Harris Akmal sampai di depan pintu pagar rumah anak-anak tahfiz dengan beberapa anggota bodyguardnya.
Alunan suara zikir dan bacaan Al-Quran serentak bergema. Sedikit sebanyak ia menganggu ritualnya Harris Akmal ingin masuk ke dalam sana untuk mendapatkan Nadira.
Harris Akmal memejam mata ia memuja nama-nama jin untuk bersatu di dalam dirinya ia mesti menentang ayat-ayat suci Al-Quran yang dia dengar saat ini.
BUK
BUK
Dadanya di tumbuk bertubi-tubi dengan keras sehingga ia terpaksa berundur beberapa tapak ke belakang.
"Celaka! Aku tak boleh masuk ke dalam."
"Tengku. Apa Tengku mahu kami uruskan Datin ke.?" Iskandar memapah tubuh Harris dari duduk.
"Hm tak perlu aku nak masuk ke dalam sana sendiri aku nak ambil hak aku dengan tangan aku sendiri."
"Sial alunan tu sungguh ganggu kerja aku sekarang ni."
"Macam mana aku nak masuk ke dalam sana." Harris memakai Spek mata semula.
Dia bercekak pinggang melihat beberapa pondok yang di deko sangat sederhana besar di tepi rumah banglo setingkat itu.
"Tengku berehatlah dulu biar kami dua uruskan hal Datin."
"Kami berdua sangat yakin. Datin akan ikut kita pulang bersama nanti.." Farish melihat kearah Harris yang lagi memegang dada kanan.
"Sudah! Biar aku saja yang masuk korang follow dari belakang."
"Ingat jangan bertindak selagi aku tak izinkan.." Ia berjalan ke pagar rumah banglo itu.
"Baik Tengku.." Mereka berlima sudah sedia di belakang Harris Akmal.
Bell di tekan berkali-kali.
Alunan suara zikir itu membuat dia mual dan pening-pening kepala. Sungguh ia cuba untuk bentengkan dirinya dengan mantra.
Berkumat kamit ia membaca mantranya dengan mata tertutup ia membayangkan wajah Nadira yang lagi tersenyum padanya.
"Sial kau yunk. Berani sungguh kau gelakkan aku, kau memang nak cabar aku ke..? Awas kau. !!!" Ia terus menyeru nama Nadira berkali-kali dengan tekun.
BRAK
"Argh! Sial.." Harris terpelanting jauh hingga ke depan kereta yang di parkir tadi.
"Tengku!!..." Farish dan Iskandar mendapatkan Harris yang terpelanting jauh dari depan pintu pagar rumah itu.
"Bodoh !! Kau memang tak guna Nadira!!"
"Berani kau bersekutu dengan mereka. Kau dah berani tantang aku sekarang ni hah.."
"Arkkk sial." Harris terus memuntahkan darah pekat dengan banyak.
"Kita bawa Tengku masuk ke dalam dulu jom."
"Okey jom.." Iskandar dan Farish memapah tubuh Harris ke dalam kereta semula.
Yang lain kembali ke kereta semula setelah melihat majikan mereka memuntahkan darah pekat yang banyak diatas jalan tart.
"NADIRA!!! Kau memang tak guna! Aku suami kau Nadira! Aku suami kau!!!! Argh." Belakang seat penumpang di tumbuk bertubi-tubi.
"Ark apa dah jadi ni.." Tiba-tiba perutnya mula rasa sakit yang amat sangat.
Ia tak henti-henti memuntahkan darah pekat di tempat letak kaki.
"Argh sakit sial. !!" Tenaga batinnya sudah terluka besar kerana di serang oleh ayat-ayat suci Al-Qur'an.
"NADIRA !!!!!!!!!! Cukup. Jangan seksa aku lagi yunk. Tolong berhenti.." Harris menggelupur di belakang.
Farish terus memecut kereta dengan laju pergi dari sana tangannya terketar-ketar memulas stereng kereta.
Majikannya tak henti-henti mengerang kesakitan di belakang sana.
"ARGH! Nadira.. Jangan Yunk! Jangan seksa aku lagi Yunk.. Tolonglah berhenti zikir."
"Please!!! Aku salah aku minta maaf.."
"Tengku bawa bertenang dulu kita akan sampai di hospital tak lama lagi."
"Tahan sikit te-ngku." Iskandar beralih ke belakang.
"Bawa aku ke pondok sekarang !!! SEKARANG." Harris sudah lemah di belakang wajahnya penuh dengan darah.
"Baik Tengku.." Farish terus memecut kereta dengan laju ke tempat yang di arah Harris Akmal yang sudah terbaring kaku di seat belakang.
Selesai membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka bertaranum pula hingga naik bergema di dalam surau itu.
"Alhamdulillah. Bacaan anak-anak ustazah dan Ustaz sangat bagus dan merdu sekali."
"Jujurnya Ustazah kagum dengan pencapaian kalian semua." Nadira menilai semula surah-surah yang di baca oleh anak-anak tadi.
"Ustazah boleh saya tanya sesuatu.." Anak kecil seusia lapan tahun mendekati Nadira.
Nadira terus memerhati kearah anak kecil itu. Ia mengusap kepala anak-anak itu dengan lemah lembut.
"Boleh anak Solehku. Tanyalah Insha-Allah ustazah jawab soalan kamu.."
"Ustazah mengandung ke..?"
"Ustazah Nadira mengandung ke..?" Mereka juga bertanya serentak di depan Nadira.
"Anak-anakku yang Soleh. Perlukah Ustazah menjawab soalan ini..?" Ia turut tersenyum sambil menggeleng kepala.
"Hihihi. Perlu ustazah.."
"Astaghfirullah hal azim kalian. Hihi baiklah-baiklah Ustazah jawab satu-persatu ya."
"Yeayyy Ustazah nak jawab soalan kita.. Yeay yeay.." Anak seusia lima tahun berlompat-lompat kegirangan.
"Ustazah memang mengandung. Sudah enam bulan anak-anak tak lama lagi Ustazah bakal lahir anak ini."
"Insha-Allah Ustazah pasti akan didik beliau sama seperti Ustazah didik kamu juga.."
"Wahhh.. Nanti kami dapat adik lagi.." Adi mengosok kepala sang adik di sebelahnya.
"Assalamualaikum wbt anak-anak.." Hidayah berdiri di sebelah Nadira.
"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh ustazah.." Seramai empat puluh orang anak murid yang berada disitu menjawab serentak.
"Ustazah dan Ustaz ada hajat nak bagitahu kamu sesuatu ni.." Ustazah Hidayah mengusap belakang tubuh Nadira.
"Bagitahu apa tu ustazah.."
"Haah.. Apa bank dan nak tarik semula ke rumah ni..?"
"Habis tu macam mana dengan kami yang tak ada mak ayah ni ustaz..?"
"Haah.. Betul tu betul.."
"Anak-anak dengar dulu apa yang Ustazah dan Ustaz nak sampaikan jangan terburu-buru bertanya tak baik nak. Tak sopan.." Nadira terus bangun dari kerusi.
"Ustazah. Ustaz.. Teruskan.." Nadira sudah berdiri di sebelah Ustazah Watie.
Dia memberi laluan kepada pengetua untuk bercakap di depan anak-anak tahfiz itu dengan jelas.
"Lagi dua hari depan kita semua akan di jemput untuk menghadiri majlis doa selamat di kampung sebelah." Hidayah mengangguk kepala kepada Nadira.
"Hhaaa?.."
"Ehh biar betul ni..?"
"Itulah. Betul ke ni apa yang Ustazah sampaikan tadi..?" Mereka mula hairan dengan kata-kata Ustazah Hidayah sebentar tadi.
"Ustaz harap kamu boleh berikan yang terbaik untuk tetamu istimewa kita nanti. Bolehkan..?" Ustaz Sharrul memerhati ke setiap anak murid mereka.
"Insha-Allah boleh Ustaz."
"Kami pasti akan belajar bersungguh-sungguh untuk sekolah kita.." Mereka mengangguk kepala bersungguh-sungguh.
"Mari Ustazah kita berbual di luar sekejap.." Hidayah menarik tangan Nadira keluar dari surau itu.
"Alhamdulillah. Sejak-sejak Ustazah Nadira ada di sini pusat tahfiz kita ini tak henti-henti dapat jemputan dari tetamu undangan ya.." Ustazah Hidayah tersenyum lebar.
"Betul tu. Saya juga perasan benda yang masa dengan ustazah Hidayah. Dalam beberapa bulan ni ramai juga yang undang kita ke sana-sini." Ustaz Sharrul mengangguk kepala.
"Tak lupa juga yang jauh luar dari kawasan sini pun ada haa. Diorang siap call nak buat tempahan di awal majlis mereka lagi.." Ustazah Zaiba terus mengusap wajahnya.
"Alhamdulillah sekarang ni saya tengok semakin hari semakin ramai orang-orang luar sana mengenali anak-anak kita ni. Ustazah.." Ustazah Watie tersenyum bangga.
"Ini kerana berkat dari si comel itu mungkin ya.? Hihi.. Berkat pembawakan. Baby boy.." Ustazah Zaiba menjuih bibir ke perut Nadira dengan tawa kecil.
"Ustazah.. Ini semua kuasa Allah ia telah permudahkan segala urusan kita satu-persatu."
"Dia takkan biar umat-umatnya sengsara seperti umat di padang pasir."
"Si comel ni asbab saja ustazah Zaiba hihihi.." Nadira tersenyum di sebalik niqab.
"Samalah tu Ustazah Nadira. Ustazah pun rasa benda yang sama juga bukan apa."
"Selama ni kami memang susah untuk mendapat sebarang undangan pun.." Ustazah Hidayah terus memeluk pinggang Nadira dari belakang.
"Merata tempat kami menampal poster-poster anak-anak tahfiz setiap ruang kedai diluar sana."
"Tapi itulah sama saja tak ada beza pun.." Sambung Ustaz Shharul menggeleng kepala.
"Yang paling sadis sekali rumah ini pun hampir-hampir di ambil semula oleh bank.." Ustazah Hidayah memerhati seorang demi seorang dari mereka.
"Betul tu Ustazah." Mereka serentak mengiyakan kata-kata dari ustazah Hidayah.
"Saya harap Ustazah Nadira boleh kekal di sini bersama-sama dengan kami lagi hingga akhir tahun ni ya.." Ustaz Anuar tersenyum lebar sambil melihat anak mata Nadira.
"Dengan izin Allah. Saya akan tetap berkerja di sini hingga habis kontrak."
"Insha-allah anak-anak di dalam sana pasti akan dapat rezeki selayaknya.." Nadira menunduk pandangan.
"Aminn.. Alhamdulillah lega saya dengar kata-kata dari kamu sendiri Ustazah Nadira. Terima kasih.." Ustazah Hidayah memeluk tubuh Nadira.
"Sama-sama Ustazah Hidayah hihi.." Nadira juga membalas pelukan dari Hidayah.
TO BE CONTINUE ✨ Apa yang bakal terjadi pada Harris Akmal bila saka-sakanya turut terkena tempiasnya dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca Nadira dan anak-anak tahfiz tadi. Apa saka sudah makan tuan ke tu..?
Share this novel