BAB 27: HOLIDAY

Romance Completed 5630

Dua bulan kemudian

To:Hubby
Abi, sayang keluar pergi mall dengan baby boleh?

To:Yayang♡
Just you two?

To:Hubby
Nope! with your lovely bodyguard.

To:Yayang♡
Okey, sayang. I love you.

Mesej yang dibalas itu hanya dilihatnya. Selepas sahaja Alya mendapat kebenaran dari suaminya, dia terus menyiapkan diri dan anak kecilnya. Tak sabar rasanya nak keluar jalan-jalan bersama anaknya. Dah lama rasanya dia tidak keluar berjalan selepas dia melahirkan Aathif.

Azman pula masih menunggu balasan dari isterinya. Tidak pernah pula isterinya tidak membalasnya kembali. Selepas 30 minit menunggu, Azman mengambil keputusan untuk mencari isteri dan anaknya. Buat hal betul. Belum pernah dia tak balas 'I love you too' lagi. Gembira sangat sampai tak terbalas.

Alya menolak Aathif yang berada di baby troller. Mata dan kakinya tertarik dengan suatu tempat yang berada di depannya. Hazim yang mengikutinya di sebelah sudah tersenyum apabila melihat mata Alya tidak lepas dari memandang 'TEALIVE'.

Kakinya berlangkah laju membuka pintu untuk mereka. Alya hanya melemparkan senyuman manis kepadanya. Tidak lama selepas itu, air yang dimintanya sampai.

Azman menapak masuk di mall tersebut. Kaki dan matanya tidak berhenti mencari 'TEALIVE' yang berada di situ. Dia pasti isterinya akan berada di situ. Seperti yang dijangkakan, mereka memang ada di situ. Sebab isterinya ada beritahunya yang dia mengidam nak minum tealive. Jadi kesempatan yang ada ni, memang dia akan pergi tealive lah.

'Got you, sayang' bisik hati Azman. Azman melangkah masuk lalu mengambil tempat di hadapan isterinya.

"Abi" hampir tersembur boba yang berada di mulutnya dek kerana terkejut melihat suaminya berada di depannya sekarang ini.

"Why didn't you reply back" soal Azman tanpa berlapik lagi.

"Reply what?" soal Alya kembali. Tidak faham. Azman mengeluarkan telefonnya dan memberi kepada isterinya. Alya tersengih kecil bila dia sudah tahu kenapa suaminya ini naik angin.

"Is it funny?" tanya Azman dingin. Senyuman Alya terus mati mendengar suara dominan Azman. Mata Alya memandang Hazim untuk orderkan air untuk Tuan Mudanya itu.

"I will reply back" jawab Alya perlahan.

"After long time I wait for it?" tanya Azman lagi.

"Sorry, I'm too happy when you give permission about this" jawab Alya jujur.

"And then you decided untuk ketepikan abi, macam tu?" tanya Azman dengan tidak puas hati. Alya laju menggelengkan kepalanya. Matanya tidak mampu melihat wajah bengis milik suaminya.

Air yang diorderkan untuk Azman diletakkan atas meja. Alya menghulurkan air itu kepada Azman lalu terus bangun meninggalkan suaminya sendirian.

Azman terlopong melihat isterinya meninggalkannya terkulat-kulat seperti itu. Azman bangun mengejar isterinya. Pinggang Alya dirangkul kemas olehnya namun Alya segera menepis rangkulannya dan terus melangkah laju pergi ke kereta.

Hazim dan Azam yang setia memerhati mereka dari tadi melepaskan keluhan berat. Mereka sudah faham dengan perangai majikannya jika Puan Muda tidak membalas isi hatinya. Laju mereka mengambil baby Aathif yang masih riang di baby troller dan mengambil air mereka keluar dari mall.

'Kalau tertinggal air Puan Muda ni, aku dengan Azam yang mati dikerjakannya' bisik hati Hazim.

Meraka pun tidak tahu mengapa dengan perangai Tuan Mudanya kebelakangan ini. Selalu sahaja ingin merajuk tidak bertempat. Tanpa membuang masa, Hazim menuju ke kereta bersama dengan baby Aathif dan Azam menuju ke kereta milik Azman untuk terus pulang ke rumah. Pasangan itu jangan tanyalah, dah balik dulu naik kereta Azman.

_____

"Nial, mama dengan papa cadang nak holiday this week with Azman's family" ujar Datin Aslina.

"Really? Good idea, maa. I can release my tansion after a long time. So, where?" soal Danial teruja.

"Cameron Highlands" jawab Datin Aslina. Danial hanya mengangguk. Dari tadi Dato' Mateen sibuk berbual dengan Dato' Asyraf di telefon. Apa yang dibualnya pun tidak tahu dan yang pastinya tentang golf. Datin Aslina bangun dari duduknya lalu memberitahu Datin Fatimah mengenai percutian mereka. Danial pula sudah pasti akan memberitahu kawannya, Azman mengenai percutian kali ini.

{AZMAN&THALIA}

Alya membuka tudungnya lalu menuju ke katil untuk memberi susu kepada anaknya. Rasa bersalah pula kepada anaknya kerana sudah sejam tidak memberi minum. Azman perlahan-lahan membuka pintu bilik mereka supaya tidak menganggu anaknya yang akan dibuai mimpi. Azman mengambil tempat di sebelah isterinya dan mencium bahu isterinya.

"Sorry, sayang. My bad" ujar Azman sayu. Alya memandang wajah sedih milik suaminya. Tangan Alya laju mengusap lembut pipi suaminya tanda tidak apa. Penat pulak hari ini bila berjalan sehingga suara tidak mampu terkeluar lagi. Azman kembali tersenyum.

"Sayang, mama ajak kita holiday this week. Let's join" pinta Azman. Alya tidak banyak soal dan hanya akur sahaja dengan ajakan suaminya.

{AZMAN&THALIA}

Tiga hari kemudian, Datin Aslina kelam kabut pagi ini kerana terlewat bangun. Dia boleh pula terlupa untuk menyediakan sarapan pagi sebelum mereka bertolak ke Cameron Highland sebentar lagi. Dato' Mateen hanya tersengih melihat telatah gelabah isterinya. Tak boleh bawa bincang. Alya dan Azman berserta keluarganya sudah gerak dahulu. Tidak lama selepas itu, kereta milik Dato' Mateen pula menyusul keluar.

"Sayang just sleep, please" pinta Azman apabila melihat Alya asyik muntah-muntah akibat jalan mula berselekoh. Alya hanya akur dan meletakkan kepalanya di dada bidang suaminya. Baby Aathif pula sudah lama lena di pangkuan Azam yang berada di sebelah pemandu.

Tidak lama selepas itu, mereka tiba di sebuah homestay yang ditempah oleh Datin Aslina. Mereka turun menuju ke dalam rumah itu. Azman mencempung isterinya lalu terus menuju ke bilik mereka. Yang lain hanya menjadi pemerhati.

"Kenapa dengan Alya, Azman?" soal Datin Fatimah yang kerisauan.

"Alya memang macam tu kak. Tak boleh jalan berselekoh sikit. Muntah-muntahlah jawabnya" jawab Datin Aslina bagi pihak Azman. Datin Fatimah hanya mengangguk faham.

Selepas sahaja selesai solat Zohor secara berjemaah, mereka bersiap untuk pergi ke ladang strawberi. Alangkah gembiranya Alya bila mendengar perkataan strawberi dan terus bersiap dengan segera. Tidak difikir lagi dengan penat selepas muntah.

Sampai sahaja di ladang strawberi, mata Alya bersinar-sinar melihat strawberi yang berada di depannya. Matanya tidak berkelip melihat ladang strawberi itu. Merah menyala dan kelihatan sangat fresh. Datin Aslina tahu Alya sukakan strawberi jadi, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke ladang strawberi dahulu. Mereka mula memetik strawberi-strawberi yang berada di situ. Selesai sahaja memetik, mereka mengambil tempat untuk berehat dan makan petang setelah lama menahan lapar.

"Abi, sayang pergi basuh tangan sekejap" ujar Alya. Azman mengikutinya di belakang. Mata Azman sudah terarah kepada Hazim dan Azam untuk melihat anak kecilnya itu dan terus mengikuti langkah isterinya.

"Alya," panggil satu suara garau. Alya tersentak lalu perlahan-lahan dia memusingkan badan memandang sebelahnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat empunya suara itu. Dia mengambil langkah ke belakang sedikit.

"Saya bukan ikut awak, Alya. Saya ternampak awak. Saya just nak minta maaf pada awak. Maafkan saya. Terlalu banyak kesalahan yang saya dah buat dekat awak. Saya harap awak dapat maafkan saya." pohon Rafiq di sebelahnya dengan wajah yang begitu sedih. Azman hanya memerhati mereka dari belakang. Alya hanya diam tidak berkata. Dia terkejut dengan ketibaan Rafiq tika ini dan terkejut dengan luahan Rafiq. Badannya tidak bergerak sedikit pun malah masih membeku di situ.

"Saya tahu susah untuk awak terima. Saya juga Alya. Kalau saya tak minta maaf dekat awak, hidup saya resah dan tak tenteram bila teringatkan apa yang saya dah buat dekat awak. Percayalah dengan kata saya ni, saya tak akan ganggu awak lagi" luah Rafiq lalu pergi meninggalkannya. Alya hanya memandangnya sepi. Azman mengambil langkah mendekati Alya.

"Hey, what's wrong sayang?" soal Azman lembut yang berada di belakangnya dan mengusap lembut lengan Alya. Alya menggelengkan kepala dan pergi ke meja kembali.

"Ha, sampai pun. Jom makan sayang" ujar Datin Aslina kepada Alya. Alya hanya memberi senyuman manis. Makanan yang di depannya hanya di pandang kosong. Tidak berselera langsung walaupun di depannya buah yang dipetik tadi dan buah kegemarannya, strawberi.

_____

"Abang pergi mana tadi? Penat baby dengan Aula tunggu abang" ujar Solihah kepada suaminya.

"Abang terserempak dengan Alya tadi. Alang-alang tu, abang minta maaf dengan dia sekali. Sorry my baby" jawab Rafiq lalu tangannya mengulas pipi isterinya.

"Abang jumpa dengan Alya? Kenapa tak bagitahu baby? Baby pun nak minta maaf dengan dia" ujar Solihah seakan merajuk.

"Tak perlulah baby. Abang tengok Alya macam dah maafkan kita. Dia pun terkejut tengok abang tadi" pujuk Rafiq. Solihah hanya menganggukkan kepalanya. Rafiq mengambil tempat di sebelah anaknya.

{ARYAN♡ALYA}

Malam makin gelap, Alya hanya duduk di bilik selepas mendengar luahan dari Rafiq. Sungguh dia berasa penat selepas apa yang terjadi tadi. Bukannya dia tidak suka namun badannya seakan tidak memberi kerjasama kepadanya. Otaknya pula seperti tidak berfungsi. Badannya pula terasa penat.

"Sayang, kenapa ni? jomlah makan. Masuk angin nanti" ajak Azman prihatin.

"Baby dah tidur?" soal Alya sambil membangunkan dirinya duduk di kepala katil.

"Dah. Baby tidur dengan ibu tonight" jawab Azman. Alya mengangguk faham.

"Sayang still fikir pasal Rafiq ke?" soal Azman yang masih tidak puas hati dengan tingkah isterinya. Alya hanya berdiam diri.

"Kalau sebab Rafiq sayang jadi macam ni, tak nak makan dan asyik nak berkurung je dalam bilik, kita balik sekarang" kata Azman dengan tegasnya. Alya menarik tangan suaminya dan meletakkan di perutnya.

"No, abi. Bukan sebab Rafiq sayang tak selera. Baby tecik daddy taknak makan apa yang mummy nak makan" kata Alya lalu menggerakkan tangan Azman di perutnya. Mata Azman terbuka luas mendengar kata isterinya

"Serieslah sayang?" soal Azman teruja.

"No sayang gurau je" jawab Alya lalu meletakkan kembali tangan suaminya di tepi. Senyuman Azman mati dengan segera. Hilang terus rasa terujanya. Alya yang memandang suaminya tika ini sudah tersengih. Dia mengambil kembali tangan suaminya dan di bawa kembali ke perutnya.

"Sorry daddy. Mummy gurau je. I'm here daddy" kata Alya dengan suara budak dan matanya hanya tertumpu di perut miliknya. Senyuman Azman kembali terukir. Debaran di dadanya kembali laju apabila isterinya berkata begitu. Bibirnya tidak berhenti mengucap syukur dan berlari keluar dari bilik.

"Ma, ibu, ayah, papa, kakak dan kau Dan! Aathif akan dapat adik" ujar Azman dengan teruja di ruang tamu. Alya hanya duduk di kerusi meja makan yang tidak jauh dari mereka.

"Serieslah weyh. Tahniah bro" kata Danial gembira lalu memeluk rakannya. Yang lain sudah tersenyum gembira dan tidak berhenti mengucap syukur. Alya turut tersenyum di meja makan.

Perlahan-lahan kaki Alya menuju kembali ke dalam bilik lalu memejamkan matanya. Azman yang ternampak Alya sudah masuk ke dalam bilik, turut ikut sama.

"Kenapa sayang? Lapar?" soal Azman. Alya mengangguk kecil.

"Sayang siap. Tonight, we date together. Just you and me" kata Azman dengan mengenyitkan matanya. Alya pula tidak lambat dan terus bersiap menukar pakaian.

"Kami keluar dulu ye mom,dad." ujar Azman dengan sopannya.

"Nak pergi mana malam-malam ni?" soal Datin Fatimah bimbang.

"Date ibu. jangan kacau yee" pesan Azman dengan senyuman lebarnya.

"Hazim, Azam you stay here. Don't come with us" kata Azman kepada Hazim dan Azam. Mereka hanya tunduk akur. Boleh lah rehat lama sikit malam ni. Yes!

_____

Solihah dan Rafiq sedang bersiap keluar untuk makan malam. Puterinya turut sudah disiapkan. Mereka mengambil langkah menuju ke Anjer's Corner.

"Baby okey ke nak makan tempat ni?" soal Rafiq yang melihat isterinya seakan tidak berpuas hati dengan pilihannya.

"Baby okey je cuma, mahal sangatlah abang" rungut Solihah.

"Kita kan tengah spend time together. Tak salahkan abang nak keluarkan duit untuk baby abang sorang ni?" soal Rafiq sambil mencuit dagu isterinya. Solihah tertawa kecil dan mengangguk menandakan dia hanya ikut saja rentak suaminya itu.

{ARYAN♡ALYA}

"Abi, since when you fall in love with me?" tanya Alya ingin tahu. Azman memandangnya pelik.

"Kenapa sayang tiba-tiba tanya?" soal Azman kembali.

"Tak adalah. Sayang kan muda lagi. Honestly, sayang tak terfikir pun nak terima abi first-first dulu. Tapi disebabkan abang pujuk, sayang just follow the flow" kata Alya. Azman mengecilkan matanya. Tidak sangka pulak isterinya sejujur ini. Rasa sakit hatilah pula bila isterinya terlalu jujur.

"So, sayang tak in love with me lah?" soal Azman geram.

"Kalau abi nak tahu, abi kena jawab soalan sayang dulu" jawab Alya makin menggeramkan hati suaminya.

"Abi jatuh cinta dengan sayang since I saw you in Danial's office. Sound weird, but it's true" kata Azman dengan bangganya. Alya memandang mata suaminya mencari kejujuran di sebalik mata suaminya.

"So, you?" soal Azman tidak sabar.

"Me? why with me?" tanya Alya sengaja mengusik suaminya.

"Sayaaaang" leret Azman memanggilnya. Alya tertawa kecil.

"Sayang fall in love dengan abi since sayang panggil abi, 'abi'" jawab Alya. Azman tersenyum lebar.

"So, kalau tak panggil abi, tak sayanglah?" soal Azman menguji.

"Yess. Tak sayang langsung! Sebab ada orang tu suruh kita panggil dia hubby. Ergh, so lame" laju dia menjawab sambil memalingkan badannya ke arah lain. Package mengutuk plus mengungkit sekali.

"Ouh, okey. Kalau orang dah tak sayang kita nak buat macam mana" kata Azman lalu badannya bergerak seakan pergi dari situ. Tangan Alya laju menarik tangan suaminya duduk kembali.

"Eh, eh. Sekarang sayanglah. Duduklah abi" pujuk Alya manja.

"Betul sayang?" soal Azman cuba bertarik tali. Alya mengangguk laju.

"Kalau sayang, kiss me on my lips right now" kata Azman dengan menunjuk jarinya di bibir.

"No. Not now." jawab Alya ringkas. Tangannya disilangkan di dadanya menahan malu. Gila ke? Ramai kot sekarang ni. Azman tersenyum gembira dapat mengenakan isterinya.

"Sayang, abi nak tanya sikit boleh?" soal Azman. Alya mengangguk perlahan.

"Kenapa waktu sayang dapat gambar abi dengan Solihah, you just acting cool and relax like nothing happened. I mean, macam yang drama kita selalu tengok, wife mesti akan minta cerai tanpa fikir panjang just because kecewa. Tak pun, diorang akan lari. Why didn't you do that?" soal Azman perlahan takut emosi isterinya terganggu lagi-lagi isterinya sedang berbadan dua.

"Honestly, sayang memang ada terfikir macam tu. Tapi abang pujuk and cakap, 'perkara halal yang dibenci oleh Allah adalah talak and bergegar tiang arasy if seorang isteri meminta cerai'. So, I just need your explanation. And one more thing I want to remind you, my life is not like drama" kata Alya dengan tenangnya. Azman bangga dengan jawapan isterinya.

"Alya," tegur Solihah yang tidak jauh darinya. Tersentak Alya. Alya memandang empunya suara.

"It's me, Kak Ihah. Akak nak minta maaf dekat Alya atas semua kesalahan akak. Tolong maafkan akak" rayu Solihah dengan sayunya. Alya masih mendiamkan diri seperti keadaannya bersama Rafiq petang tadi. Alya memandang Azman disebelahnya.

"Your life is not like a drama, sayang" bisik Azman kepada isterinya. Sengaja ingin memulangkan semula kata-kata itu.

"Alya dah lama maafkan akak dengan suami" kata Alya tanpa memandang muka mereka.

"Mom, mom" ujar Aula dengan riang yang berada di dukungan Rafiq. Matanya tidak berhenti memandang Alya dari tadi. Alya mengangkat mukanya memandang wajah puteri kecil itu.

"Anak akak, Aula. Setahun" tanpa dipinta, Solihah mengenalkan anaknya.

"Aula nak dekat mom?" soal Rafiq kepada anaknya. Aula yang seakan faham kata ayahnya mengangguk laju. Rafiq meletakkan Aula di atas riba Alya.

"Hye, sayang. You look beautiful, honey" puji Alya ikhlas. Aula pula makin manja berada di ribanya mula memeluk Alya.

"Alya, akak rasa Aula suka dengan Alya. Akak duduk dekat sana ye" kata Solihah bila melihat anaknya sangat mesra dengan Alya walaupun baru berjumpa. Bukan cemburu namun anaknya jarang bergaul dengan orang sekeliling. Mungkin pembawakan bayi. Maybe.

"Sayang, ibu pergi makan dengan ayah dulu, ye. Sayang duduk dengan mom sekejap" kata Solihah kepada anaknya.

"Wait," panggil Alya keliru dengan panggilan mereka ketika ini.

"Kami biasakan diri ibu dan ayah. Aula panggil Alya mom, maybe dia tertarik dengan Alya" kata Solihah seperti mengetahui apa yang ingin ditanyakan. Tanpa berlengah, Rafiq dan Solihah mengambil tempat tidak jauh dari mereka.

"Hello, sayang" panggil Azman. Aula mengangkat mukanya memandang Azman. Mukanya mencebik seakan mahu menangis. Tak tahu takut untuk melihat muka Azman atau dengar suara Azman.

"Dad, sayang. Don't cry" pujuk Alya lalu mengusap lembut pipi anak kecil itu. Aula tertawa riang. Azman tersenyum melihat mereka.

"So, baby. Malam ni boleh lah kita bagi adik untuk Aula?" soal Rafiq dengan muka nakalnya.

"Kenapa pulak? Aula macam mana? Menangis pula dia nanti?" soal Solihah bertalu-talu.

"Mom dia boleh jagakan dia" kata Rafiq dengan menunjuk Alya di depan mereka.

"Baby okey je. Alya okey ke?" soal Solihah kerisauan.

"Baby okey? So, maksudnya baby dah tak sabarlah kan?" tanya Rafiq dengan nada menggoda. Solihah sudah tertunduk malu.

"Kita tanya Alya dulu. Jaga Aula untuk satu malam je" cadang Rafiq. Solihah mengangguk setuju. Mereka pasti Alya dan Azman boleh menjaga anaknya malam ini. Bila dilihat keakraban mereka dah seperti anak kandung lah pula. Langsung tak nampak kekok.

Selepas sahaja makan malam bersama, Alya dan Azman bersiap menuju ke kereta pulang ke homestay mereka.

"Alya, akak nak cakap sikit boleh?" soal Solihah lalu menarik Alya jauh dari Azman dan Rafiq. Aula di dalam dukungannya masih belum tidur malah matanya masih segar lagi.

"Boleh Alya jagakan Aula malam ni? Akak percayakan Alya. Rafiq kata dia nak bagi adik untuk Aula, so takut Aula ganggu boleh Alya jagakan?" terang Solihah secara terperinci dengan malu-malu. Alya tersengih lalu mengangguk.

"Anak ibu boleh kan tidur dengan mom malam ni?" soal Solihah lalu memegang pipi anaknya. Anaknya hanya tersenyum riang.

"Alya follow kitaorang dululah amik susu Aula" kata Solihah. Alya mengangguk lalu menuju ke kereta.

"Sayang, kenapa bawak Aula ni?" soal Azman pelik.

"Tonight, Aula sleep with us sebab parents dia nak bagi adik dekat Aula" jawab Alya sambil tersenyum memandang Azman.

"But sayang," belum sempat Azman mahu menghabiskan ayat, mulut Alya laju mengucup bibir suaminya. Tangannya sudah menutup mata Aula. Dengan cara itu sahaja dapat memujuk suaminya untuk bersetuju. Tangan kanan Alya menolak lembut dada bidangnya setelah tautan mereka terlalu lama.

"Boleh kan abi?" soal Alya manja.

"Sayang dah goda abi and tonight kita taknak bagi adik dekat Aathif?" tanya Azman dengan rajuknya.

"Aathif dah ada adik abi" kata Alya sambi menunjukkan perutnya. Azman mengalah. Boleh pulak terlupa dah nak jadi daddy untuk kali kedua.

_____

"Alya, Azman. Anak siapa pula kamu berdua bawa ni?" soal Datin Aslina terkejut.

"Anak kak Iha" jawab Alya ringkas.

"Kalau mama nak tanya about this, tomorrow please. Goodnight ma" laju Alya memotong lalu memeluk dan mencium pipi ibunya. Datin Aslina hanya menggeleng lemah.

"Aula tidur tengah?" soal Azman tidak puas hati. Alya menganggukkan kepalanya.

"But, why sayang?" tanya Azman lagi.

"Abi nak sayang tidur luar ke?" soal Alya kembali.

"No. How I want to hug you?" soal Azman dengan nada rajuknya.

"Ok, fine. Tonight mommy tidur tengah. But, daddy jangan buat hal eh" tegas Alya. Azman hanya mengangkat bahunya.

"Daddy tak dapat nak janji mommy" bisik Azman. Alya hanya menggeleng tidak percaya kepadanya.

"Goodnight, Aula" ucap Alya lalu mencium pipinya.

"Mom, mom" kata Aula. Alya hanya tersenyum melihatnya lalu mendodoikannya sehingga tertidur.

"Taknak wish dekat daddy?" soal Azman cemburu.

"Goodnight daddy" ucap Alya lalu mengucup sekilas bibir Azman. Azman tersenyum puas.

"Goodnight mommy" sambut Azman lalu mencium ubun-ubun isterinya.

"Goodnight my little charming" ucap Azman lalu mencium perut isterinya.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience