BANG
BANG
BANG
Bunyi tembakan itu membuat sendi-sendi Alif ikut melemah.
"Ya Allah, Ampunkan aku." Alif melarikan diri dari seseorang.
Ya Seseorang sedang mengejar dirinya dari belakang.
BANGG
BANGG
BANGG
"Ark! Allahuakbar..." Alif terbaring kaku. Darah di belakang tubuhnya mengalir deras.
"Berani kau tipu aku hidup-hidup Lif! Hahaha."
"Kau tak sayang nyawa kau ke? Berani kau main helah dengan aku!?." Dagu Alif di sepak sekuat hati.
"Tengku.. Aku min-ta maaf se-bab rahsia-kan se-mu-a ni dari kau, aku salah. Datin sen-diri yang na-k aku rahsiakan be-nda ni dari kau!."
"Dia tak n-ak ganggu hid-up kau dengan M-ariya lagi.."
"Dah berapa lama kau tipu aku?"
"Kau tahu tak selama ni aku percayakan kau untuk jaga isteri aku. Kau tengok apa kau dah buat? sial!."
BANG
Harris terus menembak dahi Alif dengan pistol miliknya.
"Argh!!!..."
"Allahuakbar.. Allahuakbar.."
BANGG
"Kita jumpa di neraka nanti Alif! Puih." Harris segera beredar pergi tanpa perasaan lagi.
Alif mati di tembak mayatnya mengeluarkan banyak darah pekat. Di sebabkan bauan itu beberapa ekor binatang buas mula menghampiri.
"NADIRA SAFIRA!."
"MANA KAU PER-GI YUNK!.."
"ISK! Berani kau tipu aku selama ni. Kau fikir kau boleh gunakan Alif untuk tipu aku ke Yunk..?."
"Hahaha. Kau bodoh Yunk." Tubuhnya mula rasa sengal-sengal yang agak keterlaluan.
"UHUK. Mana pun kau pergi! Aku akan cari sampai ke lubang cacing Yunk."
BRUGG
Tubuh Harris betul-betul meleset di tepi jalan. Dia hampir-hampir hilang kudrat untuk bangkit semula.
"Tengku.. Kau tak apa-apa ke..?" Iskandar memapah tubuh Harris yang jatuh ke tanah dengan tiba-tiba.
"Isteri aku! Isteri aku dah pergi dengan jantan lain! ARGH!!"
"Bawa bertenang dulu Tengku. Mari kita masuk ke dalam.." Farish dan Iskandar memapah Harris ke dalam dengan penuh berhati-hati.
"Celaka! Argh aku akan bunuh siapa saja yang berani main-main dengan aku."
"Kau akan menyesal babygirl! Kau akan menyesal!.."
BUGG
Tubuh Harris sudah kaku di seat belakang. Farish dan Iskandar segera menjalankan tugas mereka dengan terburu-buru.
"Apa kita nak buat sekarang ni bro..?"
"Diam dulu.." Iskandar memberi code.
"Ha okey-okey.." Suasana kembali sepi.
Sudah dua hari Harris tak ke pejabat ataupun keluar dengan Linda kekasih gelapnya. Dia hanya mahu duduk di rumah dan termenung di tepi jendela saja setiap masa.
"Kau tak adil tuhan." Harris berdiri betul-betul dimana pertama kali Nadira berada di dalam bilik mereka.
Disini jugalah bermulanya sebuah kisah derita Nadira Safira.
"Kau lalai kan aku! Kau ambil dia dari aku dengan cara macam ni.."
"Tak gentleman langsung.." Spek mata si tolak ke tepi telinga.
Dia memasang wajah dingin sepertinya dia lagi bercakap dengan seseorang di hadapan.
"Kau tak mampu takluk wanita itu lagi Harris..?"
Harris melepaskan keluhan kasar. Dia menggeleng kepala berkali-kali sambil melihat air hujan turun membasahi bumi.
"Lemah!.."
"Kau diam! Dasar iblis.."
"Aku iblis dan kau penganutnya. Kau lupa Harris Akmal? Kau yang datang cari aku."
"Bukan aku yang datang cari kau."
"Apa kau naklagi?." Harris beralih arah pada makhluk hodoh itu.
"Nyawa dan darah.." Suaranya sangat perlahan.
"Aku tak ada mood nak cari. Pergilah.." Harris segera keluar dari bilik tanpa melihat kiri kanan lagi.
"Kau menolak Harris..? Kau sedar kau mempunyai orang-orang yang boleh bawa permintaan aku kemari bukan?" Bayang-bayang itu terbang mengikuti jejak Harris ke ruang tamu.
"Atau aku akan tarik semula apa yang kau punya sekarang ni. Mahu..?"
"Hehehe.. Kau fikirkanlah semula dengan kata-kata aku ini Harris.." Makhluk itu berlegar-legar di sekeliling tubuh Harris Akmal.
"Sial. Kau jangan nak main ugut-mengugut lah! Aku Harris Akmal tak pernah takut dan tunduk patuh dengan makhluk hodoh seperti kau lah setan."
"HAHAHA.."
"HAHAHA.."
"BAIKLAH. Aku juga tidak takut dan patuh dengan kau lagi wahai Manusia bodoh." Makhluk itu terus membesar dan membesar melebihi sebuah rumah Harris Akmal.
"ARRRRRRRRRRH!" Bergegar satu persatu bukit-bukit yang ada di belakang rumah Harris Akmal.
Kedua-dua Maid baru itu mula melihat kiri kanan.
"Aaaaaa!!! Allahuakbar ada apa ni..?" Kedua-dua Maid berpelukan erat.
"Mana Makcik Jah..?"
"Aku tak tahu.."
"Makcikk.. Isk to-long kami.." Mereka memejam mata sambil berselawat dengan kencang.
"Mak cik saya takut."
"Aaaaaaa...."
"Argh!!! Tolong..."
"HUARGGGGHH.." Rumah besar yang di bangunkan oleh Harris Akmal dua puluh tahun lalu. Kini hampir-hampir roboh kerana amarah makhluk hodoh itu.
PLUP
Lampu dalam rumah Harris terpadam sendiri.
"Argh!!! Mak cik.."
"Makcik to-longgg.."
*Maafkan Cik Jah isk..* Ia hanya mampu menangis dalam diam.
Bukan sekali dua kejadian ini berlaku. Bahkan sejak dulu lagi kejadian ini sudah berlaku dia faham kenapa hal ini berlaku semula.
Dan paling tragisnya beberapa maid perempuan juga turut jadi mangsa keadaan.
Seperti sekarang.
PLAP
Tiba-tiba lampu terbuka semuanya.
Suasana kembali aman tanpa sebarang bunyian lagi. Kedua-dua Maid perempuan tadi juga sudah tiada di dalam rumah itu.
"Alhamdulillah.."
"Subhanallah.."
"Allahuakbar.." Mak Jah keluar dari bilik dia mengesat air mata hingga kering.
"MakJah.."
"Eh! Te-ngku.."
"Buatkan aku makanan ringan. Aku lapar ni.." Harris beredar pergi tanpa berkata apa-apa lagi.
"Baik.." Mak Jah segera ke dapur untuk memulakan rutin memasak makanan ringan dan ringkas yang di pesan oleh sang majikannya.
"Oh My god!!!" Ternaik suara Mariya nyaring di tengah-tengah ruang tamu rumah Harris Akmal.
"Bila balik.?"
"You!.. Mana orang-orang gaji you pergi. Ini rumah ke sarang tikus.?" Mariya melangkah kaki ke arah Harris Akmal.
"Tadi ada gempa bumi. I baru nak suruh diorang bersihkan ni." Harris terus duduk di sofa.
Ia tak perdulikan Mariya sama sekali.
"What? Gempa bumi! Hahaha.. I balik tadi semuanya to be okey jer.." Mariya mencebik bibir.
"You mengamuk lagikan.?" Mariya berlari mendapatkan harris Akmal.
"Tak ada masa I nak mengamuk bagai! You tu pula dari mana..? Malam-malam buta baru balik."
"Jangan tipulah I tahu you tengah mengamuk sebab perempuan sundal tu takde dekat rumah ni bukan?!. Well I rasa lega sangat sebab perempuan tu tak ganggu hubungan kite lagi."
"Membebel macam mak nenek! Naik pekak telinga I ni.." Harris terus bangun dan ke dapur semula.
MakJah mendapatkan Harris di meja makan. Dia segera menunduk hormat.
"Ada apa cakap jelah."
"Maid.."
"Hm.." Harris mengeleng kepala.
"Urusan mereka yang lain tentang mayat mereka suruh Peng atur semuanya."
"Tapi Tengku. Ini dah ke berapa kali Maid-maid yang berkerja disini mati dengan tragis Tengku." MakJah mula menangis.
"Bukan salah aku.."
"Tapi ini realiti sebenar. Tengku lah yang bersalah. Tengku lah punca utama dan Te-ngku harus bertanggungjawab dengan semua ni isk.."
"KAU TAHU APA.?"
"Sebab Nadira pergi tinggalkan aku! Makhluk hodoh tu muncul dan ganggu aku lagi."
"Kemana aku nak cari dia lagi? MakJah."
"Tengku pentingkan diri sendiri sampaikan oang lain jadi mangsa keadaan."
"Kau diam MakJah!!!" Lantang suara Harris bergema di ruang itu.
"Kasihan roh mereka Tengku. Roh mereka takkan tenang selagi hal ni tak selesai, Tengku." MakJah mengesat airmatanya berkali-kali hingga naik sebam.
Share this novel