Di dalam kereta, Alya dan Azman masing-masing hanya mendiamkan diri mereka sahaja. Alya memicit perlahan tangannya yang kelihatan sedikit memerah dan bengkak. Sampai sahaja di rumah, Azman langsung tidak menoleh ke belakang melihat isterinya sebaliknya terus ke bilik mereka. Alya melajukan langkahnya seiring dengan suaminya. Kelihatan suaminya sudah berbaring di atas katil lalu dia mengambil tempat di sebelah suaminya.
"Abi," panggil Alya dengan perlahan. Azman hanya melihat sekejap sahaja muka isterinya sebelum kembali menutup muka. Dengan segera Alya turun dari katil, keluar dari bilik.
Azman mengeluh perlahan.
'Ingatkan nak pujuk orang, ni terus keluar bilik' dengus Azman sendirian.
Tak lama kemudian, pintu bilik terbuka kembali. Terlihat Alya sedang membawa kain berserta air suam di dalam mangkuk sederhana. Perlahan-lahan Alya mengambil tempat di sebelah suaminya lalu membersihkan bekas darah di tangan suaminya.
"Don't do that again. I really don't like it" pinta Alya lalu menuam lembut tangan suaminya yang makin kelihatan lebam. Setelah melihat tangan suaminya tiada darah, Alya mengangkat tangan kanan suaminya lalu mengucup lama.
"Alya betul-betul minta maaf abi" rayu Alya membuatkan Azman tersentak. Alya berlalu pergi keluar ke bilik. Azman tersenyum-senyum melihat tangannya yang berkurang rasa sakitnya. Azman ingin turun kebawah melihat isterinya namun terbantut apabila mendengar perbualan antara ibu mertua dan isterinya di dapur.
" Kenapa dengan tangan adik tu, sayang?" soal Datin Aslina kerisauan.
"Takde apelah ma, mama janganlah risau. adik okey je ni"
"Ni mesti Rafiq kan yang buat?" teka Datin Aslina
"Apa pulak sampai ke situ mama fikir. Tak baik buruk sangka tau" dalih Alya.
"Habistu suami adik yang buat macam tu?" soal mama lagi.
'Kenapa Alya nak pertahankan si tak guna tu! Ade jugak aku tumbuk muka dia lagi nanti!' bentak hati Azman.
"Bukan, bukan abang Azman yang buat. Ra-Rafiq yang buat"
"Kenape nak berdalih lagi adik?" tanya mama tak puas hati.
"Goodnight ma, love you" Terus sahaja Alya mengelak dan memeluk erat mamanya sebelum naik ke bilik. Azman juga turut masuk ke bilik takut kantoi.
"Kenape sayang tak bagitau abi tangan sayang pun sakit?" soal Azman dengan bodohnya sambil memeluk tubuh di tepi katil. Alya tidak mengendahkan soalan suaminya terus sahaja kakinya masuk ke dalam tandas.
"ALYA THALIA, I'M TALKING TO YOU" lantang Azman berkata membuatkan Alya berpusing ke belakang. Azman bangun dari duduknya dan terus menarik lengan Alya duduk di ribanya. Merona merah mukanya malu. Azman buat muka tidak bersalah selepas melihat muka Alya bertukar warna.
"From now, abi tak nak sayang pergi sekolah lagi" pinta Azman sambil melihat tangan isterinya.
"Mana boleh macam tu" Laju sahaja Alya menjawab.
"Kenape tak boleh? Bubu ade hak atas isteri bubu"
"abiiii" Alya meleretkan suaranya dengan nada manja sebaik sahaja matanya tertumpu pada halkum Azman. Azman pantas bertindak.
"No, you can't." Alya tersentak. Terkejut bila menyedari tangannya ingin menyentuh halkum menggoda suaminya.
"Tak bolehlah. tangan abi tengah sakit" suaranya separuh merajuk.
"Apa kena mengena pula?" soal Alya malu-malu.
"Mana boleh sayang je goda abi, abi pun nak goda sayang juga" tersenyum nakal Azman. Alya yang terkejut dengan senyuman yang diberikan oleh suaminya terus die berdiri.
"Ma-mane ade orang goda dia" tergagap Alya berkata. Azman hanya mengangkat kening kanannya dan bibirnya mengukir senyuman nakal.
"Are you sure?" sakat Azman lagi. Alya mengangguk laju.
"Come sit here, I want check your hand" pinta Azman lalu menepuk-nepuk pahanya. Alya hanya menurut.
"Sakit tak sayang?" soal Azman. Alya mengangguk. Azman melihat-lihat tangan isterinya lalu mengurut perlahan.
"Sayang, abi nak mintak sesuatu ni"
"Apadia?" berdebar pulak Alya bila suaminya cakap macam tu.
"Can you quit school?" pinta Azman.
"Mana boleh mcm tu. Kalau berhenti, macam mana dengan SPM?" soal Alya perlahan.
"Abi kan boleh tanggung sayang. Kalau sayang nak kerja pun, you can be my PA" ujar Azman selamba.
"Isy, abi ni, merepek. Dah pergi mandi lah" arah Alya lalu bangun dari pendudukannya.
"Sayang,abi buat semua ni bersebab tau" terhenti langkah Alya bila suaminya bersuara serius.
"Ape sebabnya?" tanya Alya sambil berpeluk tubuh.
"I want to protect you. Lagi satu, tahun depan tak adalah sayang always extend school je" Azman tersenyum nakal
"Kenapa pula?" tanya Alya lagi. Kalini terdengar nada malas dalam pertanyaanya.
"Nanti sayang pregnant, kan susah nak pergi school" Azman memuncungkan mulutnya. Mata Alya membulat terkejut dengan jawapan suaminya.
"ABI!" Alya menjerit geram sambil mengetapkan rapat giginya. Azman buat pekak telinga terus pergi ke bilik air sambil ketawa besar. Suka dirinya melihat muka isterinya memerah kerananya.
For you, dear reader. Always.
Share this novel