BAB 4: MENCUBA

Romance Completed 5630

Hari ini ialah hari kedua Alya mimpi dan meracau perkara yang sama. Mimpi dan racau Alya makin lama makin menakutkannya. Danial pula terlalu buntu untuk melakukan apa. Alya juga menegaskannya untuk tidak memberitahu orang tuanya. Pasti kerisauan orang tuanya lebih teruk berbanding kerisauan mereka.

Alya pergi ke sekolah seperti hari-hari biasa. Pada waktu rehat, Alya terlampau runsing memikirkan cara untuk cuba mengatasi mimpinya dan bertambah lagi masalah peminatnya yang tidak berhenti memberi hadiah. Dia pergi ke tandas untuk membasuh mukanya. Beberapa minit selepas itu, matanya seakan gelap dan badannya terasa lemah. Alya rebah di lorong menuju ke tandas perempuan.

"Siti, kau ada nampak Alya tak?" Rafiq bertanya.

"Dia pergi tandas tadi, entahlah. Tak balik-balik lagi ni"

"Lamanya dia pergi tandas" Rafiq pelik.

"Kau kenape ek nak jumpa die?" soal Siti pulak.

"Apa aku nak buat, kau tak payah taulah. Aku nak jumpa dia jee." jawab Rafiq

"Kejaplah aku gi cari dia" kata Siti bangun lalu pergi mencari Alya. Rafiq turut membontoti langkah Siti. Sampai di lorong menuju ke tandas,Siti dan Rafiq terlihat seorang figura terbaring lantas mereka berlari menuju ke figura tersebut.

"Ya Allah, Alya! Kau kenape ni. Alya bangun"Siti menampar-nampar pipi Alya untuk mengejut Alya. Tanpa berlengah, Rafiq mengangkat Alya pergi ke bilik rawatan.

{ARYAN&THALIA}

Danial yang baru sahaja mendapat panggilan dari pihak sekolah mengenai Alya, terus meninggalkan pejabatnya pergi ke sekolah. Laju keretanya memecut di atas jalan raya menuju ke sekolah. Tidak difikir lagi dengan lampu isyarat. Sampai di bilik rawatan, Danial diarahkan untuk membawa Alya ke klinik selepas menyedarkan diri. Tidak menunggu Alya sedar, dia terus mengangkat Alya pergi ke keretanya. Siti dan Rafiq menghantar barang sekolah Alya serta makanan-makanan yang dia dapat.

"Siti, balik nanti naik je Pak Ayob okeyh? Kalau mama tanya mana Alya, bagitau abang bawa keluar sekejap" arah Danial. Siti hanya mengangguk mengerti.

{ARYAN&THALIA}

Di hospital, Alya ditahan ward untuk mengisi air dalam badannya kerana badannya ketika ini terlalu lemah dan suhu badannya naik panas dengan mendadak.

"Abang," suara serak Alya membangunkan Danial yang dari tadi menundukkan wajahnya ke bawah memandang katil tempatnya. Laju Danial berpaling sebelum memeluk adiknya.

"You, okay? Why you like this? Why didn't you tell me?" bertalu-talu soalan yang diberi oleh Danial. Alya tersenyum gembira mendengar soalan abangnya.

"Why I'm here?" soalan Danial tidak dijawabnya.

"Answer me first!" suara Danial sedikit meninggi bila adiknya tidak menjawab soalannya.

"I don't know. I don't remember anything. I just want to go to toilet" terang Alya.

"You sure? Doc said you fever. You really don't know?" soal Danial lagi. Alya laju menggeleng kepalanya.

"Mama papa tau adik dekat sini?" soal Alya. Danial menggeleng. Alya hembus nafas lega.

"Now tell me. What's on your mind right now" arah Danial. Alya hanya diam. Takut untuk memberitahu abangnya.

"Tell me the truth!" suara Danial makin meninggi sehingga menampakkan urat-urat di lehernya. Terhinjut bahu Alya mendengar suara abangnya.

"Adik cuba untuk tak fikirkan mimpi tu but, makin adik try lupakan, makin sakit kepala adik" terang Alya.

"That's it?" soal Danial. Alya geleng. Danial setia menanti jawapan adiknya.

"Adik tak selesa bile hari-hari dapat present, abang. Yes, I bersyukur sangat but not this way. I also know they like me, but don't disturb my own privacy" terang Alya. Danial duduk di sebelah Alya lalu meletakkan kepala adiknya di bahunya.

"I know it's not easy, right?" Alya mengangguk.

"Adik jangan push yourself if you can't, okay? Air ni habis je kita balik rumah" Alya hanya mengangguk

{ARYAN&THALIA}

Di rumah Dato' Datin pula,mereka menunggu kedua-dua anak mereka pulang ke rumah. Datin Aslina makin risau bila anak-anaknya belum muncul.

'Hari makin gelap. Batang hidung dua budak bertuah ni tak nampak lagi. Mama calls you all tak angkat, mama mesej, not reply' monolog Datin Aslina dalam hati.

"Sayang, you buat apa tunggu depan pintu tu?Diorang sampai, Che Yah bagi taulah kitaa. You sit here my dear" arah Dato' Mateen sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya.

"I tak boleh lah darling, hati I ni rase tak sedap."

"You jangan fikir bukan-bukan. Insya Allah diorang sampai sekejap lagi. Siti pon cakap Nial yang bawak adikkan? come here sayang" pujuk Dato' Mateen lagi. Datin Aslina mengambil tempat di sebelah suaminya duduk.

Beberapa minit kemudian, kereta Audi R8 biru Danial mula mengaum kuat di parking kereta rumahnya. Datin Aslina yang dengar bunyi kereta Danial terus keluar ingin menyambut mereka.

"You all pergi mana? kenapa mama call, mesej you all tak angkat, reply?" soal Datin Aslina yang penuh dengan kerisauan.

"Sorry maa, handphone Nial habis battery. Phone adik plak dalam beg tak perasan pulak yang mama call" terang Danial.

"Aish, ade-ade jelah you all ni. dah pegi masuk room masing-masing mandi. Then, kita dinner sama-sama" arah Datin Aslina. Datin Aslina kembali duduk ditempatnya, Danial berjalan menaiki tangga masuk ke dalam biliknya. Alya terhenti di belakang Dato' Mateen.

"Papa, abang ada bende nak cakap dengan papa after dinner" kata Alya. Dato' Mateen hanya mengangguk. Danial yang terdengar Alya menyebut tentangnya terhenti di tangga.

"Why don't you tell me first?" soal Danial dalam keadaan berbisik.

"Abang, kita dah discuss dekat hospital tadikan? Just tell them but, remember not everything"  tanpa berlengah, Alya terus masuk ke biliknya. Danial melepaskan keluhan kecil dan turut melangkah ke biliknya.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience