halkum Rafiq. Jaga pandangan.
"Alya, kenapa awak mengelak dari saya? kenapa awak berhenti sekolah? sebab saya ke?" bertalu-talu soalan Rafiq kepade Alya. Alya hanya diam tidak berkata apa-apa. Mukanya berkerut menahan sakit di tangan. Laju Siti menarik tangan Alya dan pergi meninggalkan Rafiq seorang diri.
"ALYA THALIA BINTI HAZE MATEEN" jerkah Rafiq mengejutkan pengunjung yang berade di mall tersebut. Siti dan Alya masih meneruskan langkah mereka untuk keluar.
"Stop, Alya!" jerit Rafiq namun hanya sia-sia kerana mereka tidak mengendahkannya.
"I SAID STOP!" jerkah Rafiq. Terus sahaja dia menarik kasar tangan Alya. Makin kuat Rafiq mengenggam pergelangan tangan Alya. Tidak mahu mereka terus berlari lagi. Terus terhenti mereka. Air mata yang ditahan tidak dapat ditahan lagi, laju sahaja turun di pipinya.
"Encik, jangan macam ni. Cik ni seorang perempuan. Baik Encik lepaskan sebelum saya panggil polis" kata security di situ laju menghalang tangan Rafiq dari memegang tangan Alya. Lelaki itu juga menimbulkan kekecohan di dalam mall ini.
"I'm her husband" jawab Rafiq tenang tanpa mengalihkan matanya dari melihat tepat mata Alya.
"No, he's not" jawab Siti laju.
"Baik encik lepaskan sebelum saya panggil polis walaupun encik suami dia" ugut security itu dengan suara dingin. Rafiq melepaskan genggamannya sebelum beredar pergi. Alya dan Siti juga turut pergi selepas mengucapkan terima kasih kepada security itu.
"Alya, tangan kau ni" ujar Siti cuak apabila melihat tangan Alya mula kelihatan kebiruan.
"Kau jangan bagitahu Abang Azman eh?" laju sahaja Siti mengangguk setuju.
"Kita pergi klinik dulu" cadang Siti.
{THALIA}
Selesai sahaja hal di klinik, Alya dan Siti pulang ke rumah dengan keadaan senyap sunyi. Kata-kata doktor sebentar tadi masih terngiang-ngiang di kepala mereka.
"Alya betul ke kau taknak bagitahu Abang Azman?" tanya Siti kerisauan. Alya mengangguk. Keputusannya tetap akan menyembunyikan hal ini sebaik mungkin.
"Tangan kau tu kena pakai hand booster. Macam mana tulang tangan kau nak elok?" tanya Siti lagi. Risau benar dengan sahabatnya seorang ini.
"Kalau aku pakai, habislah satu family tanya" jawab Alya geram. Dah jawab banyak kali pun masih tanya lagi.
"Sekarang ni kesihatan kau tu lagi penting. Tangan tu, jangan di buat main. Kalau kau taknak pakai juga, kita pergi buat report" bebel Siti. Masih tidak berpuas hati.
"Tak payah lah" rengek Alya masih berdegil.
"Kalau kau tak buat report, Rafiq tu confirm akan kacau kau lagi" kata Siti mendiamkan Alya.
"Suka hati kaulah Alya. Aku bagi nasihat, kau tak nak dengar. Aku balik dululah" kata Siti terus keluar dari bilik Alya.
{ARYAN&THALIA}
Sampai sahaja di rumah, Siti terus mengambil telefonnya memberitahu Danial. Tidak sanggup lagi bila dia melihat sahabatnya dilanda masalah yang tuan badan sendiri tidak mahu menyelesaikan dengan segera. Dia cukup faham dengan Alya yang sering memendam sendiri perasaannya tanpa meluahkan pada orang lain. Itu yang merisaukannya sebenarnya.
To:Abang Danial
Abang, Siti nak bagitahu sesuatu pasal Alya.
To: Siti
Kenapa dengan Alya?
To:Abang Danial
Kitaorang terserempak dengan Rafiq kat mall tadi, then Rafiq genggam tangan Alya kuat sangat.
To:Siti
Alya okey tak? Ada buat report?
To:Abang Danial
Alya tak nak buat report. Tangan Alya retak sikit sebab dah dua kali tangan dia tak dirawat dan digenggam kuat. Actually, pergelangan tangan.
To:Siti
Azman dah tahu tak pasal ni?
To:Abang Danial
Alya tak izinkan bagitahu. Abang jangan marah Alya tau, bukan salah dia. Rafiq buat dengan cepat. Siti pun tak dapat nak jangka.
To:Siti
Terima kasih Siti bagitahu abang.
Siti melepaskan keluhan berat.
'Kenape aku tak bagitahu pasal mimpi tu ek? Nanti lah. Solat maghrib dulu' desis hati Siti.
{ARYAN&THALIA}
Sepanjang makan malam, Alya tidak menjamah makanan langsung. Bukannya tiada selera, tapi tangannya terasa sakit untuk bergerak. Tipulah kalau dia tidak lapar sebab lauk yang dihidangkan sangat menyelerakan sehingga membuat perutnya meronta-ronta minta diisi.
"Kenapa tak makan sayang?" soal Azman bila melihat pinggan isterinya tidak disentuh langsung. Alya menggelengkan kepalanya. Tak mahu menjawab apa-apa.
Selesai sahaja makan malam, Alya terus masuk ke bilik. Matanya terasa berat untuk dibuka lagi-lagi perutnya terasa sangat lapar. Akhirnya dia tertidur dibuai mimpi.
Azman melangkah masuk ke bilik, terlihat isterinya sudah lena dibuai mimpi.
'Patutlah takde mood, mengantuk rupanya' ngomel Azman sendirian. Azman membetulkan selimut pada badan isterinya dan mencium ubun-ubun isterinya. Azman tidak berasa ingin tidur lagi, lalu dia mengambil langkah untuk menyambung kerjanya di sofa sehingga matanya terlelap sekejap.
"Sakit!"
"Sakit Rafiq"
"Jangan!" Jerit Alya dengan tangisannya yang makin kuat. Azman yang terlelap terkejut mendengar jeritan dan tangisan isterinya lantas bangun mendekati isterinya
"Kenapa sayang? Bangun" kejut Azman. Alya tidak membuka matanya namun badannya meronta-ronta di atas katil. Tidak tahu bagaimana ingin bangun dari mimpi mengerikan tersebut.
"Rafiq, sakit. Jangan" kata Alya sayu dengan perlahan. Teresak-esak dia berkata sambil mata tertutup rapat. Ditarik isterinya kedalam pelukannya sambil megusap-usap belakang isterinya supaya bertenang. Perlahan-lahan Alya membuka mata sebelum membalas pelukan suaminya.
"Sakit, abi" rintih Alya dalam dakapan suaminya.
"Sakit ape sayang?" soal Azman kalut sambil mengesat air mata isterinya. Alya menunjukkan tangannya yang kelihatan biru itu kepada Azman.
"Kenapa ni sayang?" soal Azman terkejut tambah risau selepas melihat tangan isterinya. Melihatkan Alya masih teresak-esak, Azman terus mengambil telefon Alya lalu nombor Siti dicari.
'Kenapa kau call aku malam-malam ni? Kau mimpi lagi pasal Rafiq? Ke tangan kau sakit?' soal Siti dalam keadaan mamai.
"Alya mimpi Rafiq? Kenapa dengan tangan Alya?" soal Azman terkejut. Kenapa dia tak tahu apa-apa ni ? Mata Siti terbukak luas mendengar suara garau Azman.
"Ab-abang. Al-Alya mana?" jawab Siti tergagap-gagap.
" I ask you, Siti" tegas sekali suara Azman.
"Ta-tangan Alya re-retak sikit. Rafiq genggam kuat sangat masa terjumpa dekat mall tadi. Pa-pasal mimpi tu Abang tanyalah Alya sendiri" Belum sempat Azman jawab ape-ape, Siti terus meletakkan panggilan. Takut sangat tu.
Azman melabuhkan punggung di hadapan Alya yang sedang menunduk sebelum melepaskan keluhan berat.
"Explain" arah Azman ringkas.
"Alya terserempak de," belum habis cerita Alya, Azman laju memotongnya.
"Look at my face when telling a story" pinta Azman dingin. Laju sahaja Alya mengangkat wajahnya memandang tepat wajah suaminya.
"Tell me about your dream" pinta Azman lagi.
"Pagi tadi, Alya ada mimpi Rafiq culik Alya. Lepastu, Ra-Rafiq," belum sempat Alya menghabiskan cerita, tangannya mula menggigil. Alya menggenggam kuat tangannya sebelum menyambung kembali.
"Rafiq rogol" kata Alya perlahan. Bibirnya bergetar bila menyebut ayat itu. Azman segera memeluk erat isterinya. Digosok lembut belakang isterinya agar bertenang.
"Your hand?"
"Retak sebab Rafiq genggam kuat sangat. Dah du-dua kali" jawab Alya takut-takut.
"Ya Allah. Suami apa aku ni sampaikan isteri sendiri sakit pun aku tak tahu" rintih Azman sambil menutup mukanya di bahu Alya menahan tangisannya. Sungguh dia kesal membiarkan Alya pergi seorang diri. Benda ni sering kali terjadi apabila dia membiarkan Alya keluar tanpanya.
'Kalaulah aku pergi tadi, mesti tak jadi macam ni' monolog Azman sendirian.
"Abi, Alya lapar. Nak makan" pinta Alya mengalih topik. Azman mengangkat wajahnya sebelum mengangguk setuju. Azman masuk ke bilik air dahulu untuk membasuh muka sebelum turun ke bawah. Tidak lama selepas itu, Azman masuk kembali.
"Lain kali kalau sayang mimpi, bagitahu abi, understand?" pesan Azman sambil menyuap makanan ke mulut isterinya. Alya mengangguk faham.
"Kalau sayang mimpi pun, bagitahu abi. Sakit macam mana sekali pun bagitahu abi. Jangan pendam sorang-sorang. You are still young and I'm your husband. Understand?" pesan Azman lagi. Alya mengangguk faham.
For you, dear reader. Always.
Share this novel