BAB 28: LEMAH

Romance Completed 5630

Selepas sahaja selesai solat subuh, Azman dan Alya bergerak keluar ke homestay untuk menghantar Aula kembali kepada ibu bapanya. Selesai sahaja menghantar bayi kecil itu, mereka pulang kembali ke homestay. Alya masuk ke bilik ibu mertuanya untuk mengejut dan mengangkat baby Aathif. Maklumlah, malam tadi si kecil tidur dengan neneknya. Dia mula memberi susu kepada anaknya dan menyalin pakaiannya.

"Good morning my handsome, boy" ucap Alya dengan riangnya dan menghadiahkan ciuman di kedua pipi anaknya. Comel saja muka walaupun baru bangun tidur.

"Daddy tak nak kiss ke?" tanya Azman dengan manjanya yang sudah berada di sebelahnya.

"Good morning daddy sayang" ucap Alya lalu mendaratkan bibirnya di kedua pipi suaminya.

"Morning mommy" ucap Azman kembali lalu mengucup lembut tangan Alya.

"Daddy tak siap lagi?" soal Alya bila lihat suaminya masih baring di sebelahnya.

"Daddy tunggu mommy siapkan daddy" kata Azman manja.

"Come, daddy" panggil Alya lalu mengambil baju suaminya. Nasib baik si kecil dah siap. Dengan riangnya, Azman bangun pergi ke arah isterinya.

Alya mula menyarungkan dan memperbetulkan baju untuk suaminya. Tangan Azman pula tidak berhenti dari mengusik badan isterinya. Azman sudah tersengih nakal bila isterinya mengeliat tidak suka.

"Seluar pakai sendiri. Tangan tu tak reti nak duduk diam" rungut Alya lalu meninggalkannya. Nampaknya terpaksalah Azman memakai seluar sendiri. Siapa suruh tangan gatal sangat, kan dah kena tinggal. Alya menuju ke katil dan mengangkat baby Aathif ke depan.

"Now, explain" pinta Datin Aslina dengan tegasnya.

"Parents dia nak bagi adik baru. So, taknak ganggu lah" terangnya. Datin Aslina mengeluh kasar.

"Diorang ada apa-apa kan adik tak?" soal Datin Aslina kerisauan.

"Kalau diorang berani nak buat apa-apa dekat adik, dah lama si Aula tu adik tak bagi balik. Tak adalah kita orang nak hantar dia pagi-pagi buta tadi" jawab Alya selamba. Datin Aslina menggelengkan kepalanya. Ada saja jawapan yang menyakitkan hati. Perangai pula, terlampau baik sampai dia naik pening. Ikut siapalah.

_____

"Aula suka dengan mom eh" borak Solihah dengan anaknya. Anaknya bermain-main bersama ayahnya.

"Seronok anak ayah ni tidur dengan mom" kata Rafiq pula.

"Abang rasa Aula bosanlah baby sebab tak ada adik. Kita kena usaha lagi ni" kata Rafiq dengan memandang isterinya. Solihah sudah menggeleng kepalanya. Ada saja gatalnya.

{ARYAN♡ALYA}

Mereka sekeluarga mula bergerak ke Ladang Teh Boh pula. Kereta milik Azman sudah jauh nun di belakang kerana banyak berhenti disebabkan alahan Alya yang semakin teruk. Kereta keluarganya sudah sampai beberapa minit yang lalu.

"Tuan Muda, Datin suruh kita patah balik ke homestay" kata Hazim.

"Why?"

"Takut Puan Muda lemah dan tak larat nak berjalan" jawab Hazim sambil menunjuk Alya yang berada di pangkuannya. Nasib anak mereka dipegang oleh Hazim. Kalau tak, tak tahu mana satu anak, mana satu isteri.

"Sayang, kita balik eh?" tanya Azman kepada Alya yang sedang elok bersandar di dadanya. Alya menggeleng kepala tidak setuju. Dia tidak mahu percutian keluarganya terhenti disebabkan dirinya.

"Jalan jelah Azam. Kalau Puan tak larat, saya angkat dia nanti" kata Azman. Azam hanya menurut terus bergerak pergi ke Ladang Teh Boh.

"Abi, I want hug you so badly" rengek Alya yang masih mamai. Azman mengeratkan lagi pelukannya.

'Manja sangat mak buyung ni' kata Azman sendirian seraya mengucup dahi isterinya.

"Sayang, kita dah sampai ni. Bangun, come" kejut Azman. Alya mengeliat kecil sambil membuka matanya.

"Come, sayang" ajak Azman dan ditarik Alya rapat dengannya. Mereka mula menaiki kawasan ladang teh. Atirah dan Danial tidak berhenti mengambil gambar keluarganya. Azman dan Alya hanya memerhati dari kerusi tidak jauh dari mereka.

"Abi tak nak amik gambar?" soal Alya yang berada dalam dakapannya. Azman menggelengkan kepalanya.

Jawapan Azman tidak memuaskan hati Alya. Dia tahu suaminya mahu mengambil gambar bersama-sama tapi disebabkan keadaan dirinya yang lemah, terpaksalah Azman menjaganya. Alya bangun berdiri di depannya dan menarik tangan suaminya pergi ke arah keluarga mereka. Mereka tersenyum gembira dan meminta salah seorang daripada pengunjung di situ mengambilkan gambar.

"Sayang nak makan apa?" soal Azman. Alya hanya menggelengkan kepalanya. Rasa tak berselera untuk makan sekarang ini.

"Sayang masuk kereta dulu nak bagi baby susu" kata Alya. Azman hanya mengangguk walaupun sebenarnya dia sedang risau. Alya terlalu memaksa dirinya sekarang ini. Dengan keadaannya yang masih berperut kosong tidak mengisi apa-apa makanan sejak pagi tadi, nak bagi susu pula pada Aathif. Takut pengsan pula dekat sini.

"Azam, Puan nak menyusu Aathif, awak start enjin kereta and tunggu dekat luar" kata Azman kepada bodyguardnya. Azam hanya menurut lalu bergerak ke kereta.

"Baby lapar ya sayang? Kesian anak mommy ni, asyik menangis saja nak susu" kata Alya pada anaknya. Di buka butang bajunya lalu disua dadanya pada si kecil. Dengan rakus, si kecil menghisap dadanya bila sudah lama tidak makan hari ini.

Selepas anaknya kenyang di beri susu, Alya mula melelapkan matanya. Anaknya yang berada dalam dakapannya turut tidur kekenyangan didekatkan lagi di dadanya. Takut jatuh semasa dia terlena nanti.

"Sayang" panggil Azman sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Alya membuka matanya kembali.

"You hungry, sayang?" soal Azman. Alya menggelengkan kepalanya. Bukannya tidak lapar, namun dia tidak ada selera makan sejak mengandung anak kedua ini.

"Lepasni kita terus balik homestay. You sure you not hungry?" soal Azman lagi.

"Belikan sayang roti je, bi" jawab Alya. Azman menurut. Azam memberhentikan kereta dan pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli makanan untuk isteri majikannya. Baby Aathif yang berada di pelukan Alya, diberi kepada Hazim di bahagian pemandu. Itulah rutin mereka sebaik sahaja naik kereta. Itu pun bila si kecil itu tidur sahaja, kalau tidak tidur mahu melalak dia.

"Abi, I'm cold" rengek Alya yang dari tadi kesejukan.

"Alolo, kesian kesayangan abi ni. Come, sayang" kata Azman lalu diangkatnya Alya untuk duduk di ribanya.

"Tomorrow kita dah nak turun, you want anything?" tanya Azman kepada isterinya.

"What if we stay here for a few days? I think your son is no longer satisfied to go for a walk" ujar Alya lalu menunjukkan Aathif dan perutnya. Kerana dia hanya menghabiskan masa dengan duduk di dalam kereta dan dalam bilik sahaja. Mana nak rasa bercutinya.

"Not just our son. Me too" kata Azman setuju dengan kata-kata isterinya.

"Thank you abi" kata Alya dengan perlahan lalu memejamkan matanya di dalam pelukan suaminya.

_____

"Sayang, bangun jom. Breakfast" kejut Azman. Selepas sahaja mereka menghantar keluarganya bergerak balik ke rumah, Alya terus menyambung tidurnya di sebelah anaknya.

"No, abi. I'm too cold" kata Alya lalu menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Azman mengangkat anaknya dan memberi kepada Hazim untuk menjaganya seketika. Azman masuk ke bilik kembali lalu mengunci pintu bilik.

"What happen with my wife ni? Come, sayang" panggil Azman menarik isterinya masuk dalam dakapannya. Tanpa berlengah, Alya bangun dengan selubungkan dirinya dengan selimut dan masuk dalam pelukan suaminya.

"Abi tak cukup hot ke sayang, sampai nak bawak selimut sekali?" tanya Azman nakal.

"You too hot actually. But I really cold abi" jawab Alya dengan serius. Tak tahu kenapa tiba-tiba rasa sejuk sangat sekarang ni. Baru dia teringat yang mereka masih berada di Genting.

"Breakfast first, sayang" pujuk Azman lagi. Dari malam semalam isterinya tidak makan lagi. Risau pula bila isterinya terlalu banyak tidur daripada sebelum ni. Alya menggelengkan kepalanya. Masih berkeras tidak mahu makan. Kalau ikutkan hati, memang nak makan. Tapi kesejukan sekarang ini telah menutup nafsu makannya.

"You can't like this, sayang. Sayang kena fikir kesihatan sayang and our baby juga. Jangan lemah macam ni, okey? We eat together" pujuk Azman dengan penuh harapan.

"Okey, I will" Alya mengalah. Tanpa menunggu lama, Azman terus mencempung isterinya pergi ke meja makan bersama selimutnya.

"Sayang, lunch dekat Nasi Lemak Strawberi jom" ajak Azman memecahkan kesunyian. Alya hanya mengangguk setuju.

"So before that, kita pergi Taman Lavander dulu eh" ajak Azman lagi. Alya masih akur. Selepas sahaja bersarapan, mereka mula bergerak menuju ke Taman Lavander seperti dibincangkan tadi.

"Abi sayang nak pergi toilet sekejap" ujar Alya. Azman mengangguk dan menghantar Alya dengan ekor matanya. Walaupun berat hatinya ingin meninggalkan isterinya namun, Alya ingin membuang hajat.

Alya masuk ke dalam tandas wanita. Dia segera pergi ke singki lalu mengeluarkan semua isi perutnya. Dari tadi dia tahan ingin memuntahkan isi perut. Di basuh muka yang kelihatan merah dan pucat sehingga basah tudungnya.

"Dik, awak okey tak?" tanya seorang kakak kerisauan yang berada di dalam tandas itu.

"Saya okey kak. Cuma pembawakan" jawab Alya dengan perlahan. Penat pula nak bercakap. Kakak itu mengusap lembut belakang Alya.

"Mari akak bawak ke tempat suami" pelawa kakak itu sambil memapah Alya keluar dari tandas.

"Kak, saya ta-" belum sempat Alya menghabiskan ayatnya, Alya rebah di sebelah kakak itu. Kakak itu mula gelabah lalu matanya melilau mencari orang untuk meminta bantuan. Matanya masih mencari-cari susuk seseorang untuk meminta tolong sehingga matanya berhenti memandang dua orang lelaki berdiri tegak tidak jauh daripadanya.

"Encik, boleh tolong saya? ada orang pengsan" ujar akak itu tergesa-gesa. Tanpa membuang masa 2 orang lelaki itu terus mengikut perempuan itu ke tandas wanita.

"Puan Muda!" jerit Hazim apabila melihat isteri majikannya terbaring di depannya. Azam pula berlari ke arah majikannya untuk memberitahu perkara sebenar. Dengan tergesa-gesa, Azman berlari pergi ke tandas dan mencempung tubuh isterinya. Azam membawa baby Aathif ke kereta bersama dengan Hazim.

"Tuan, kenapa tak bawa Puan pergi ke hospital je?" soal Azam pada majikannya bila Azman menyuruhnya pulang ke homestay terus.

"I don't know. Can you just call personal doctor for me?" kata Azman dengan gelabah sambil meraup wajahnya. Azam hanya akur lalu menelefon doktor tertentu. Tidak lama selepas itu, doktor yang dipanggilnya datang lalu segera melihat keadaan Alya.

"Buat masa ni, Puan Alya okey. Disebabkan Puan kandungkan kembar, itu yang Puan selalu muntah-muntah dan badan selalu merasa lemah. Tambah pula, Puan masih muda dan anti bodynya lemah sekarang. So, I want you to take care of her nutrition and health" terang Doktor Marith.

"Wait, what?! kembar?" soal Azman pelik.

"Maaf, maybe Puan Alya tak tahu lagi. She pregnant twins" kata Doktor Marith dengan senyumannya dan berlalu pergi selepas meminta izin.

Azman merapatkan diri dengan isterinya. Anaknya yang berada di dalam dukungannya turut diturunkan baring di sebelah Alya. Azman tidak berhenti memandang wajah pucat isterinya. Tangannya menggenggam erat tangan Alya.

"Abi" panggil Alya perlahan. Azman memandang Alya dengan pandangan yang sayu.

"Why? Why I'm here?" soal Alya lalu tangannya memegang pipi suaminya.

"You passed out" jawab Azman ringkas mengucup dahi isterinya.

"Hah?" soal Alya makin pelik. Dia pengsan tadi? Bukan tidur eh?

"Thank you sayang" kata Azman. Tanpa disedari air matanya jatuh menuruni pipinya. Tangan Alya naik mengelap air mata suaminya.

"Why you crying? Tell me abi" kata Alya lalu bangun dari pembarikannya.

"Sayang tak nak bagitau abi about" kata Azman lalu memuncungkan mulutnya ke perut isterinya. Alya memandang perutnya lalu tersenyum.

"Twins" kata Alya dengan senyuman manisnya.

"Why didn't you tell me before?" soal Azman sambil mengesat air matanya. Tiba-tiba cengeng pula.

"I want to suprise you" jawab Alya. Azman terus memeluk isterinya dengan erat.

"Sorry abi. Sayang bukan nak rahsia dari abi" ujar Alya serba salah. Azman menggelengkan kepalanya. Air matanya mengalir laju. Bukan salah isterinya, dia cuma terlalu gembira bila mendengar berita itu.

"Alhamdulillah. Thank you sayang" ucap Azman.

"You kena rest cukup-cukup sayang. your antibody still weak. Abi tak nak sayang buat kerja berat-berat like before this" kata Azman dengan seriusnya.

"I will, abi" jawab Alya perlahan. Pasti dia takkan buat kerja yang berat-berat. Kerana dia dah dengar nasihat dari doktor selepas dia pergi check up senyap-senyap hari itu.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience