Sehari sebelum Azman dan Solihah di ijab kabulkan, Alya masih duduk relax di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sesekali keluhan berat kedengaran. Pintu rumah dibuka menandakan suaminya pulang dari kerja. Seperti biasa, Azman akan mengusap-usap dan berbual dengan anak mereka sebaik sahaja pulang dari kerja. Hilang semua penat lelahnya.
"Sorry abi, sayang tak dapat nak jemput abi depan pintu. Lately ni sayang selalu sakit kaki je" rungut Alya serba salah kepada suaminya.
"It's okay sayang. Come, abi picitkan kaki sayang" jawab Azman dan bergerak ke kaki Alya. Alya menggelengkan kepalanya. Dia taknak menyusahkan Azman. Tahu suaminya penat baru balik dari kerja.
"Abi faham. Anak firstkan? Abi picit okeyh?" soal Azman. Alya hanya akur. Kaki dihulur bagi memudahkan suaminya untuk mengurut.
"Abi, tomorrow abi lunch dekat rumah tau. sayang ada nak cakap something dekat Siti dengan abi. Can you?" soal Alya sambil tangannya membuka tie suaminya dengan bersusah payah. Maklumlah perut dah makin membesar.
"Abi check schedule abi dulu okeyh?" Alya hanya mengangguk.
"Before I forget, abi bawa sekali PA abi a.k.a 'buah hati' abi datang sekali" Azman mengerutkan keningnya tetapi dia hanya akur. Kemudian, Azman naik ke atas membersihkan dirinya. Alya mengambil telefon dan menghubungi Danial.
"Tomorrow, brother" ujar Alya. Danial pula sudah tersenyum sinis.
{ARYAN&THALIA}
Keesokan harinya di pejabat, Azman memanggil Solihah masuk ke biliknya.
"Lunch nanti datang rumah aku. Alya ada buat makan-makan sikit" ujar Azman tanpa memandang mukanya.
"Kalau macam tu, Iha naik abang je lah" cadang Solihah dengan riang.
"Kau naik teksi atau grab je. Lagi satu, cancel semua meeting aku" Solihah hanya mengangguk.
"Kau tunggu ape lagi? Keluarlah!" bentak Azman. Dengan laju Solihah mengatur langkah keluar dari bilik itu. Takut akan dijerkah lagi.
{THALIA}
"Alya, dah lama tak jumpa kau dowh" ujar Siti seraya memeluk rakannya. Danial hanya memandang dari belakang. Haihlah dua sahabat ni. Macam dah bertahun tak jumpa.
"Kaulah yang tak jenguk aku. Aku nak keluar tak boleh" rajuk Alya lalu menunjukkan tangannya pada perut. Menunjukkan yang dia tak berapa nak larat untuk berjalan keluar. Kalau sebelum mengandung, boleh lah dia berjalan, bersuka ria. Tapi lepas perut dah membesar ni, nak keluar atau berjalan pun terbatas sebab penat dan mengah.
"Aku busy lah. Cikgu sibuk buat persediaan SPM. Bukannya aku sengaja tak jenguk kau" pujuk Siti.
"Aku tahulah. Kau bawak tak buku nya?" soal Alya. Siti mengangguk.
{ARYAN&THALIA}
Selepas sahaja makan tengahari, Alya dan Siti mengambil tempat bersebelahan di sofa manakala Solihah duduk bertentangan dengan Azman. Danial hanya berdiri bersama Hazim dan Azam di belakang Alya.
"Siti nak tanya boleh? kenapa akak tiba-tiba nak dengan Abang Azman balik?" soal Siti seraya memulakan perbualan yang terasa agak canggung itu.
"Akak bukan nak terhegeh-hegeh nakkan Azman ni, tapi bila akak fikirkan anak ni, terpaksalah akak buat" jawab Solihah selamba. Azman memandangnya tajam. Alasannya sama sekali tidak diterima dek akal.
"Memandangkan kau masih berdalih, biar kitaorang yang buat kau mengaku" ujar Danial dengan tenang. Azman sudah terdiam. Bola mata Solihah pula bergerak tidak tentu arah. Alya membetulkan kedudukannya dan mengusap lembut perutnya. Alya melepaskan keluhan berat.
"Alya just nak remind balik tarikh-tarikh yang Alya rasa perlu diingatkan. May I?" soal Alya dengan perlahan. Azman hanya mengangguk. Alya membetulkan lipatan tudungnya.
"7 Februari, Azman Aryan sah menjadi suami Alya Thalia. 11 Februari, Alya terjumpa balik dengan Kak Ihah. 15 Mac, Kak Ihah datang Langkawi untuk pujuk Azman kembali dengannya. 24 April, Alya dapat gambar Azman meniduri Kak Ihah. 27 April, Azman dapat tahu Alya mengandung." air mata Alya mengalir perlahan. Tidak tahan dengan rasa sebaknya.
Sesungguhnya dia menulis semua yang berlaku terhadap rumah tangganya pada buku diarinya. Katakanlah dia tidak matang. Ya, dia tidak matang. Dia ingin luahkan segala yang terbuku dalam hatinya pada abangnya, kawannya dan suaminya tapi dia bukanlah seorang yang mudah bercerita. Dia lebih suka memendam. Dan disebabkan itu, dia menulis semuanya dalam buku diarinya. Dengan itu saja, hati dia berasa sedikit tenang dan lega. Dia juga tidak mahu membuat orang disekelilingnya merasa risau akan dirinya. Dia cuba untuk berdikari kerana dia sudah menjadi seorang isteri dan bakal ibu suatu hari nanti. Dia juga mahu buktikan yang dia juga boleh mempertahankan haknya sebagai seorang isteri.
"6 hingga 12 May, Alya dan Azman dipisahkan sebab Kak Ihah buat aduan cubaan merogol. 13 hingga 18 May, Azman dan Alya dipisahkan lagi sebab mama kecewa dengan abi. 24 Jun, ujian DNA kandungan Kak Ihah matching dengan darah Azman. 27 Jun, Kak Ihah minta Azman bertanggungjawab. 30 Jun hingga 4 Julai, Azman dan Kak Ihah sibuk dengan urusan perkahwinan yang akan datang" Alya mengesat air matanya sebelum cuba mengambil nafas.
"Is it true?" soal Alya. Solihah dan Azman mengangguk serentak.
"Tapi, tak macam pelik ke?" soal Siti tiba-tiba sengaja ingin menduga.
"Ape yang peliknya? Semua tu betul" jawab Solihah masih memenangkan dirinya walaupun ada sedikit debaran dalam dirinya.
"Kalau kami dapat buktikan anak tu 100% bukan anak abang Azman, akak jangan berani nak tunjuk muka dekat sini lagi" ugut Siti tegas.
"Tapi kalau kami tak dapat buktikan, malam ni jugak Azman Aryan dan Solihah Rahim akan sah menjadi suami isteri" sambung Alya dengan yakin. Tiada air mata yang keluar lagi. Sudah penat mengalir untuk perkara yang sia-sia. Semua mata memandang Alya dengan tidak puas hati. Ini bukan seperti dalam rancangan mereka.
"DNA semua sepadankan? Nak apa lagi?" soal Solihah. Azman mengelap air matanya dan menggeleng ke Alya. Tolong lah katakan bahawa ini hanyalah mimpi dan dia mahu bangun dari mimpi ngeri ini.
"Let's end our game ladies" ujar Danial dari belakang dengan senyuman sinis.
"Kandungan akak sepatutnya 6 bulan kalau ikut kiraan akak tidur dengan Azman. But now, 9 bulan? It's ridiculous" ujar Alya dengan ketawa kecil.
"Actually, kita orang memang percaya anak tu, anak abi,"
"Sayang," pantas Azman memotong. Siti mengangkat tangannya agar Azman mendengar terlebih dahulu. Tidak mahu Azman salah faham. Alya pula memandang Danial untuk menyambungnya.
"Tapi tu ah. Kau just fikir sedap kau je. sebab apa? sebab benih yang dah masuk dalam rahim kau tu, bukan benih dari Azman. Mungkin kau tak tahu, hotel yang Azman duduk time outstation tu, is my hotel. Semua aktiviti yang kau buat, aku tahu termasuklah mengugut pekerja aku buat kerja terkutuk kau tu!" kata Danial dengan bengisnya. Baru sahaja dia mahu pergi ke arah Solihah, Hazim dan Azam pantas menghalangnya.
"Kau DENGAR dan HADAM betul-betul eh betina. Selagi sperma lelaki tak aktif atau senang cerita lelaki tak rasa 'ghairah', selagi tu tak ada benih yang akan masuk atau bercambah! Eh, kau ingat kawan aku hamak sangat ke dengan kau ni? Kau yang blah dari dia dulu lepastu sekarang kau nak melutut macam tak ada apa-apa berlaku? What the fuck?! Mana harga diri kau? Maruah kau?" kata Danial dengan kasarnya. Tak tertahan rasa marahnya. Nak saja dia lunyai perempuan ni.
Terangkat bahu Solihah apabila Danial mengatakan begitu. Tak terfikir pula mengenai tu. Dia hanya mengambil gambar dia dan Azman tanpa pakaian sahaja. Tidak sangka rancangannya musnah begitu sahaja. Nampaknya dia dah tersilap langkah. Patutnya dia memberi pil perangsang bukan pil tidur.
"Why not, kite pergi hospital sekarang and check balik. Betul ke itu anak abang Azman? Okey tak? Macam menarik. Tak syok pula kita just tahu dari sebelah pihak je" ujar Siti sinisnya.
Solihah pula terpinga-pinga dengan percakapan mereka. Terus sahaja dia melutut di depan Alya.
"Alya, akak minta maaf. Akak buat semua ni sebab akak cemburu tengok Alya. Dari dulu Alya selalu dapat intention dari semua orang. Akak top 10 pun tak dapat perhatian macam tu. Akak lagi iri hati bila dengar ex-tunang akak kahwin dengan orang yang akak paling tak suka. Akak mintak maaf Alya. Dalam fikiran akak just nak tengok Alya menderita. Akak mintak maaf Alya, akak yang salah." teresak-esak Soliha memohon maaf.
"Bangun kak, jangan macam ni. Alya tak mintak pun perhatian diorang. Pandangan orang lain-lain. Bangun jangan macam ni. Alya tak suka" pujuk Alya lembut. Walaupun dia berasa marah dengan Solihah, namun dia tetap berasa sedih bila melihat seorang ibu sarat mengandung sedang melutut di hadapannya.
"Anak dalam ni, anak Rafiq?" teka Siti. Solihah mengangguk laju.
"Rafiq tak salah, akak yang paksa dia untuk buat semua tu untuk dapatkan perhatian Azman dan Alya. Rafiq tak salah" ujar Solihah kesenduan.
"Akak balik lah. Alya dah maafkan akak" Alya menyandarkan badannya. Badannya terasa lemah dan pernafasannya mula tidak teratur. Siti menemani Solihah keluar dari rumah bersama Hazim dan Azam selepas melihat Alya dalam keadaan lemah.
"Thank you so much, sayang" ujar Azman lalu mencium ubun-ubun isterinya. Sungguh dia amat bersyukur dengan isterinya bila dapat menyelesaikan masalah mereka dengan cara matang walaupun tidak berapa matang sebenarnya. Mahu tercabut jantungnya tadi. Alya meletakkan kepalanya di dada bidang Azman. Sesekali dia mengerang kesakitan.
"Baby kick?" soal Azman dapat mengagak. Alya mengangguk. Tangan kiri Azman laju memicit pinggang isterinya bagi mengurangkan kesakitan manakala tangan kanannya mengusap lembut perut membukit isterinya.
"You are the best sayang" bisik Azman ke telinga isterinya. Tertawa kecil Alya mendengarnya.
For you, dear reader. Always.
Share this novel