Nadira Safira berlari keluar dari rumah, ia sudah terlewat bangun sejak ia terlelap semula selepas solat subuh. Itu pun kerana Ibu nya terfikir untuk mengejutkan ia dengan mengetuk pintu bilik.
"Nadira makan dulu nak." Panggil Fatima.
"Tak sempat ibu, bye assalamualaikum." Nadira terus membuka pintu kereta Kelisa, ia meletakkan barang-barang kerjanya di sebelah dan ia meluru beredar dari kawasan perumahan mereka.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kerja anakku ya Allah.. sejak akhir-akhir ini anakku selalu terlewat pergi kerja."
"Hurm, iringin lah doaku ini bersama nya hingga ke tempat kerjanya, ya Allah. Amin." Fatima masuk ke dalam rumah dengan menutup pintu pagar dari dalam.
"Fatima, mana Nadira tak turun lagi ke.?" Azlan melihat isterinya ke meja makan, makanan masih terhidang di atas piring.
"Nadira dah pergi, dia cakap dah lewat.. sayang risaukan keselamatan anak kita tu."
Berkerut dahi Azlan mendengar kata-kata keluar dari mulut isterinya, jarang isterinya begini.
"Sayang, kita doakan dia agar dia baik-baik saja ye di manapun anak kita berada."
"Ye abang, makan lah nanti abang nak kena pergi jumpa penghulu mukim kan. Makan dulu."
"Ha'ah lah sayang, abang terlupa sungguh, sepatutnya pagi ni abang kena berjumpa dengan mereka sebab nak mesyuarat minggu depan."
Fatima menggeleng kepala, ada apa dengan keluarganya saat ini.. nak cakap anaknya begitu.? Bapak kepada anaknya juga begini. Haish.
"Sayang jangan lah geleng kepala begitu, abang tak sengaja dan terlupa tentang hai itu. Maaf." Azlan tergelak kecil.
"Abang dengan anak sama saje, sehari tak lupa itu ini tak sah ye.? Nasib baiklah isteri abang ni masih muda dan sihat." Fatima pantas mencubit lengan Azlan.
Hampir tiga puluh minit Nadira Safira memandu kereta di atas jalan raya, dan kereta Kelisanya pun masuk mengikuti parking di dalam bangunan itu.
Pas parkir di sediakan oleh majikannya, oleh itu mereka sebagai pekerja di dalam industrian mendapat pelbagai kemudahan.
"Ya Allah, aku dah lambat ni." Ia berlari membawa fail-fail projek penting bagi dirinya ke dalam pejabat ia harus melakukan semuanya dengan segera.
Buk!
"Argh! Ya Allah.."
"Hye kau ni buta ke apa.?" Seorang lelaki bersama empat orang di tepi lift bercekak pinggang.
Nadira Safira tidak sengaja terlanggar lelaki itu benarlah ia tidak sengaja sama sekali, ia juga tidak tahu jika ada orang lagi berbual di sana kerana terlindung oleh dinding pemisah.
Lagi pula lift itu bukan tempat untuk orang berbual, jika nak berbual panjang-panjang lebih baik duduk di restoran saja.
Betul tak.?
"Maaf tuan, saya tak sengaja."
Ting
"Hye tunggu dulu."
Tetapi Nadira Safira terus menekan butang 9 ia harus sampai ke sana sebelum Majikannya berada di sana. Ia di jelaskan bahawa Majikannya akan ke pejabat mulai hari ini.
Dan majikannya sangatlah garang dan tidak mudah memaafkan kesalahan orang.
Ia hanya mendengar tidak pula ia bertanya majikannya mereka itu lelaki atau wanita, kerana ia baru bekerja tidak sampai sebulan lagi.
Selama ini ia hanya mendengar khabar angin mengatakan majikannya lelaki, duda dan mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil.
Ting
"Alhamdulillah, sampai juga walaupun lagi lima minit nak pukul 8.30." Nadira melihat ia sudah sampai di tingkat 9
Dia segera berlari anak masuk ke dalam pejabat dan dengan pantas ia touch print sebelum ia melangkah kaki ke tempat duduk paling belakang.
"Lewat hari ni, hihi baru bangun ye." Hanis tergelak kecil.
"Iye akak, saya terbangun lewat lepas tertidur semula lepas solat subuh pagi tadi, nasib baik ibu kejutkan." Balas Nadira sebelum ia membuka laptop dan mengeluarkan surat menyurat dari fail biru.
"Pantas lah akak dengan akak Sofea kau call tadi tak berdering." Hanis tergelak lucu.
"Huh.? Tak berdering.. betul ke.?" Ia segera mengambil telefon bimbit di dalam poket jubahnya langsung ia menyalakan.
"Fhone ni bateri habis."
"Nadira.. akak nak cakap dengan awak sikit ni, kalau awak tak boleh siapkan kerja orang lain dalam tempoh tertentu."
"Lebih baik awak tolak saja bila orang nak meminta bantuan dari kita, akak pun tak nak tolong diorang."
"Kita tolong diorang kita yang teruk, mereka siap berbual di pantri makan nasi lemak lagi tau." Hanis menasihati Nadira.
Ia kasihan melihat mereka membuli Nadira Safira tanpa merasa bersalah lagi, lihatlah gadis ini sering terbabas datang kerja.
"Nadira tak apapun akak cuma.."
"Sudah, lepas ni awak jangan terima apa-apa kerja dari staff yang ada di sini atau di tingkat lain, kecuali!"
"Dengar eh..Kecuali daripada orang atas dan majikan kita saja awak boleh terima kerja itu. Faham.?" Hanis mengusap ke dua-dua bahu Nadira.
"Hihihi, terima kasih akak Hanis, ye Nadira faham." Sahut Nadira dengan tawa halus.
"Sama-sama kasih, sudah awak pergi lah buat air dulu minum di sana tadi Akak Siti ada beli nasi lemak untuk kita."
"Wah! Nasi lemak.. Nadira tak sempat nak makan sarapan lagi tadi." Matanya berkelip-kelip bila mendengar perkataan 'Nasi lemak.'
"Itulah sibuk sangat buat lagi kerja orang, awak tu dah cukup cukup kurus untuk diet tau Nadira. Hihihi." Hanis menolak tubuh Nadira ke pantri.
Nadira Safira di kejutkan dengan beberapa suara dari lain-lain arah, ia juga melihat Hanis dan Sofea berjalan ke arahnya.
Mereka berdua pun mendapatkan Nadira Safira di tempat duduk, sedangkan gadis itu masih melakukan beberapa kerja di tempat duduknya.
"Nadira.. jom, kita ke sana Boss besar kita dah nak ke sini tu." Hanis menarik tangan Nadira untuk ikut mereka ke depan pintu pejabat tadi.
"Agak-agak Boss kita masih kacak seperti dulu tak ye.?" Sofea bertanya kepada Hanis, mereka berdiri hanya bersebelahan saja.
"Mestilah Boss kita kacak, nama pun duda anak satu bukan duda anak sepuluh. Hahaha." Balas Hanis dengan ketawa besar.
"Oit.. shut up Boss dah sampai tu." Tuan Ijamal pentutp mulut di depan Hanis.
"Okay.. i'm in shut up." Hanis memberi isyarat kepada Tuan Ijamal semula.
Tak lama kemudian beberapa orang yang berada di luar pejabat itu mula berjalan masuk ke pejabat. Soalnya mereka sudah selesai berbual sambil memberi tunjuk ajar.
Ke empat-empat lelaki tadi berjalan dan mendekatkan diri kepada pekerja-pekerja Tengku Harris Akmal, salah seorang daripada mereka ialah Boss mereka.
"Selamat datang, dan selamat pagi kami semua di sini ucapkan.. dan untuk Tengku Harris Akmal selamat kembali ke pejabat." Ucap Tuan Hairuddin.
"Terima kasih kepada semua yang turut terlibat dalam hal ini, aku Tengku Harris Akmal dan aku jugalah Boss korang semua yang berada di sini."
"Aku nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam hal ini, dan aku bangga mempunyai pekerja seperti korang semua."
"Dan aku nak perkenalkan ketiga-tiga mereka ini ialah, lawyers group dan aku mengambil mereka untuk menyelesaikan isu berkaitan aku Harris Akmal."
"Selaku di posisi ini dan selayaknya aku memangku pangkat ini lalu di tuduh sebagai pecah amanah."
"Dan ada beberapa orang diluar sana yang tidak bertanggungjawab melempar hal ini kepada aku dan kita semua."
"Aku berharap korang semua boleh memberi kerjasama kepada mereka bertiga jika kalian ada bukti kukuh."
"Bahawa aku ini pernah makan rasuah dan penerimaan rasuah. Faham semua.?" Harris melihat seorang demi seorang staff yang berada di situ.
Akhirnya ia tertarik dengan seorang wanita berpurdah dan berpakaian tertutup, ia tersenyum sendiri melihat susuk tubuh itu dari Indra matanya.
"Okay semua, aku akan biarkan mereka memperkenalkan diri sendiri ya." Harris berjalan mendekati staff barunya yang paling hujung.
"Siapa nama kau.?"
Nadira Safira sudah berpeluh, tidak ia sangka ia terlanggar lelaki tadi di depan pintu lift itu majikannya. Adakah ia akan di marah depan staff lain.?
"S-saya Nadira Safira, tuan."
"Kau yang langgar aku tadi, bukan.?" Harris berbisik di telinga kiri Nadira.
Nadira Safira cuba untuk kawal emosi, ia sudah takut jika ia di pecat lalu di hamun dengan kata-kata keaat dari Majikannya.
"Saya tak sengaja tuan, saya sanggup bersumpah tuan."
Hanis dan Sofea melihat keadaan Nadira Safira yang sudah mengecut dirinya di sebelah mereka.
"Sanggup bersumpah.?"
"Iya." Pantas Nadira mengangguk kepala lagi.
"Baik, jumpa aku di pejabat selepas semua ni selesai." Harris terus melangkah kaki mendekati lawyers nya semula.
Ia masih melihat gadis itu tertunduk memandang lantai, ia juga melihat lantai itu tetapi tiada yang special pun.
Ia semakin ingin mengenali gadis itu depan-depan.. malah ia juga sudah terfikir untuk membuat sesuatu kepada Nadira Safira.
Tok
Tok
Nadira Safira mengetuk meja pekerja lama di situ, ia memegang beberapa surat di tangan.
"Assalamualaikum cik Fatin. Maaf ganggu ini yang cik nak semalam, saya dah siapkan." Nadira menghulurkan surat ke atas meja depan Fatin.
"Eh Nadira, terkejut aku." Fatin terkejut apabila mendapati Nadira sudah berada di depannya.
"Maaf, saya datang ni sebab nak hantar ni." Nadira menunjukkan surat tadi yang sudah ada di atas meja.
"Oh dah siap lah ni.?"
"Ye, dah siap." Nadira ingin ke tempat duduknya semula tetapi di cegah Fatin semula.
"Jap! Ni ada lagi kerja untuk kau, lagipun kau tu reti guna IT kan jadi kau sajalah yang buat kerja ni okay.? Nah ambil, tq Nadira." Fatin memberi secara paksa kepada Nadira.
"Cik.." Nadira ingin menolak tetapi.
"Stop it's Fatin." Sofea pantas mengambil surat menyurat yang ada di tangan Nadira, lalu di pulangkan semula kepada wanita itu.
"Hye! Kau ni kenapa Sofea.?" Fatin bercekak pinggang.
"Ini kerja kau Fatin, kenapa kau nak gunakan orang lain untuk buat kerja kau ni.?"
"Engkau jangan ingat aku tak boleh report perkara ini pada Majikan kita tau." Sofea menarik tangan Nadira ke tempat duduk gadis itu semula.
"Ish bodoh punya Sofea!" Fatin terus berjalan ke tandas yang berada di hujung pejabat.
"Nadira! Akak nak ingatkan awak sekali lagi, hanya orang atasan saja boleh guna tenaga kerja tu awak bukan staff di sini."
"Mereka yang berada di sini pun untuk bekerja bukan untuk main fhone dan bergosip. Mengerti.?" Sofea bercekak dada sambil melihat kearah orang-orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas staff baru seperti Nadira.
"Iye.. saya faham cik Sofea." Nadira mengangguk dengan keputusan itu.
"Good." Sofea pun melangkah ke tempat duduk semula.
Fatin dan rakan-rakannya tidak berpuas hati dengan keputusan Sofea, ia dan yang lain juga mempunyai tugas masing-masing yang lebih penting mereka mahu berlama-lama di pantri tanpa berfikir soal tugas.
Tetapi Sofea sudah memberi amaran keras kepada Fatin dan yang lain, jadi ada orang yang suka dengan Sofea, Hanis dan Nadira.
Ada juga yang tak suka dengan mereka bertiga. Kerana Hanis dan Sofea, mereka lah orang paling lama bekerja di syarikat ini, yang lain tidak tahan bekerja kerana di buli beginilah.
"Jangan terasa hati dengan Si Sofea tu ye Nadira." Hanis tersenyum senang sambil melihat kearah gadis itu.
"Eh tak tak.. Nadira okay saja akak Hanis, terima kasih." Nadira mengangguk kepala lalu ia terus melihat kearah telefon pejabat.
"Siapa pula ni.?" Ia terus mengangkat panggilan itu.
"Helo. Dari Empayar Harris Akmal Holding Company, boleh saya bantu.?"
"Ini Nadira Safira ke bukan.?" Tanya lelaki itu di hujung talian.
"Ha'ah, ini saya Nadira Safira. Siapa di sana.? Anda ingin membuat temu janji ke dengan Tengku Harris Akmal.?"
"Aku Harris Akmal, majikan kau Nadira Safira."
Terbuntang luas mata Nadira Safira, ia terasa lemah di saat ini ternyata lelaki itu bukan saja ingin berjumpa dengan nya. Malah lelaki itu juga sudah menghubungi dirinya di sini.
"Helo, kau mengelamun ke.?"
"Eh. Takde, takde tuan."
Tengku Harris Akmal tersenyum sinis apabila ia melihat dari cctv gadis itu seperti mengelamun dan gelabah tak ingat dunia.
"Tipu."
"Tidak tuan, saya sanggup bersumpah ni."
"Okay, kalau macam tu kau datang ke bilik kerja aku sekarang. Bawa diri saja tak perlu bawa apa-apa pun faham.?"
Nadira Safira mengangguk kepala sendiri, ia hampir-hampir menangis kerana ia akan berjumpa dengan majikannya. Ia sudah yakin pasti ia akan di pecat tak lama lagi.
"Helo! Pekak ke kau ni Nadira.?"
"Huh.? Eh saya akan ke bilik kerja kau, eh tak... Maksud saya ke bilik kerja tuan sekarang."
Tup
Nadira Safira menutup panggilan telefon terlebih dahulu, tiba-tiba ia berfikir macam-macam hal berkaitan tadi.
Jika dia di pejabat pasti namanya akan di bekukan dan ia tak boleh bekerja di mana-mana syarikat lagi.
Halo
Share this novel