Sepanjang perjalanan ke Pulau Langkawi, mereka hanya mendiamkan diri. Memandangkan perjalanan masih panjang, Alya mengambil keputusan untuk memulakan bicaranya. Takkan nak senyap je? Akward mat.
"Abi, Alya nak tanya boleh?" soal Alya. Sesekali Azman memandang muka isterinya. Azman mengangkat kening.
"Can I know about your ex?" soal Alya.
"Kenapa tiba-tiba nak tahu pulak?" soal Azman kembali.
"Ibu cakap abi ade ex tunang dulu. Kenapa tak kahwin sekarang?" soal Alya lagi.
"Kenapa tak tanya ibu je?" soal Azman kembali.
"Ibu suruh abi bagitahu sendiri" jawab Alya
"Kita orang putus sebab tak sehaluan or maybe she cheated on me" jawab Azman dengan tenang.
'Tak sehaluan? curang?' soal Alya sendirian.
"Boleh Alya tau nama dia?" tanya Alya ingin tahu.
"Solihah. Junior abi dekat kolej dulu" jawab Azman. Terkejut Alya mendengar name yang baru disebut.
'Kak Iha ke? Macam sama pula cerita diorang. Tapi takkanlah, kebetulan kot' bisik hati Alya. Cuba berfikiran positif. Ramai lagi nama Solihah.
"Nak tau tak macam mana boleh kenal?" soal Azman tiba-tiba. Alya menggelengkan kepalanya. Tak nak tahu sebab dia rasa sakit hati. Tapi lebih kepada cemburu. Azman mula memecut laju apabila kereta milik ibu ayahnya hilang dari pandangan.
{ARYAN&THALIA}
Solihah dan Rafiq membontoti kereta Azman dari belakang sejak dari rumah Azman lagi. Rafiq bagi tahu yang Alya sekeluarga akan pergi bercuti ke Langkawi selepas melihat status Siti semalam. Rafiq pula daripada tadi asyik membebel mahu pergi ke mana.
"Akak jawablah" bentak Rafiq apabila Solihah hanya diam.
"Aku nak dapatkan Alya untuk kau ni. Kau nak tak?" mata Rafiq membulat besar lalu laju kepalanya mengangguk.
"Aku tolong kau dapatkan Alya, kau tolong aku dapatkan suami dia" ujar Solihah. Rafiq memandang muka Solihah dengan tanda tanya. Solihah pula membalasnya dengan jelingan yang tajam. Rafiq hanya akur. Asalkan dia dapat Alya, apa-apa pun dia boleh buat.
{ARYAN&THALIA}
Sampai sahaja di tempat penginapan, Alya dan Azman menurunkan beg-beg mereka. Mereka duduk berehat di kerusi yang tidak jauh jauh dari biliknya. Mata mereka bersinar-sinar melihat pemandangan laut di hadapan mereka.
"Sorrylah sayang, abi bawak tempat biasa-biasa je. Mesti sayang tak selesakan?" soal Azman. Alya mengerutkan keningnya.
"Patutnya pegi hotel, sejuk. Ni chalet je, panas. Akak lah ni tiba-tiba teringin nak duduk chalet" rungut Azman.
"Ape cakap akak macam tu, tak elok tau. Alya okey je" jawab Alya dengan matanya terpejam. Saja nak feeling tengah healing. Sesekali tangannya memicit pergelangan yang masih sakit. Azman mengerling ke arah isterinya.
"Sakit lagi?" soal Azman melihat tangan Alya memicit-micit pergelangannya. Alya mengangguk lemah. Baru sahaja Azman ingin mulakan bebelannya, satu suara mula menyapa mereka.
"Alya!" panggil Solihah sebaik sahaja tangannya mendarat di bahu Alya. Alya tersentak lalu bangun dari duduknya.
"Akak! Macam mana akak ada kat sini? Datang dengan siapa? Holiday juga eh?" bertalu-talu soalan Alya. Solihah hanya tersengih. Matanya tidak lepas memandang Azman yang dari tadi tidak menghiraukannya. Macam tak pernah kenal pula.
"Akak holiday dan akak tak sorang. Ada Rafiq sekali" jawab Solihah lalu menunjukkan Rafiq di dalam kereta. Senyuman Alya mati apabila melihat Rafiq berdiri di sebelah kereta Solihah sambil melambai ke arahnya.
"Kenalkan akak, Azman Aryan. Abang, Kak Solihah" Alya mengenalkan sesame sendiri.
"Ape kena mengena korang berdua?" soal Solihah tiba-tiba walaupun sudah tahu jawapannya.
"My brother" laju Alya menjawab dengan senyuman manisnya. Mata Azman membulat besar memandang ke arah Alya.
'Kenapa Alya tak bagitahu aku ni suami dia?' desis hati Azman tidak puas hati.
'Tch, Alya pun tak nak mengaku kau suami, Azman' bisik hati Solihah dan tersenyum sinis.
"Akak kenal ke?" soal Alya.
"My ex" pantas Solihah menjawab. Alya hanya mengangguk faham. Azman pula macam tak kesah jee.
"Alya, boleh akak pinjam 'your brother' sekejap?" soal Solihah dengan senyuman manis.
"Sure. Alya masuk bilik dulu" Alya terus bergerak ke bilik mereka.
"What do you want?" soal Azman dingin. Tiada langsung senyuman yang terukir.
"I jumpa you ni nak bagitahu and explain dekat you pasal kita dulu" terang Solihah. Azman masih membeku. Matanya tidak lepas memandang isterinya yang tidak jauh dari mereka. Solihah tetap ingin menjelaskan kepada Azman walaupun Azman tidak memandangnya. Sebenarnya, malas nak layan perempuan yang acah suci ni.
{THALIA}
Baru sahaja Alya ingin berjalan masuk ke biliknya, Rafiq menghalang laluannya.
"Kau nak apa lagi?" soal Alya kasar.
"I want you sayang" terus keluar suara manja Rafiq. Alya tersengih hambar dan menepis tangan Rafiq. Namun tangan Rafiq pantas menarik tangan Alya bawa pergi belakang kereta Solihah.
"Sakitlah, lepas Rafiq!" jerit Alya dengan perlahan. Rafiq melepaskan pegangannya dan merenung Alya dari atas ke bawah.
"I want you sayang, I really want you" rengek Rafiq meracau-racau.
"Kau kenapa ni Rafiq? sejak kena gantung sekolah, dah tak betul ke otak kau tu? dah gila?" Soal Alya sinis. Rafiq merentap kasar rambut Alya.
"Aku memang dah gila! Aku gilakan kau Alya! Kalau bukan disebabkan kecantikan, kelembutan kau, tak ingin aku nakkan kau!" jerit Rafiq dengan tangannya menarik-narik rambut Alya hingga ikatan rambut Alya terlepas.
"Sakit Rafiq" rintih Alya. Rafiq melepaskan tangannya dari menarik rambut Alya dan tangannya mula menggenggam kuat tangan Alya.
"Ikut aku Alya!" Rafiq menarik-narik tangan Alya. Alya tidak mengalah, die juga menggunakan tenaganya untuk menarik kembali tangan Rafiq walaupun kepalanya terasa sakit.
"Kau kenapa ni? Aku dah ada suamilah!" bantah Alya sekeras-kerasnya.
Rafiq melepaskan tarikannya. Api kemarahannya makin membuak sebaik sahaja Alya menyebut perkataan 'suami'. Tangannya laju menanggalkan butang-butang baju Alya dan menjatuhkan badan Alya ke tanah. Tangannya menyelak-nyelak baju dan membetulkan rambut Alya. Alya meronta-ronta sehingga matanya mula gelap. Tindakan Rafiq mula berhenti apabila satu suara mula mengganggunya.
"Encik! Encik buat apa ni?!" jerit seorang makcikĀ apabila ternampak aksi ganas Rafiq. Rafiq melihat mata Alya sudah tertutup terus lari meloloskan diri masuk ke dalam kereta Solihah. Tangannya mula menekan-nekan hon kereta. Solihah terkejut dengan bunyi tersebut terus berlari ke kereta. Mak Pah, makcik itu menutup baju Alya yang menampakkan badannya lalu menjerit meminta pertolongan.
"Tolong! Tolong!" jerit Mak Pah. Solihah terkejut apabila Rafiq menceritakan keadaan mereka, laju kereta mereka keluar dari chalet.
Azman mendekati Mak Pah yang menjerit minta pertolongan dan menangis apabila seorang perempuan terbaring lemah ditanah itu. Azman perlahan-lahan menghampiri mereka.
"Alya!" jerit Azman apabila melihat tubuh isterinya terbaring dengan butang baju tertanggal terus mencampung Alya ke hospital. Mak Pah setia menemani Alya mengikuti Azman ke hospital.
{ARYAN&THALIA}
Sampai sahaja di hospital, Alya di tahan ward akibat tekanan darah rendah dan kekurangan air dalam badan. Mak Pah tidak berhenti menangis sebaik sahaja sampai di hospital di hospital.
"Makcik," belum sempat Azman menanya, Mak Pah memotong.
"Mak Pah" Mak Pah memperkenalkan dirinya. Dia selesa bila orang memanggilnya begitu.
"Mak Pah nampak apa yang terjadi?" soal Azman berhati-hati.
"Laki tu, laki tu cuba nak rogol anak itu" jawab Mak Pah dengan esakan yang semakin kuat. Azman jatuh terduduk di sebelah Mak Pah dan meraup mukanya. Tidak lama kemudian, keluarga Azman tiba selepas Azman memberitahu Alya di tahan ward.
"Kenapa dengan Alya, Azman?" soal Datin Fatimah kerisauan. Azman hanya mendiamkan dirinya dan menangis dengan sekuat hati. Melihat anaknya diam, matanya beralih kepada seorang makcik tua sebelah anaknya itu. Tanpa bertanya, Mak Pah menjawab.
"Anak puan hampir dirogol" Datin mengucap panjang dan mengusap-usap dadanya. Selepas keadaan kembali terkawal, Dato' dan Datin pulang ke chalet mereka setelah melihat keadaan Alya semakin stabil. Atirah pula menemani Mak Pah pulang ke rumah.
Selesai sahaja solat maghrib, Azman mengambil tempat di sebelah katil Alya. Bibirnya tidak lepas membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
"Sakit! Jangan Rafiq! Sakit!" raung Alya. Satu biliknya dengar raungan Alya. Azman menghampiri Alya dan menarik isterinya masuk ke dalam pelukannya. Alya terjaga dari mimpinya lantas membalas pelukan suaminya dengan erat sekali.
"Shh, it's okay sayang. I'm here" pujuk Azman lembut sambil mengusap-usap belakang Alya. Alya hanya menangis teresak-esak memeluk erat suaminya. Pujukan suaminya hanya dibiarkan. Dirinya terlampau takut untuk bersuara.
For you, dear reader. Always.
Share this novel