BAB 5: TAHU

Romance Completed 5630

Selesai sahaja makan malam, Alya terus masuk ke biliknya. Datin Aslina hanya melihat anaknya dengan panahan mata risau.

"What you want to tell me Nial?" soal Dato' Mateen tanpa berdalih.

"Nial rasa adik kena ada sekali. Let me call adik" Danial menaiki tangga dan menuju ke bilik memanggil Alya. Danial mengetuk pintu bilik Alya. Apabila mendengar diberi masuk, Danial terus masuk ke bilik.

"Adik come, join us" ajak Danial. Alya menggeleng tidak setuju.

"Don't worry. Kita try slow talk. Just bagitahu apa yang sepatutnya mama papa tahu, can?" Danial tetap memujuk adiknya. Setelah berfikir lama, akhirnya mereka turun ke bawah jua.

"Sorry ma,pa"

"Sebelum Nial nak bagitau, mama and papa kene janji dengan Nial yang mama and papa takkan terus push adik okey?" pinta Danial. Dato' dan Datin mula pandang sama sendiri.

"Kamu tak cakap lagi macam mane mama nak push?" soal Datin.

"Mama, I'm serius right now" Datin menurut walaupun dadanya rasa tidak enak.

"Alya ade mimpi bukan-bukan lately ni. Mimpi yang mampu ganggu tidur dia sampai tiga kali dia meracau" terang Danial. Dato' dan Datin dah mula menunjukkan riak risau di muka mereka.

"Adik mimpi apa sayang?" soal Datin Aslina.

"Dia berkahwin dengan kawan Nial, Azman and this year. Yang buatkan Nial risau dekat adik, dia meracau, menangis, berpeluh, and menjerit-jerit ketakutan. Bukan sekali je ma, pa dah 3 hari adik mcm ni. Semalam, kitaorang balik lambat bukan sebab keluar makan, adik kene tahan ward sebab badan die terlalu lemah" luah Danial kepada orang tuanya. Dia tidak ingin menyimpan lagi rahsia adiknya. Adiknya juga adalah tanggungjawab ibu bapanya.

"Enough, abang" bantah Alya, tidak ingin Danial memberitahu semua mengenai mimpinya. Dia tidak ingin melihat kedua ibu bapanya risau akan masalahnya.

"Why adik?! You yang nak sangat kan abang bagitahu mama papa? why you stop me?" soal Danial dengan sedikit meninggi. Dia berharap agar mama dan papanya dapat membantu satu-satunya adiknya itu.

Alya yang tidak ingin melihat air muka kerisauan ibunya terus masuk ke dalam bilik. Danial, Dato' dan Datin hanya melihat Alya pergi ke biliknya. Mereka pasti memang sukar untuk Alya menghadapi perkara tersebut. Danial menyambung luahan dan rahsia Alya pada malam itu. Lega hatinya dapat meluahkan yang terbuku selama ini.

{ARYAN&THALIA}

Dua hari kemudian, keadaan Alya masih sama dan kerisauan ahli keluarganya makin meninggi. Malam semalam, Alya membuat keputusan untuk tidak tidur dan tidak hadir ke sekolah. Betapa risaunya Datin Aslina melihat mata Alya yang sembab teruk dek kerana tidak tidur semalaman. Alya amat menakuti perkara yang dia mimpikan menjadi satu kenyataan. Dato' dan Datin makin risau melihat muka anak bongsunya yang nampak keletihan kerana tidak cukup tidur. Bila disuruh tidur, pasti jawapannya 'mimpi tu mesti akan datang'. Dato' dan Datin mula memikirkan cara untuk mengatasi masalah anaknya.Pasti akan ada cara untuk mengatasinya.

"Mama, adik nak keluar dengan Siti harini, boleh?" pinta Alya dengan perlahan. Datin hanya mengangguk membenarkan anaknya keluar untuk mengambil angin sebentar setelah terperap di dalam bilik.

{ARYAN&THALIA}

"Alya, aku bawak Rafiq sekali harini tau" bisik Siti pada Alya.

"Kenapa kau bawak dia?" bisik Alya kembali dengan tidak puas hati. Siti hanya mengangkat bahunya dan tayang muka tidak tahu. Sejujurnya Rafiq yang berkeras untuk mengikuti mereka. Alya terus mencari kelibat Rafiq untuk meminta keterangan.

"Rafiq,sini sekejap" panggil Alya. Rafiq laju mendekati Alya dengan senyuman yang tidak pernah putus.

"Awak ni sengaja ke apa nak ikut kita orang?" soal Alya tidak puas hati.

"Yelah. Bile saya tau je awak nak datang sini, saya terus ikut kereta awak." terang Rafiq dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.

"Saya tak sukalah awak ikut kita orang. Kami nk bincangkan hal privasi kami"

"Yeke awak tak suka? Kalau awak tak suka tak delah haritu awak terpukau dengan halkum saya ni kan?? sampai pegang-pegang halkum saya. Itu tak suka ke namanya?" soal Rafiq ingin mengenakan Alya. Suka hatinya melihat muka Alya yang putih itu merona merah dek kerana malu dengan tindakannya pada Rafiq tempoh hari.

"Setakat pegang halkum awak tu, apalah sangat. saya takkan terjatuh cinta kat awak punlah" laung Alya membuatkan Rafiq tersentak. Rafiq yg mendengar ayat itu keluar sendiri dari mulut Alya terus pergi meninggalkan Alya dan Siti di situ.

'Tau pun nak pergi. orang nak keluar dengan member, die sibuk nak join' desis hati Alya.Tersenyum puas Alya bila melihat Rafiq meninggalkan mereka tanpa menoleh ke arah mereka lagi.

"Kenapa dengan Rafiq tu?" soal Siti yg dari tadi hanya melihat Alya dan Rafiq berbual santai. Alya mengangkat bahu terus menarik lengan Siti pergi ke butik baju Lara Aisyah yang terkenal di Selangor.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience