Di dalam bilik, Siti melihat Alya termenung di balkoni biliknya. Dengan segera Siti pergi ke arah sahabatnya itu.
"Babe, kau kenape ni?" soal Siti sambil mengusap lembut bahu Alya.
"Entahlah Siti. Aku pon tak tau. Banyak sangat bende yang aku pikir sekarang ni" jawab Alya lalu meletakkan kepalanya di bahu Siti.
"Cube kau bagi tau aku, kenapa? jangan simpan sorang-sorang. Aku kan ade" Siti cuba menenangkan Alya.
"I think everything about our school. Exam, teacher, secret admire and the most important, Rafiq" jawab Alya. Diperlahankan suaranya pabila menyebut nama 'Rafiq'
"Everything gonna be okay. Trust me" pujuk Siti. Sejujurnya, dia turut risau bila memikirkan mengenai itu semua.
"Dahlah tak payah pikir sangat. Let's study"ajak Siti sengaja menukar topik.
{ARYAN&THALIA}
"Mama, papa" panggil Danial yang baru sampai di pintu belakang rumah.
"Tuan," belum sempat Che Yah ingin berkata, Danial terus memberi begnya kepada Che Yah.
"Abang, stop do that to Che Yah" larang Alya dengan tegas. Sedikit terasa apabila abangnya melayan Che Yah seperti orang gaji. Mama dengan papa pon layan Che Yah macam seorang ibu kandung.
"Takpe Cik Muda, ini Che Yah punya kerja." laju Che Yah menjawab membela anak sulung majikannya.
"Lepasni, Che Yah tak payah bawak beg abang. Che Yah just buatkan air untuk abang SAHAJA" pinta Alya dengan serious.
"Takpe Cik Muda,"
"Che Yah ikutkan je, ok?" pantas Danial memotong dan mengarahnya. Che Yah pantas mengangguk lalu terus pergi ke tingkat atas meletakkan beg anak majikannya.
"Again, and again?" soal Alya kepada abangnya yang dari tadi berpeluk tubuh.
"Salah ke ape yang abang buat?" soal Danial kembali.
"Memanglah tak salah. You grew up. There is a brain to think" jawab Alya.
"Okey, I won't do that again. Mama papa mane?"
"Abang, adik nak tanye something ni" Alya membiarkan sahaja soalan abangnya dan bertukar pada pembicaraannye. Danial hanya mengangkat kening menandakan apadia kepada adiknya.
"Adik cerita dalam bilik abang eh? Jom!" laju sahaja Alya menarik lengan abangnya masok dalam bilik Danial.
"Now, what?" soal Danial sebaik sahaja masuk ke dalam bilik sambil berpeluk tubuh di kerusi sambil mengangkat keningnya.
"Abang ade kawan nama Azman kan?"soal Alya sambil memanjat katil king abangnya.
"Yeah, why?"
"Dia tu baik ke orangnya?" soal Alya teragak-agak.
"Kalau dia tak baik, takdelah abang berkawan dengan dia" jawab Danial selamba.
"Abang adik serius sekarang ni" riak wajah Alya yang tadi ingin tahu bertukar kepada mood serius.
"Now tell me why you want to know about Azman?" soal Danial turut serius.
"Kalau adik cakap, abang janji jangan bagitau mama, papa" Alya mula menundukkan mukanya. Perasaanya sama ketika ingin meluahkan pada Siti, tapi ini 2 kali takut perasaannya. Danial hanya mengangguk.
"Adik ada mimpi dia kawin dengan adik sekarang ni" Alya memperlahankan suaranya.
"This year?" soal Danial tidak dapat menutup rasa terkejutnya. Alya mengangguk.
"Are you kidding me Alya? you still young. baru 16 kot" Danial mula meninggikan suaranya.
"Yeah, I know. but itu just mimpi, Siti kata. Dah banyak kali adik mimpi benda yang sama, abang" adu Alya sambil menahan tangisannya hingga terhinjut-hinjut bahunya.
Danial bangun dari pendudukannya lalu memeluk adiknya untuk menenangkan adiknya. Dia harus faham akan adiknya yang takut dengan peristiwa itu. Lagi-lagi mimpi yang berulang ditambah lagi umurnya ketika ini. Belum pernah terfikir lagi mahu berkahwin.
"Shhhh. Stop crying sayang, nanti mama ngan papa dengar, risau diorang" Danial memeluk dan mengusap belakang adiknya.
"Since when you dream that?" Soal Danial sambil mengelap air mata adiknya.
"Dah lame and last night the dream came again" Alya meletakkan kepalanya di dada bidang abangnya.
"Why didn't you tell me before?" soal Danial kerisauan.
"I'm scared" Alya menangis kembali.
"Shhhh. It's okay. I'm here" Danial tidak berhenti memujuk adiknya sehingga adiknya terlena dalam dakapannya.
{ARYAN&THALIA}
"Abang, mana Nial ni tak balik-balik, bukan ade banyak kerja pun dekat pejabat tu. Tak pernah-pernah balik lambat macam ni. Dahlah tak bagitahu saya" bebel Datin Aslina kepada Dato' Mateen.
"Sekejap lagi sampailah tu" jawab Dato' Mateen ringkas.
Beberapa minit lepas itu, Datin Aslina dan Dato' Mateen berlalu ingin masuk ke bilik mereka namun terserempak Danial mengangkat Alya masuk ke biliknya sambil membuat mulut untuk tidak berkata dahulu.
"Nial, bila sampai?"soal Dato' Mateen kepada Danial yang baru keluar dari bilik Alya.
"Dah lama dah. Sorry tak jumpa mama papa dulu, adik dah tarik Nial masuk bilik." terang Danial.
"Alya menangis ke Nial?" tanya Datin Aslina.
"Tak adalah. Kenapa dia nak menangis pulak?" soal Danial kembali.
"Baru pukul 9 dah tidur. Dia tak tengok drama favorite dia ke sekarang ni. Selalunya dia lah yang menghadap tv waktu-waktu macam ni" jawab Datin Aslina pelik.
"Dia penatlah tu sampai tertidur dalam bilik Nial"
"Nial jangan nak sorok ape-ape dari mama" kata Datin Aslina cuba mengorek apa yang terjadi kepada Alya. Dia yakin yang anaknya itu menangis. Tidak mudah anak bongsunya akan tidur jam sebegini jika bukan kerana menangis.
"Buat ape Nial nak sorok dari mama, tak de ape-ape pun. Nial masuk bilik dulu. Goodnight ma, pa" terus Danial masuk ke biliknya.
"Goodnight" jawab mama dan papa serentak
{ARYAN&THALIA}
Jam menunjukkan pukul 4:45 pagi. Alya mula meronta-ronta ketakutan kerana mimpi yang sama. Peluh di badan Alya membasahi baju dan muka Alya mula kemerahan. Jeritan Alya bergema di dalam bilik tidurnya.
"MAMA!"
"MAMA!"
"NO! MAMA!" Alya menjerit kuat dan menangis teresak-esak.
"Ya Allah, Cik Muda kenapa nii??" tanya Che Yah terkejut bercampur takut. Digoncang tubuh kecil itu untuk membangunkan anak majikannya. Namun tiada jawapan dan masih meracau seperti sedang kerasukan. Che Yah dengan pantas berlari ke bilik Danial untuk memberitahu mengenainya.
"Tuan Danial, Tuan Danial, Cik Muda, Tuan Danial" nafas dan percakapan Che Yah tidak teratur dek kerana ketakutan selepas melihat Alya sebentar tadi. Terus sahaja Danial bangun selepas mendengar nama adiknya disebut terus berlari kebilik Alya.
Dilihat adiknya berpeluh habis dan meronta-ronta di atas katil sambil menjerit kuat.
"Ya Allah, kenapa ni adik? Bangun, dik!" jerit Danial cuba mengejut Alya dari tidurnya. Tidak berputus asa mengejut adiknya yang sedang mengigau teruk.
"Adik, bangun sayang"
"ALYA!" suara Danial semakin meninggi mengejut Alya. Alya membuka matanya yang penuh dengan air mata. Terlihat abangnya lalu dipeluk abangnya kerana ketakutan yang amat takut dia rasai. Danial mengelap peluh dan air mata yang mengalir di muka adiknya. Mulutnya pula tidak berhenti berkata 'takut'. Danial segera menyuruh Che Yah mengambil air dibawa kebilik dan tidak mengejutkan Dato' dan Datin.
Apabila tangisan Alya semakin reda, Danial cuba untuk tidurkan Alya namun, Alya berkeras tidak ingin tidur kembali.
"Adik, kenapa ni?" tanya Danial dengan nada perlahan dan memujuk. Danial menarik Alya duduk di ribanya.
"Adik takut abang" adu Alya dan tidak lepas memeluk erat abangnya. Baju Danial digenggam kuat untuk menunjukkan perasaan takutnya tidak pernah seteruk ini.
"Adik mimpi yang sama?" soal Danial
"Mama, mama tak nak terima adik" teresak-esak tangisan Alya.
"No, sayang. Mama always loves you. Stop crying please" pujuk Danial lembut sambil mengucup dahi adiknya.
"Adik betul taknak tidur? abang temankan" Danial tanya kembali. Laju sahaja Alya menggelengkan kepalanya.
"Adik takut abang"
"Abang ada. Jangan fikir yang bukan-bukan, sayang" pujuk Danial sambil mengusap-usap belakang Alya yang mula menggigil ketakutan semula.
For you, dear reader. Always.
Share this novel