BAB 15: RAFIQ

Romance Completed 5630

Balik sahaja dari mall, Rafiq terus melulu masuk ke biliknya.

"Kenapa kau susah sangat nak terima aku, Alya?! Ape salah yang aku dah buat kat kau?!" soal Rafiq tidak puas hati. Habis semua buku-bukunya ditolak jatuh kebawah.

"Aku sayang kau, cinta kau. Tapi ni yang kau bagi dekat aku?! Aku nak kau Alya!!! Aku nak engkau!!!" ujar Rafiq berang. Dia yakin cintanya pada Alya. Hanya Alya yang dapat bahagiakan dia. Rafiq jatuh terduduk di lantai dengan tangisan yang teresak diselangi tawaan yang panjang.

{ARYAN&THALIA}

Sebaik sahaja Alya menunaikan solat subuh, dia melangkah turun ke dapur melihat Bik dan Nita. Bik dan Nita pasti bangun awal darinya. Alya menolong Bik dan Nita menyediakan sarapan pagi walaupun sudah dilarang keras oleh Bik. Sesekali Alya mengerutkan dahinya apabila tangannya terasa berdenyut-denyut.

"Puan Muda, puan duduklah dulu. Tangan puan ni naik biru bik tengok" ujar Bik kerisauan. Alya tetap berdegil ingin membantu mereka. Bik dan Nita hanya menurutkan sahaja majikan mudanya itu. Dah dilarang, nak buat juga. Hmm, rajin sangat.

"Sayang, sayang" panggil Azman setelah keluar dari bilik. Tercari-cari Azman keberadaan Alya di ruangan atas.

"Cari ape ni Man?" soal Atirah dengan muka mamainya.

"Alya" jawab Azman masih tercari-cari. Atirah mengerutkan dahinya.

'Takkan Alya lari dari rumah? ke aku yang salah dengar?' soal Atirah sendirian lalu menuju ke biliknya semula. Azman pula turun mencari Alya di ruangan bawah.

"Sayaang" leret Azman memanggil sebaik sahaja melihat isterinya di dapur. Terus dipeluk pinggang ramping isterinya dari belakang yang sedang menghiris daging. Terkejut Alya dengan tindakan suaminya namun dia hanya mendiamkan diri.

"Abi dah suruh jangan buat kerja kan? Kenape degil sangat ni?" soal Azman terus menarik lembut tangan Alya dan memusingkan badan Alya menghadapnya. Pisau yang berada di tangan isterinya diletak berhati-hati di atas papan pemotong. Azman menyapu lembut sesekali meniup pergelangan tangan isterinya.

"Alya okeylah" kata Alya malu-malu apabila dipandang oleh Bik dan Nita dengan perlakuan mereka. Azman menarik lengan Alya bawa ke ruang tamu. Bik dan Nita tersenyum melihat perlakuan mesra pasangan itu.

"Sebelum abi nak cakap apa-apa, Alya nak minta maaf dulu" ujar Alya terlebih dahulu selepas melabuhkan punggungnya.

"Kenapa?" usik Azman sengaja buat-buat tak tahu kesalahan isterinya.

"Sebab tak dengar cakap abi" jawab Alya perlahan.

"Bila buat salah je tunduk bawah, cakap slow. Dah tahu buat salah kenalah mintak maaf betul-betul, pandang mata abi" saja Azman ingin menyakat isterinya. Jarang dapat bermanja macam ni.

"Takut" jawab Alya perlahan dan menundukkan wajahnya lagi. Disangkanya Azman akan memarahinya kerana tidak mendengar kata. Nak buat macam mana? Dah tangan ni degil sangat tak nak duduk diam.

"Dah tahu takut kenapa buat?" tanya Azman lagi. Azman tersengih melihat Alya tidak mengangkat muka memandang wajahnya. Alya hanya mendiamkan diri. Azman mengangkat wajah Alya menatap matanya. Alya terus menutup rapat matanya. Azman tersengih lagi melihat isterinya itu.

"Open your eyes" pinta Azman dengan suara dingin sambil cuba menyembunyikan senyuman. Alya menggelengkan kepalanya. Tersengih Azman sebelum dia merapatkan mukanya dengan pipi Alya.

"Kalau iye pun, masuklah bilik" sakat Atirah sengaja. Alya tersentak apabila Atirah berkata begitu terus sahaja memalingkan kepalanya. Alya terkaku apabila bibir mereka bersentuhan. Dengan laju, Alya terus berdiri pergi ke belakang Atirah.

"Kenape lari? Dah buat salah, tak mintak maaf lari pulak. Sini, abi tak settle lagi dengan sayang" usik Azman. Dia tahu Alya tidak sengaja, saja dia mahu kenakan isterinya bila lihat muka Alya merona merah. Alya menggelengkan kepalanya di belakang Atirah. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu melihat muka Azman. Malu!

"Pergi mintak maaf" pujuk Atirah lembut

"Sorry" kata Alya sepatah masih di belakang Atirah.

"Abi suruh tengok muka kan? Ikhlas tak tu?" usik Azman lagi. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyuman. Alah, isteri tak nampak. Datin Fatimah hanya melihat mereka dari meja makan. Tersenyum bahagia dia apabila melihat gelagat anak menantunya itu. Azman bangun dari duduknya.

"Alya Thalia," panggil Azman perlahan. Alya cuak bila melihat Azman mula bergerak mendekatinya.

"Azman Aryan, kalau awak datang dekat, saya betul-betul takkan minta maaf sampai bila-bila" ujar Alya dengan berani. Tengah takut, suaminya ni bukan faham sangat dengan dia.

"Ouuhh, dah pandai panggil nama sekarang" Azman berlari mendapatkan Alya. Alya terus berlari lalu memeluk ibu mertuanya.

"Ibu, abi marah Alya" rengek Alya dengan manjanya. Langkah Azman terus mati apabila mendengar suara manja isterinya. Belum pernah dia mendengar rengekan manja isterinya sebegitu. Kalau dengan ibu, manja betul. Kalau dengan aku, nak tak nak je layannya. Atirah ketawa melihat adiknya terkaku di situ.

"Azman, kenapa selalu cari gaduh ni? Dah makan" tegur Datin Fatimah. Azman hanya akur. Alya mengambil tempat di sebelah Datin Fatimah manakala Atirah duduk di sebelah Azman.

"Kenapa duduk situ? Mana isteri abi sekarang ni? sini" panggil Azman dengan menepuk-nepuk kerusi sebelahnya. Alya menggelengkan kepalanya. Datin dan Dato' menggelengkan kepala mereka melihat pergaduhan mesra anak mereka. Alya menundukkan mukanya. Masih takut lagi.

"Alya, ibu ingat nak pegi holiday. Want to follow us?" soal Datin Fatimah. Alya terus mengangkat wajahnya. Senyuman gembiranya kelihatan sehingga membuatkan Azman tidak lepas memandangnya.

"Tanya Encik Abi dulu" bisik Datin Fatimah. Alya memandang muka Azman dan terus menggelengkan kepala. Dia tahu Azman pasti tidak membenarkannya.

"Tanya dulu" pujuk Datin Fatimah. Alya melepaskan keluhan kecil.

"Abi," panggil Alya.

"Yes,darling" jawab Azman dengan mengukirkan satu senyuman.

"Nothing" Alya menundukkan wajahnya kembali.

"Abi benarkan but, it's not holiday, it's more to honeymoon" ujar Azman lalu mengukirkan senyuman nakal. Dato' dan Datin tersenyum melihat mereka. Alya geleng kepala.

"It's okay, ibu. Alya tak ikut" Alya melepaskan keluhan berat dan bangun pergi ke dapur. Dato' dan Datin mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak? Azman turut bangun mengikut Alya ke dapur.

"Why sayang?" soal Azman sambil tangannya merangkul pinggang Alya.

"Kita kan nak holiday dengan family abi, nak kenal-kenal dengan ibu, ayah, Kak Atirah. Honeymoon tu nantilah dulu" jawab Alya.

"Abi pun nak kenal-kenal dengan sayang. Sayang tahukan lately ni abi selalu busy? kita spend togetherlah. We will try to balancekan masa dengan family abi eh?" pujuk Azman lembut. Alya hanya akur. Almaklumlah, Alya ni masih muda. Fikirannya tak berapa nak jauh sangat. Nasiblah kau Azman dapat isteri muda.

"Nanti abi bagitahu ibu yang kita jadi pergi"

{ARYAN&THALIA}

Seharian Rafiq tidak tidur hanya memikirkan Alya. Soalan demi soalan bermain di fikirannya. Dua tahun dia menyukai perempuan itu namun cintanya tidak dibalas-balas. Rafiq membersihkan diri untuk keluar ke bandar. Sedang Rafiq ralat melihat telefonnya, badannya terasa panas apabila air kopi yang dipegang oleh seorang perempuan itu tumpah dibajunya.

"Kau tak nampak ke? Panas badan aku kau tahu tak?!" marah Rafiq. Perempuan itu memohon maaf kepada Rafiq sebelum melihat mukanya.

"Raf? Rafiq kan?"soal perempuan itu.

"Kak Iha?" soal Rafiq kembali. Mereka saling berpelukan sesama sendiri. Sudah berapa tahun tidak berjumpa.

"Sorrylah akak tumpahkan air kat baju kau. Nanti akak ganti balik baju kau ni" Solihah memohon maaf kepade Rafiq. Sambil tu, tangan mengibas air yang ada di baju Rafiq.

"Tak apalah kak. Sikit je ni" tolak Rafiq. Mereka berjalan sehingga duduk di cafe berdekatan.

"Raf kenape sorang-sorang? Selalu keluar dengan adik-adik akak yang lain" ujar Solihah. Muka Rafiq yang tadi tersenyum berubah.

"Diorang macam taknak kawan dengan Raf je kak" adu Rafiq sayu. Solihah mengangkat keningnya.

"Haritu Alya dengan Siti ada terjumpa akak waktu camping. Kenapa Raf tak join?" Soal Solihah pelik. Selalunya Rafiqlah yang selalu teman adik-adiknya pergi mana-mana. Selepas Solihah masuk ke kolej, takkan semuanya berubah?

"Raf kena gantung sekolah masa tu. Haritu hari last Alya sekolah. Dia dah berhenti sekolah" cerita Rafiq.

"Berhenti? kenapa pulak?" soal Solihah lagi.

"Dengar macam dah kahwin" jawab Rafiq dengan wajah yang sedih.

'Kahwin? Dengan siapa? Takkan dengan Azman. Alya tak bagitahu aku pun' desis hati Solihah.

"Kahwin dengan siapa?" soal Solihah ingin dapatkan kepastian. Rafiq mengangkat bahunya. Tak tahu.

"Raf nak Alya, kak. Raf sayang Alya dan nak jaga dia" ujar Rafiq dengan esakannya.

"Akak boleh tolong Raf tapi Raf kena tahulah dulu siapa suami Alya" ujar Solihah sambil tersenyum sinis. Rafiq hanya menganggukkan kepalanya. Sungguh dia hanya mahukan Alya. Tiada yang lain.

{ARYAN&THALIA}

Azman mengemas beg mereka memandangkan esok mereka sekeluarga akan bercuti. Alya hanya jadi pemerhati Azman kerana Azman sudah melarangnya membuat kerja. Mata Alya tidak lepas memandang Azman yang sedang mengemas. Sesekali tangan Azman menepuk-nepuk pinggangnya yang lenguh. Alya yang melihatnya merasa serba salah. Laju kakinya mengambil tempat di sebelah suaminya.

"Abi, abi restlah. Esok nak bawak kereta lagi. Alya tolong eh?" pelawa Alya. Azman menggeleng. Dia tidak mahu Alya membuat kerja sehingga tanggannya benar-benar pulih. Alya melepaskan keluhan berat. Tangannya tidak senang duduk apabila selalu berdiam sahaja. Sesekali mahu membuat kerja juga. Susahlah dapat suami macam ni.

"Tangan tu kalau dah gatal sangat nak tolong, sini pegang halkum abi je. Sekurang-kurangnya berjalan juga tangan tu" usik Azman dengan senyuman nakalnya. Alya tersentak dengan senyuman suaminya terus berlari ke arah katil bermain handphonenya. Azman menggeleng kepala sambil tersengih. Tulah, siapa suruh rajin sangat?

{ARYAN&THALIA}

Seharian Rafiq mencari maklumat tentang suami Alya. Bermacam-macam aplikasi dan social media dia mencari sehinggalah dia terjumpa sesuatu yang sangat menarik perhatiannya.

To:Kak Iha
Akak, Raf rasa suami Alya anak kawan Dato' Mateen.

To:Rafiq
Yang mana satu?

To:Kak Iha
Azman. Azman Aryan.

To:Rafiq
Asal kau rasa dia pulak?

To:Kak Iha
Raf pernah terjumpa dia sebelum Alya berhenti. Dia sendiri cakap dia suami Alya. Raf usyalah ig abang Alya. Memang ada gambar kahwin diorang.

To:Rafiq
Okay. Tapi walau apa pun, kau kena dapatkan Alya balik, Azman tu bukan orang yang baik sangat. Aku kenal dia macam mana sebab dia senior aku dulu.

To:Kak Iha
Okey kak.

'Tak guna kau Azman! Kenape dalam banyak-banyak orang adik aku juga yang kau tibai?! Kau marahkan aku ke apa? Ke nak balas dendam?' bentak hati Solihah.

'Ni tak boleh jadi. Aku kena explain dekat Azman. Bukan salah aku, laki tu yang goda aku dulu' sambungnya lagi.

'Alya, Alya. cepat sangat kau terpedaya dik. Dari dulu lagi' ejek Solihah.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience