BAB 22: DNA

Romance Completed 5630

Pagi ini, Solihah bersiap-siap untuk pergi ke hospital untuk membuat ujian. Hatinya tersenyum riang dengan senyuman yang tidak lepas. Sebelum pergi ke hospital, Solihah singgah melawat Rafiq di penjara. Duduk sahaja Solihah di depan Rafiq, senyumannya terus mati.

"Kenapa akak nak jumpa Raf?" soal Rafiq.

"Aku pregnant" jawab Solihah ringkas dengan muka bengisnya.

"Alhamdulillah. Anak Raf kan?" soal Rafiq gembira.

"Soalan apa yang kau tanya ni? Dah tentu-tentu aku buat dengan kau kan?" soal Solihah dingin.

"Berapa bulan?" soal Rafiq dengan senyuman lebar.

"Nak masuk 5 bulan dah" jawab Solihah.

"Aku balik dulu lah. Aku datang nak bagi tahu tu je. Bye" Solihah gerak ke hospital dengan berwajah masam. Habis hilang moodnya bila berjumpa Rafiq. Lain pula dengan Rafiq, senyumannya tidak lepas dan hatinya berbunga-bunga mendengar berita itu.

Sampai sahaja di hospital, Solihah mengeluarkan helaian rambut Rafiq yang diambilnya dulu. Keluar sahaja keputusan, Solihah tersenyum dengan senyuman yang penuh makna. Maklumlah 99.9% akan jadi anak 'Azman'.

'Kau tunggu Alya' desis hati Solihah dengan senyuman sinisnya. Solihah mengeluarkan telefonnya dan memberitahu Alya untuk berjumpa.

{ARYAN&THALIA}

Pagi ini, seperti biasa Hazim akan menyediakan makanan buat majikannya kerana Puan Muda tidak berapa sihat. Turun sahaja Azman dan Alya di meja makan, Azam dan Hazim turut duduk. Itulah rutin harian mereka sejak Alya mengandung.

"Sayang, jom keluar" ajak Azman. Alya menggelengkan kepalanya. Kebelakangan ini, kakinya terasa sangat sakit, badannya terasa letuh dan ingin memuntahkan makanan yang masam dan berbau sikit.

"Jomlah, sayang. Kesian Hazim dengan Azam asyik duduk kat rumah je" pujuk Azman. Sengaja dia menggunakan name bodyguardnya kerana dia tahu Alya mesti kesiankan mereka. Hazim dan Azam memandang sesama sendiri. Alya hanya akur. Dia faham keadaan Hazim dan Azam yang selalu duduk berjaga pada waktu malam dan pagi menyediakan makanan untuk mereka pula. Azman tersenyum riang.

"Kenape tak makan puan?" soal Azam melihat Alya makin berhenti menyuap ke dalam mulutnya. Alya hanya menggeleng. Tiba-tiba notificationnya berbunyi. Alya segera melihat. Alya membalas mesej tersebut dengan muka monyok.

"Abi, kite singgah taman rumah mama eh nanti" Azman hanya mengangguk.

Selepas makan, mereka bersiap-siap untuk keluar.

"Kenapa sayang pakai cantik-cantik ni? nak pergi jumpa siapa?" soal Azman apabila melihat Alya berpakaian sedikit lawa tak seperti hari-hari lain. Alya memandang pakaiannya.

'Ape yang lawanye? abaya warna cream dengan tudung shawl cream. itu je' detik hati Alya. Alya hanya menggelengkan kepalanya dan turun ke bawah.

Sebaik sahaja Solihah nampak kereta milik Alya, terus berubah mukanya kepada riak sedih.

"Sayang, kenapa jumpa dia?" soal Azman sedikit cuak.

"Sayang ada nak bincang sikit dengan dia"  jawab Alya dengan tenang.

"Abi ikut" pinta Azman. Alya menggelengkan kepalanya tidak bersetuju.

"Suruh Azam atau Hazim ikut" pinta Azman lagi.

"Tak payah. Sayang pergi sekejap saja. Dalam 5 minit. Kalau sayang tak balik lagi, baru abi datang okeyh?" Alya cuba menenangkan hati suaminya lalu membuka pintu. Sempat dia mencium pipi suaminya.

"Alya, akak harap Alya sabar dan tolong maafkan kami" pinta Solihah sebaik sahaja Alya duduk di sebelahnya.

Azman, Hazim dan Azam hanya memerhati jauh di dalam kereta. Solihah mengeluarkan sampul surat dan memberi kepada Alya. Alya membuka sampul suratnya. Mahu sahaja dia pengsan di situ sebaik sahaja melihat keputusan itu namun, pesan abangnya dia tetap ingat. Wajah Alya tidak berubah. Tiada kerutan, pelik, atau terkejut di wajahnya. Apatah lagi tangisan. Solihah pula yang cemas apabila melihat wajah Alya yang tenang saja selepas melihat keputusan itu.

"So?" soal Alya apabila keadaannya mula terkawal.

"Akak dah takda apa-apa Alya. Macam mana dengan anak akak lepas ni?" soal Solihah dengan teresak-esak. Alya bangun berdiri ingin pergi.

"Pandai buat, pandailah tanggung" jawab Alya terus berlalu pergi. Alya mengeluarkan telefonnya terus menghubungi Danial.

"Adik nak jumpa abang petang ni dekat rumah Azman Aryan" kata Alya dengan datar dan terus mematikan panggilan.

'Dah kenape pulak dengan dia ni' soal Danial dengan peliknya.

Kertas yang dipegangnya digenggam erat sehingga dia masuk ke dalam kereta.

"Itu je yang kau jawab Alya? Penat aku nangis, keluarkan air mata, kau buat tak endah je? kau tunggu kau!" marah Solihah terus pulang ke rumahnya.

"Kenapa sayang?" soal Azman yang melihat Alya merenung tajam ke arahnya. Alya tidak menjawab lalu membuang pandangannya ke luar. Hazim terus membawa kereta pergi ke shopping kompleks.

Sampai sahaja di kedai makan, Hazim dan Azam diarahkan untuk pergi berjalan buat seketika sehingga mereka dipanggil. Selepas mengambil order, Azman mula bercakap apabila isterinya hanya berdiam sejak berjumpa dengan Solihah sebentar tadi.

"Sayang kenapa ni?" soal Azman sambil tangannya menggenggam erat tangan isteri yang berada di sebelahnya. Alya mengeluarkan surat yang diberi oleh Solihah. Terbuntang luas mata Azman melihat keputusan tersebut. Dia melihat wajah Alya yang tenang itu.

"Sayang percaya ke?" soal Azman dengan sayunya.

"Of course" jawab Alya ringkas namun mampu mengguris hati suaminya. Azman makin mengeratkan genggamannya.

"Dahlah, kita tengah makan. Bukan nak dengar penjelasan dari awak"  panggilannya sudah berubah daripada 'abi' kepada 'awak'. Wajah Azman tegang semacam sehingga mereka habis makan. Moodnya hilang ingin berjalan-jalan bersama isterinya.

"Kita nak ke mana Tuan?" soal Azam inginkan kepastian.

"Kau nampak aku ada mood ke sekarang ni?! Balik rumahlah!" bentak Azman tiba-tiba. Azam tersentak lalu terus gerakkan kereta pulang ke rumah.

"Jangan disebabkan kemarahan awak, orang lain pula kena tempiasnya" jawab Alya selamba. Azman mendengus kasar.

Sampai sahaja di rumah, Azman meletakkan kepalanya di sofa ruang tamu. Alya mengambil tempat di sebelah suaminya. Tangannya memeluk erat pinggang suaminya dan kepalanya diletakkan di dada bidang Azman.

"I trust you. Sayang saja nak tengok reaction abi. Don't be like this. Kesian baby terkejut dengar daddy menjerit tadi" tangannya mengusap lembut perutnya yang sedikit membesar.

"Sorry sayang. I'm truly sorry" Azman memeluk isterinya. Alya menggelengkan kepalanya.

"Ehemm" deheman itu menyentakkan pasangan itu. Alya melepaskan pelukan mereka lalu bangun dan menarik tangan abangnya membawa masuk ke dalam bilik.

"Abi jangan naik. Naik je, tidur luar malam ni" ugut Alya lalu berjalan laju ke dalam bilik bersama Danial. Azman hanya tersenyum sinis. Oh, dah pandai menugut sekarang.

Alya menunjukkan surat itu kepada abangnya. Danial tersenyum sinis melihat. Tahu apa yang perempuan itu akan lakukan.

"Let's play 'her' game. We will find out who the baby's father actually is" kata Danial tersenyum sinis. Alya turut tersenyum sinis.

{ARYAN&THALIA}

Solihah melangkah lemah masuk ke dalam rumahnya. Sudah dua hari Solihah asyik terperap di biliknya. Ayahnya pula selalu membebel selepas mengatahui keputusan itu. Ayahnya membuka pintu biliknya menggunakan kunci pendua. Dah tak tahan melihat anaknya seperti mayat hidup. Dua hari terperap dalam bilik, balik tadi terus masuk bilik dan dikuncinya. Ditanya kenapa, dijawab baik saja.

"Sampai bila kau nak macam ni Iha? aku nak kau pergi jumpa dengan Azman, suruh dia bertanggungjawab. Aku tak larat nak tanggung kau macam ni sedangkan bapak budak tu pun tak jenguk kau! Kau pegi jumpa dia hari ni suruh dia sah kan kau!" tengking Encik Rahim. Solihah tersenyum lebar apabila ayahnya sudah memberi greenlight kepadanya.

"Kejap lagi Iha pergi ayah. Ayah keluarlah Iha nak tukar baju" Selepas sahaja ayahnya keluar, dia terus mencapai telefonnya dan menghubungi Alya.

'Nak call Azman, confirm die taknak. Baik aku pujuk isteri dia dulu' desis hati Solihah.

To:Alya
Akak nak jumpa Alya dekat taman, tempat biasa

Selepas sahaja mendapat balasan dari Alya, Solihah terus menyiapkan diri dengan senyuman di bibir.

'Ni mesti ada apa-apa' desus hati Alya.

'Tak lain tak bukan, nak pujuk aku kahwinkan dia dengan Azmanlah ni' desis hati Alya lagi.

Alya turun ke bawah untuk memberitahu suaminya. Suaminya hanya mengizinkan sahaja kerana tidak mahu termakan dengan pujukan serta godaan isterinya memandangkan si isteri sedang mengandung. Sebaik sahaja sampai di taman, Alya cuba meneutralkan keadaannya dan emosinya sebelum berjumpa dengan Solihah. Dia mengambil tempat di sebelah Solihah.

"Alya, akak nak bagitau sesuatu" Alya hanya mengangkat keningnya. Malas nak bercakap banyak dan bazirkan air liur dengan penyondol yang tiada taraf ni.

"Akak dah buat keputusan untuk Azman bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Akak taknak anak akak lahir tanpa bapa" ujar Solihah dengan suara sayunya.

'Aku dah agak dah' desis hati Alya.

"Nanti Alya bagitahu pada Azman. Alya balik dulu" Alya berlalu pergi dengan wajahnya yang masih tenang. Solihah sudah tersenyum lega namun sedikit ragu dengan jawapan Alya tadi. Mengapa dia masih terlihat tenang?

{ARYAN&THALIA}

Alya memanggil Azman dan Danial duduk di ruang tamu. Alya memberitahu dan menceritakan semuanya kepada mereka.

"So, sayang nak abi setuju" ujar Alya dengan keputusan yang muktamad.

"No, sayang! Why you like this?!" bentak Azman kecewa. Tidak disangka isterinya akan berkata begitu.

"Relax bro. Let's play OUR game" ujar Danial dengan senyuman yang penuh makna tersirat.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience