BAB 25: BERSALIN

Romance Completed 5630

Dua bulan kemudian

Kandungan Alya sudah mencecah 9 bulan. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menunggu ketibaan cahaya mata pertama mereka.

Dari pagi lagi rumah Azman dan Alya sudah riuh-rendah dengan suara sanak saudara yang sedang menghiasi rumah mereka untuk menyambut hari kelahiran Alya ke-17 tahun, tahun ini.

Alya yang sedang tidur tersedar apabila mendengar suara-suara bising di bawah. Alya bangun dan mula menyiapkan dirinya. Selepas sahaja membersihkan diri, Alya mengenakan baju mengandung labuh dan shawl hitam dililit biasa pada lehernya. Dia mengambil langkah turun ke bawah dengan berhati-hati.

"Aduh mak buyung ni. Nak juga tidur bilik atas dah tau nak bersalin dah" tegur Danial dan mengambil tempat di sebelah adiknya.

"Itu abang jangan nak salahkan adik, abang tanya bestfriend abang tu" Alya memuncungkan bibirnya menunjuk Azman yang tidak jauh dari mereka. Danial hanya menggelengkan kepalanya.

"How you feel?" soal Danial.

"Good. Cuma tulah, tendangan dia tu makin kuat lately ni" jawab Alya mengusap perutnya yang sangat besar itu.

"Your dream?" soal Danial lagi.

"Better. But once a dream came, it's become a true" ujar Alya. Danial hanya mengangguk.

"Kenapa deco-deco ni? ada apa-apa ke?" tanya Alya sambil melihat kelilingnya.

"Your birthday, tomorrow" jawab Danial. Alya mengangguk faham. Azman menghampiri isterinya.

"Morning kiss?" bisik Azman dengan cukup menggoda membuat wajah isterinya merona merah. Alya menggelengkan kepala. Azman tersengih melihat muka isterinya. Danial menyambung kerjanya menghias meja makan.

"Abi, am I childish to you?" soal Alya tiba-tiba. Azman mengangguk.

"Can you know who your child and who your wife?" soal Alya lagi. Tiba-tiba teringat mamanya pernah berkata begitu.

"Of course sayang. Why you asked like that?" soal Azman kembali. Alya hanya menggelengkan kepala. Saja nak tahu. Mana tahu lepas bersalin nanti tak dapat bezakan, memang kena tidur luar 5 hari.

Kehidupan baru Solihah sudah bermula apabila muncul cahaya matanya yang sudah berusia 2 bulan. Nur Aula nama diberi ialah penyeri dan penyinar hidup Solihah. Walaupun pada mulanya Encik Rahim tidak dapat menerima kenyataan, namun apakan daya apabila dia hanya mempunyai satu-satunya anak perempuan. Solihah dan Aula selalu melawat Rafiq di penjara dan akan dibebaskan lagi 3 minggu. Encik Rahim gembira apabila Solihah dan Rafiq dapat menerima satu sama lain walaupun dengan kedatangan Aula dalam kehidupan mereka.

{ARYAN&THALIA}

Selepas sahaja workout, Azman terus mencari susuk tubuh isterinya di dalam bilik. Terlihat isterinya sedang berdiri di balkoni bilik mereka dengan lingerine mengandung. Nampak hot dan sexy pada pandangan mata Azman. Sengaja nak jentik nafsu lah tu.

"What are you thinking, sayang?" soal Azman sambil merangkul pinggang isterinya.

"My future" jawab Alya ringkas, Azman menongkatkan dagunya di bahu Alya dan geleng tanda tidak faham.

"Sayang tengah fikir kesakitan waktu bersalin nanti" terang Alya dengan perlahan.

"Are you scared?" soal Azman.

"Of course" jawab Alya gelisah. Siapa yang tak takut detik-detik ingin bersalin? Kalau ada, tolong call. Kita tukar badan.

"Don't worry, I'll be there with you, sayang" pujuk Azman lalu mencium bahu isterinya.

"Why lately ni abi selalu workout eh?" tanya Alya mahu lari dari topik. Sungguh dia takut akan saat bersalinnya. Tidak dibayangkan bagaimana sakitnya. Jadi sekarang dia tidak ingin memikirkan lagi sebab perasaan takut akan menguasainya.

"Abi workout untuk sayanglah. Mana tahu tak sempat nak pergi hospital sayang dah sakit, siapa nak angkat? takkan Hazim or Azam? No,no. Baik abi strongkan my energy" usik Azman. Tapi lebih kepada cemburu. Sejak isterinya mula berhijab, perasaan cemburunya makin menggila bila lelaki yang bermata keranjang melihat isterinya tidak lepas. Padahal aku sebelah dia kot.

"Abi buat sayang makin takut" sedih Alya berkata.

"No metter what happen I want you to know, I always with you and always support you. Just think positive sayang" pujuk Azman. Alya memeluk suaminya dan mengangguk.

Dato' Mateen dan Datin Aslina sibuk membeli dan menempah makanan buat ratu kecil mereka 'Alya Thalia'. Dato' dan Datin keluar masuk, keluar masuk banyak kedai hari ini. Tiada erti penat untuk mereka kerana anak perempuannya.

"Abang, abang nak bagi apa pada adik?" soal Datin Aslina.

"Abang pun tak tahu nak bagi apa. Adik tu bukan nak terima sangat present. silap-silap nanti, kita pula yang kena marah" jawab Dato' Mateen dan Datin Aslina hanya mengangguk setuju. Tidak lama kemudian mereka tertawa.

Bukan mereka tak tahu anak perempuannya pasti membebel apabila mereka memberi hadiah. Alahai anak. Jadi, mereka membuat keputusan untuk tidak memberi apa-apa kepada anaknya. Hanya sekadar datang dan makan seperti sebelum-sebelum ini.

{ARYAN&THALIA}

Keesokan harinya, rumah Azman sudah dipenuhi dengan sepupu-sepapat Alya dan Azman. Alya menyiapkan diri di atas bersama Azman dan Siti.

"Siti, aku tak sedap badan lah" bisik Alya pada Siti. Ketika ini mereka berdua masih di dalam bilik tidur Alya. Siti yang terlampau excited untuk menyiapkannya.

"Baby jangan keluar dulu okeyh. Kita celebrate birthday mummy dulu" Siti mengusap-usap perut Alya bagi menenangkan mak buyung sorang ni.

"Dah siap sayang?" soal Azman yang baru keluar dari bilik air. Siti segera turun ke bawah memberi ruang kepada pasangan itu.

"Abi, can we just stop this party?" tanya Alya. Azman menghampirinya yang berada di birai katil.

"Why sayang? Ramai dah yang sampai" pujuk Azman.

"Ask your son. I'm in pain right now." Alya mengusap-usap perutnya.

"Really? We go to the hospital right now."  Azman mula gelabah.

"No. What if, abi turun and I stay here with Siti?" cadang Alya.

"Ni bukan majlis abi, ni majlis sayang. Macam ni, kita turun sama-sama, and then you just sit and show your face. Tak sedap pula kalau sayang tak turun. Can you?" cadang Azman pula. Alya hanya mengangguk pasrah walaupun perutnya tidak memberi kerjasama yang baik tika ini. Azman menolongnya memakai baju sebelum turun ke bawah.

"Adik" sapa Dato' Mateen dan Datin Aslina. Alya tersenyum manis kepada mereka bagi menutup rasa sakit yang kian menyengat. Lagu happy birthday mula dimainkan. Semua menyanyikannya dengan gembira dan riang. Selepas sahaja sesi potong kek, mereka semua mula menjamu selera.

Alya duduk di sofa bersebelahan suaminya. Sesekali dia mengerang kesakitan apabila constractionnya semakin rasa sakit.

"Abi, it's hurt" ujar Alya dengan mukanya berkerut. Tangannya pula mencengkam lengan baju Azman. Hazim yang berada di sebelahnya, faham akan isyarat Azman segera pergi ke kereta. Azman terus mencampung isterinya pergi ke hospital.

"Sayang, breathe sayang" Azman menenangkan isterinya. Sampai sahaja di hospital, Alya terus di bawa ke maternity ward. Azman tidak tentu arah berada di luar bilik.

"Man, Alya macam mana?" soal Danial yang baru sampai bersama Dato' dan Datin.

"Ada kat dalam. Baru je masuk" jawab Azman. Danial hanya mengangguk.

"Suami Puan boleh masuk? Isteri encik perlukan encik sekarang" ujar seorang nurse tergopoh-gapah.

Azman berjalan masuk ke maternity ward menemani isterinya. Terasa sedih hatinya bila melihat keadaan isterinya yang penuh dengan peluh dan menjerit kesakitan.

"I'm here sayang" pujuk Azman dengan lembut. Tangannya naik mengelap peluh di dahi isterinya.

"I can't, bi" jawab Alya lemah. Keadaan di dalam itu tidak tentu arah kerana keadaan si ibu semakin lemah. Walaupun situasi seperti ini sering sahaja berlaku, tapi mereka tetap sahaja tidak tentu arah kerana tidak mahu ada nyawa yang akan melayang dan mereka akan cuba buat yang terbaik.

"Please sayang. push okeyh" pujuk Azman. Alya akur. Air matanya tidak berhenti menahan kesakitan. Peluh pula penuh satu badan. Mulut Azman tidak berhenti membaca ayat-ayat suci al-quran bagi menenangkan isterinya.

"Argh" jerit Alya kesakitan.

"Tahan sayang. please" pinta Azman dengan sedih. Tangannya mengelap peluh-peluh di muka isterinya.

Nasib mereka baik kerana baby keluar sebelum Alya pengsan. Azman mengazankan anaknya dan memberi semula kepada doktor. Badan Alya yang kecil itu mungkin tidak dapat menahan sakit jadi, dia pengsan seketika.

"Doc, si ibu belum bangun lagi. Anaknya perlu di susukan" ujar nurse di situ.

"I will check the patients" nurse hanya mengangguk.

'patutlah tak bangun lagi, air tengah jalan kat badan' desis hati Doktor itu setelah melihat wayar air bersambung di tangannya.

"Nira, sekejap lagi patients tu sedar, you bagi air kosong dahulu ye baru nyusukan anaknya" arah Doktor.

"Baik, doc" jawab Nira.

Beberapa minit selepas itu, Alya sedar dengan kerutan dimukanya. Rasa sakit di bahagian ari-arinya cuba ditahan. Seperti yang di suruh, Nira memberi air kepada Alya terlebih dahulu sebelum mengajarnya cara penyusuan yang betul kepada bayi.

"So cute your son, Alya" puji Siti. Alya tersenyum.

"What's his name?" soal Siti. Alya dan Azman memandang sesama sendiri.

"Aathif Thayan" jawab Azman dengan memandang Alya. Alya tersenyum gembira.

"Sedap. Pandai korang pilih" puji Siti ikhlas.

"Sebenarnya, Aathif tu nama ex aku Siti. Tu yang aku letak Aathif. Tiba-tiba rindulah pula dekat dia" kata Alya cuba mengusik Azman. Siti pula tersenyum bila dapat mengagak rancangan Alya.

"Sayang! kenapa tak bagitahu abi dulu?!" tanya Azman dengan cemberut.

"Hey, jangan jerit. Aathif tengah tidur" Terlepas tawa Alya dan Siti.

"Tukar nama Aathif tu. Abi tak nak!" bentak Azman.

"Kan sedap nama Aathif tu. Janganlah abi" kata Alya masih mengusik suaminya.

"No,no. Tukar, fullstop" tekad Azman. Kalau dia tahu lebih awal itu nama ex Alya, dia orang pertama yang akan membantah dan akan menukarnya.

"Relax lah abang Azman. Alya gurau je. Dia mana ada ex sebelum ni. You number one and only tau" kata Siti.

"Sure?" soal Azman dengan menaikkan keningnya.

"100% sure." jawab Siti yakin. Alya hanya tersenyum. Suka dapat menyakat suaminya.

{ARYAN&THALIA}

Selepas 2 hari Alya di tahan ward, dia dibenarkan pulang ke rumah. Seperti biasa, rumahnya sudah dipenuhi dengan keluarga mereka.

"Wah. Aathif lahir sama dengan mummy dia lahir eh. pandai budak ni" ujar Datin Aslina menepuk-nepuk punggung Aathif.

"Thank you, sayang." bisik Azman.

"Welcome" bisik Alya kembali.

"Alya macam mana okeyh?" tanya Datin Fatimah. Alya mengangguk-ngangguk kepalanya.

"Lepasni tak ada nak makan sedap-sedap lagi ye, Azman" ujar Dato' Asyraf.

"Kenape Azman pulak? bukan Alya sorang ke?" soal Azman tidak puas hati.

"Takkan kamu nak tengok isteri kamu makan ikan je. kamu kan sayangkan dia? kalau sayang, kenalah teman" jawab Dato' Asyraf. Azman terpaksa akur. Isteri kesayangan ni boss...

"It's okay abi. Kalau tak teman pun takpe, makanlah dekat luar dengan madu sayang nanti" bisik Alya seakan merajuk.

"Ish, kesitu pulak sayang ni. Buat apa abi nak tambah qouta pula? Kasih sayang pada si childish abi ni pun tak cukup lagi, ada hati nak bagi kasih sayang kat orang lain" pujuk Azman lembut. Suka betul dia memanggil Alya childish. Haih.

"Baru abang perasan, dik. Muka Aathif ni ikut muka adik" ujar Danial. Azman memandang Danial tidak puas hati. Semua orang setuju dengan pujian Danial tadi.

"Mungkin dia tahu daddy dia buat hal dulu. Itu yang lahir-lahir ikut muka mommy" ujar Alya selamba.

"Sayang! Jangan ungkit lagi" pinta Azman manja. Semua tertawa dengan karenah Azman. Tak tahu mana satu yang muda dan tua sekarang ni.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience