Sepanjang perkhemahan berlangsung, Siti hanya memikirkan keadaan Alya. Rasa serba salah menguasai dirinya bila dia tidak dapat berita dari sahabatnya itu sejak semalam.
'Kalau aku tak suruh Alya pegang pokok tu, mesti semua ni takkan jadi' monolog Siti sendirian. Tidak berhenti dia memikirkan Alya.
Telefon berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Terkejut dia apabila nama Alya muncul di skrin telefonnya. Dengan segera dia mengangkat.
"Hello Alya, kau okey tak? aku mintak maaf sangat-sangat weh. Kalaulah aku tak suruh kau pegang pokok tu, mesti takkan jadi macam ni. Patutnya kaki aku je yang terseliuh, bukannya kau" kata Siti serba salah. Habis lupa nak bagi salam semua.
"Kau rap ke apa Siti? kau nak sangat terseliuh ke ha?"
"Aku bukan apa, asyik kau je yang sakit. takkan aku nak tengok kawan aku je yang sakit" jawab Siti sedih.
"Awhhh, so sweet. Tapi aku okeylah, sakit sikit je"
"Lega aku dengar. Abang Azman mesti marah kau kan?" teka Siti.
"Hmmm"
"Aku dah agak dah. Kau cakap ngan dia jangan marah kau lagi. ni semua salah aku bukan salah kau." marah Siti apabila Azman tidak berpihak kepada Alya.
"Abang tak marah pun. Abang risau jee" jawab Azman di sebelah sana.
"Weh, kau asal tak cakap dia ade kat situ. kau memang sengaja kan bukak loudspeaker biar aku kena marah" gelabah Siti dibuatnya.
"Dia tak marah kau pun, chill lah. Aku call kau ni nak bagitahu yang aku okey. Jangan fikirkan sangat okeyh. aku letak dulu bye. Assalamualaikum kesayanganku"
"Waalaikumsalam" jawab Siti perlahan sebelum matikan panggilan. Hembusan nafas lega dilepaskan. Masalah selesai.
{ARYAN&THALIA}
"Sayang, esok kite balik rumah ibu boleh?" soal Azman yang sedang menyiapkan kerjanya di meja belajar Alya.
"Alya ikut jee" jawab Alya walaupun hati mula resah mengingat kembali mimpinya.
"Thank you sayang" Alya tersenyum kelat. Perlahan-lahan Alya turun dari katilnya.
"Sayang nak pergi mana?" soal Azman.
"Nak pergi bilik abang sekejap" jawab Alya. Tanpa apa-apa Azman terus mencempung Alya ke bilik Danial. Selepas meletakkan Alya di atas katil, Azman terus keluar dari bilik Danial ingin memberi ruang kepada adik-beradik itu.
"Abang, do you think mimpi-mimpi tu akan jadi kenyataan?" soal Alya resah. Buatnya mimpi tu betul, naya pak karom.
"Azman ajak balik rumah ibu dia ke?" soal Danial kembali. Alya mengangguk laju.
"Jangan risaulah. Ibu mesti terima adik. kalau tak, tak adanya dia nak datang mase adik kahwin. You just think too much" pujuk Danial menenangkan adiknya.
"Tapi adikkan masih muda, mana tahu ibu dia dah ada calon menantu untuk anak dia" jawab Alya menundukkan mukanya. Mulalah nak overthinking.
"Apa pula sampai macam tu. dah nama pon jodoh, tak kesahlah tua atau muda. Just think positive" Alya mengangguk faham. Betul, dia perlu bersangka baik. Jangan disebabkan satu permainan tidur, rosak semuanya. Aik, macam salah je.
{ARYAN&THALIA}
Pagi yang indah dengan bunyi kicauan-kicauan burung, dapur rumah Datin Fatimah sibuk dengan mempersiapkan masakan istemewa untuk menyambut kedatangan menantunya pada hari ini.
"Ibu, kenapa masak banyak-banyak ni?" soal Atirah pelik, kakak kepada Azman.
"Menantu kesayangan dia nak datanglah kak" jawab Dato'Asyraf. Datin Fatimah hanya mengukirkan senyuman manis. Suka benar apabila anaknya itu memberitahu akan pulang kerumah bersama isterinya.
"Ouh, menantu kesayangan. Nak akak tolong apa-apa tak?" pelawa Atirah.
"Tak payah, bik dah tolong ibu dah. Kamu pakai baju lawa-lawa je nanti" tolak Datin Fatimah.
"Diorang tidur sini ke?" tanya Atirah. Datin Fatimah mengangguk gembira. Atirah dengan laju terus berlari naik ke atas membersihkan diri untuk menyambut kedatangan adik iparnya. Ahli keluarga Azman semuanya gembira dan teruja apabila mendengar menantunya ingin datang. Mereka menerima Alya dengan hati yang terbuka. Menantu pertamakan. Nak harapkan anak perempuannya, memang lambat lagilah. Belum sedialah, tak jumpa jodoh lagilah, susah nak carilah. Banyak betul alasan yang diberinya.
{ARYAN}
"Jom,sayang. Kita dah sampai" ajak Azman. Alya masih mendiamkan dirinya di bahagian penumpang.
"Abi,"
"Ibu suka dekat sayang. Mimpi tu hanya permainan tidur. You can trust me" pujuk Azman lembut. Alya mengangguk percaya sebelum tersedar sesuatu.
"How did you know about my dream?" Alya bertanya pelik. Setahunya dia tidak pernah lagi memberitahu Azman tentang mimpinya.
"Mimpi? Sejak kali pertama sayang meracau dekat pejabat Danial. Then, Danial ceritalah dekat abi" terang Azman sambil tersengih tidak bersalah. Alya mengangguk faham. Azman mula memapah Alya masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum" sapa Azman di depan pintu masuk.
"Waalaikumsalam. Ya allah, dah kenapa pulak dengan kaki menantu ibu ni, Azman?" soal Datin Fatimah kerisauan. Mana tak risaunya, baru beberapa hari tak jumpa, dah kena papah bagai.
"Terseliuh bu" jawab Azman lalu membawa Alya ke kerusi.
"Kenapa kamu tak jaga Alya ni elok-elok?" soal Datin Fatimah lagi. Baru nak ajak menantunya jalan-jalan.
"Salah Alya ibu. Bukan salah abi" jawab Alya lalu menyalam ibu mertuanya. Azman kembali ke kereta untuk mengangkat beg mereka.
"Sakit tak Alya?" soal Atirah pula sambil tersengih-sengih melihat Alya. Macam ade muslihat je.
"Sakit sikit je" jawab Alya dengan menyalam Atirah pula.
"Nampaknya kau kena tahanlah nafsu kau malam ni Man" sakat Atirah sambil memandang Azman. Merona merah muka Alya dibuatnya. Saya faham okey. Azman pula sudah tersengih nakal.
"Dah jom kita makan. Ibu ada masak lauk kegemaran Alya, paprik ayam. Jom" ajak Datin Fatimah. Laju sahaja mereka bergerak ke meja makan.
{THALIA}
"Puan Muda, janganlah buat. Kami boleh buat. Kaki puan muda sakit lagi tu. Nanti bengkak pulak" tolak Bik apabila Alya menolongnya. Bukan ape, kalau Datin nampak, naya mereka. Dengan kaki Puan Mudanya makin bengkak lagi.
"Sayang, sini" panggil Azman. Alya masih mendiamkan dirinya menyambung tugasnya.
"Bik boleh buat. Sini teman abi" panggil Azman lagi sambil menepuk-nepuk sofa disebelahnya.
"Alya naik atas dulu ye, bik" pamit Alya lalu meninggalkan mereka. Bik hanya tersenyum melihat Puan Mudanya. Rezeki Tuan Mudanya dapat isteri muda yang comel serta cantik. Nita, orang gaji termuda di situ bergerak untuk membantu Alya naik ke bilik.
"Tak apa Nita, saya boleh bawa" tolak Azman sebaik sahaja melihat isterinya mahu naik ke atas. Azman terus mencempung Alya masuk ke bilik.
"Kenapa degil sangat isteri abi ni?" soal Azman sambil mencuit hidung isterinya. Perlahan-lahan dia duduk di katil sambil Alya di atas pehanya.
"Abi, Alya nak tanya sikit boleh?" soal Alya yang berada di dadanya. Azman mengangkat keningnya.
"Abi suka kat Nita ke?" soalan Alya membuatkan mata Azman membulat besar.
"Kenapa tanya soalan macam tu pula?" Alya hanya mengangkat bahunya. Saja nak tahu.
"Kalau suka, kenapa?" usik Azman. Saja nak tengok reaksi isterinya. Alya hanya mengangkat bahu. Dia cuma tertanya-tanya. Dari pandangan matanya, Nita macam suka suaminya. Manalah tau, suaminya pun suka kat Nita. Taknaklah dicop 'perampas'.
"Abi tak suka pun kat Nita tu. Abi suka dekat isteri childish abi sorang ni" jawab Azman mengeratkan lagi pelukan isterinya.
"Abi kalau Alya tak dapat kandungkan zuriat abi, Alya izinkan abi kawin lain" suara Alya bergetar apabila berkata perkara tersebut.
"Kenapa sayang cakap macam ni? Kita baru je kawin. Kenapa perlu cakap macam ni? Abi tak suka!" bentak Azman tak puas hati dengan gurauan isterinya. Benda begini tak boleh dibuat main. Lagi-lagi mereka baru sahaja berkahwin.
"Ke sayang tak nak kandungkan zuriat bubu?" duga Azman.
"I'm just asking" jawab Alya. Entahlah. Sebenarnya dia pun tak tahu kenapa dia tanya soalan macam tu. Mungkin bila tengok pandangan Nita dekat suami dia, dia rasa cemburu?
"Atau sayang tak puas dengan layanan abi?" soal Azman dengan ketawa nakalnya. Alya menepuk lembut dada suaminya. Ada pulak kesitu. Azman tidak berhenti ketawa apabila muka Alya sudah merah habis.
"Sayang, boleh tak sayang usap-usap halkum abi lagi? I want to sleep" pinta Azman manja. Sejak dah berkahwin ni, dia mula dahagakan usapan manja si isteri di halkumnya.
"Just sleep" jawab Alya saja menjual mahal. Padahal tangan tu dah mula naik.
"Pleaselah sayang. Abi baru nak bermanja dengan sayang. Please" pujuk Azman lagi.
Alya tersenyum gembira sebelum perlahan-lahan tangannya naik menyentuh halkum milik suaminya. Azman memperbetulkan pembaringan mereka supaya lebih selesa.
"Abi, halkum abi ni, Alya je tau yang boleh pegang. Tak ada siapa pun yang boleh pegang kecuali Alya" pesan Alya sengaja dibuat muka garang.
"Baik, sayang"
For you, dear reader. Always.
Share this novel