"Alya,kau meracau lagi tak?" soal Siti kerisauan. Alya menggeleng pasti
"Aku rase bila aku tidur dengan abang Azman, aku dah tak meracaulah, tapi mimpi-mimpi still ada. Entahlah aku tak sure sebenarnya" jawab Alya.
"Kau dengan dia okey tak?" tanya Siti berhati-hati.
"Okey jee"
"Okey jeee??" Siti mengerutkan dahinya. Alya mengangguk sambil matanya difokuskan pada bukunya. Siti tersenyum suka dan menggelengkan kepalanya seakan faham apa yang dimaksudkan sahabatnya itu.
{ARYAN&THALIA}
"Bro, aku nak tanya kau ni" Azman memulakan bicaranya.
"Pasal ape? Alya?" teka Danial. Azman mengangguk laju. Mestilah pasal isteri, takkan pasal cerita dekat wayang pulak.
"Dia memang suka pegang halkum orang ke?" soal Azman inginkan kepastian.
"Aku lupa nak bagitahu kau, bro. Alya tu memang suka giler pegang halkum orang. Aku pun tak tahu kenape. Nampak je ade halkum, mulalah tangan gatal naik sentuh. Nak kata mama mengidam time mengandungkan dia, tak pulak mama kata" terang Danial. Terasa lucu pula bila mengimbau kenangan lepas.
"Dia pernah ke pegang halkum orang lain?" tanya Azman curios.
"Of courselah pernah. Masa kecil-kecil dulu, memang dia berkepit dengan papa jelah sebab nak pegang halkum papa, sekarang dah tak pegang sebab dah ade kau kot" sakat Danial. Azman tersenyum nakal. Faham apa yang dimaksudkannya.
"Waktu bila dia stop? I mean, sekarangkan dia dah besar, still pegang lagi?"
"Tak pernah stop wehhh. waktu form 1 dulu, dia stop main halkum papa, main aku punya pulak." cerita Danial sambil tergelak kecil. Kelakar bila diingatkan balik. Mungkin waktu kecil mama tak bagi hisap jari, tu yang tangan gatal-gatal nak pegang halkum.
"Ade satu hari tu waktu dia form 3, dia taknak datang sekolah sebab malu" cerita Danial.
"Malu sebab tak boleh kawal tangan dari pegang halkum Rafiq, classmate die. Rafiq pon fikir yang adik aku syok kat die. Then, sejak dari tu Rafiq selalu tayang halkum die kat Alya, saje nak tarik perhatian" sambung Danial.
"Habistu Alya sentuh tak?" Azman tak tentu arah. Mane boleh ade orang lain selain dari dia untuk cari attention isterinya.
'Boleh Rafiq tu tayang halkum kecik die kat isteri aku? Tak Guna!' desis Azman di hatinya tidak puas hati.
"Macam aku cakap, die tak boleh kawal. So, aku suruh Siti tepis and always dengan Alya bila terserempak dengan Rafiq" jawab Danial.
'Aku tak boleh biarkan si Rafiq tu tayang lagi halkum die kat isteri aku! TAK AKAN!!!!!' marah Azman dihatinya. Melihat jam di tangan, sudah waktu untuk Alya pulang. Terus die pergi ke sekolah isterinya.
{ARYAN&THALIA}
"Alya, jomlah balik dengan saya. Nanti awak boleh sentuh halkum saya ni puas-puas" ajak Rafiq sambil menunjuk-nunjuk halkumnya. Perlahan-lahan tangan Alya mula naik memegang halkum Rafiq namun terlepas apabila Siti menepisnya.
"Alya, jom balik. Setakat halkum kecik die tu apelah sangat. balik nanti kau boleh sentuh abang kau punya" ajak Siti terus menggengam kuat tangan Alya.
"Alya saya mintak maaf, saya dah tak buat dah. saya nak hantar awak balik je" rayu Rafiq terus-terusan. Tanpa menunggu lama Rafiq terus menarik kasar tangan Alya dengan kuat.
"Rafiq, ape ni. sakitlah. Rafiq, lepas" rayu Alya namun semua itu hanya sia-sia kerana kemarahan Rafiq tidak dpat dikalahkan lagi.
"Rafiq! kau kenape?! sakitlah Alya! Rafiq!" jeritan Siti hanya memekakkan lagi telinga Rafiq. Kedua lubang telinganya seakan tertutup rapat bile dengar mereka berdua minta dilepaskan. Ditarik tangan Alya mengikutinya.
"ALYA THALIA HAZE MATEEN!" jeritan yang kuat oleh Azman menggegarkan bangunan sekolah mereka. Rafiq juga turut berhenti kerana jeritan itu. Mereka menoleh ke belakang. Siti melepaskan keluhan nafas lega. Air mata Alya gugur satu persatu. Rasa takut dan kesakitan di tangannya telah Allah permudahkan dengan mendatangkan suaminya ketika ini.
"Sape benarkan kau pegang tangan isteri aku?!" soal Azman dengan muka yang memerah. Rafiq tidak mempercayai dengan kata-kata lelaki itu. Tiba-tiba datang cop crushnya isteri. Kalau Danial datang, pahamlah itu abangnya. Tanpa menghiraukannya, tangannya masih menggenggam erat tangan Alya sehingga meninggalkan kesan-kesan merah.
"Aku suruh kau lepaskan lah setan!" jerit Azman lalu menumbuk pipi Rafiq. Tersembam Rafiq di atas lantai sekolah itu sejurus terlepas pegangan tangan Alya.
"Kau jangan ingat kau budak sekolah aku tak boleh nak dakwa kaulah, budak" ugut Azman dengan keras. Tangannya mengambil isterinya membawa dalam pelukan.
Rafiq yang terjatuh itu hanya tersenyum sinis. Tidak takut dengan ugutan kecil itu.
"Kau nak dakwa aku ape? Sape kau nak dakwa aku? Dan kau takde bukti nak tuduh aku bukan-bukan. Ini kawasan sekolah" angkuh sekali dia berkata.
"Cctv bangunan boleh jadi saksi. Tak cukup dengan tu, 3 budak laki sana and cikgu belakang kau boleh jadi bukti TERBESAR aku. For your information bastard, I'M HER HUSBAND!" tegas Azman berkata lalu membawa Alya ke dalam kereta pulang ke rumah.
For you, dear reader. Always.
Share this novel