•EPISODE: 22

Drama Completed 221556

Harris Akmal tetap menikahi Mariya. Ia tahu keselamatan isteri dan anak yang berada di dalam perut sang isteri bakal selamat jika dia menikahi Mariya.

Dia mahu Mariya jadi tumpal darah jin itu.

"Sah.."

"Sah.."

"Sah.."

"Alhamdulillah.."

"Alhamdulillah syukur. You sudah jadi menantu and isteri kepada orang kaya juga akhirnya Mar. Hahaha.." Difa tergelak lucu di sebelah Mariya.

"Diam lah.. Orang dengar nanti.." Mariya tersenyum lebar sambil mengangkat tangan sambil mengangguk perlahan.

"Haha well boyot tu macam mana boleh setuju dengan cadangan you, Mariya." Chtia berbisik di sebelah Mariya.

"Korang tahu sajalah. Suami I tu baran dia akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kitorang.."

"Mendapatkan lah betina tu nanti hihi.." Mariya mencebik bibir bila matanya bertentangan dengan Nadira.

Perlahan-lahan Nadira bangun dari duduk bersebelahan dengan Azie dan Sharifah. Syazani.

"Auch aduh.."

"Nad.. Kamu kenapa ni..?" Hatta juga mendekati sang menantu bila ia melihat Nadira keluar dari masjid.

"Bonda. Erm ini perut Nad tak selesa duduk lama-lama sejak tadi. Sejuk kot dekat dalam tadi.."

"Mari kita duduk sana mungkin kamu lenguh pinggang ni. Jom.."

"Arghhh auch."

"Nadira.. Ya Allah air ketuban kami dah pecah ni.."

"B-onda.. Argh sakit.."

"Harris. Ya Allah.."

"Harris Akmal isteri kamu nak bersalin dah ni.." Secepat mungkin Hatta memeluk tubuh Nadira dari terjatuh.

"Mama..."

"Mama kenapa ni..?"

"Air ketuban dah pecah ni.."

"Farish! Buka pintu kereta cepat.."

"Baik Tengku.." Dengan gementar Harris mencempung tubuh badan Nadira ke kereta yang sudah di undur mendekat.

"Sakit.."

"Argh.. Anak nak keluar sangat-sangat dah ni abang.."

"Tahan dulu Nad. Jangan beranak dulu aku dah sediakan semuanya di hospital nanti dekat dalam sana kau teran puas-puas. Okay.."

"Argh! Ya Allah sakit..."

"Tengku.."

Ia hampir-hampir hendak menguna sihirnya untuk redakan sakit yang di tanggung Nadira. Tetapi akal sihat menolak mentah-mentah.

"Arghhhh...."

"Tarik nafas lepas perlahan-lahan. Tengok aku Nad."

"Tak boleh ah.."

"Tarik nafas hembus perlahan-lahan.." Ia pernah melihat semua itu di kaca tv.

"Abang!!.. Isk.. Bunuh Nad bang."

"Nadira!!!! Kau dah gila ke..?"

"Bun- Arghhh.." Kesakitan di perutnya benar-benar membuat dia hampir hilang nyawa.

Dua jam sudah berlalu pergi. Harris Akmal sendiri yang menyambut anak lelaki keduanya itu seberat empat kilo. Betapa tegang urat-urat sang isteri tadi hendak melahirkan anak itu.

Di dodoi sang anak dengan senyuman di bibir. Dia sudah mempunyai dua anak laki-laki.

"Ugh..."

"Sayang.? Dah bangun.."

"Haus.." Nadira langsung mencari sesuatu diatas meja.

"Kejap.." Harris meletakkan anak di dalam bakul hospital semula.

Dia langkah ke meja.

Air suam di tuang ke dalam gelas kaca lalu di suapkan ke mulut isteri dengan sudu perlahan-lahan.

"Uhuk..."

"Cukup tak..?"

"Hm cukuplah.. Terima kasih abang.." Ia cuba untuk bergerak tetapi tubuhnya kembali sakit.

Hendak menangis semahu-mahunya rasanya.

"Um.. Anak aku lagi tidur tu. Kau tahu tak..? Dia sangat kacak macam aku juga Nad.." Harris menunjuk kearah bakul di sebelah Nadira.

"Dia juga anak saye abang.."

"Tapi dia dari air mani aku Nadira."

HAHAHA.

HAHAHA.

"Aku kembali Harris Akmal." Bayangan hodoh itu mendekati katil Nadira.

"Kau? Macam mana k-kau."

"Abang.!!"

"Aku kembali kerna budak itu. Janji tetap janji Akmal kau jangan buat-buat lupa tentang janji kita."

"Janji! Janji ape ni? Abang! Janji ape ni.?"

"Maafkan aku Nadira."

"Tidak !! Tidak !! Awak tak boleh buat macam ni abang."

Harris memeluk tubuh Nadira sambil menggeleng kepala.

"Pergi."

HAHAHA.

HAHAHA.

"Aku pergi tapi dengan anak itu." Ia melayang kearah bakul anak Harris Akmal.

"Jangan isk biarkan dia ambil anak saye, abang.."

"Ugh sakit.. tolong jangan ambil dia dari saye tolonglah, ya Allah."

"Argh, ya Allah anak aku."

"Biarkan dia ambil anak itu Nadira. Demi keselamatan kau demi keluarga kita, tolong lepaskan dia."

"Tidaaak.. !!!!!"

"Aku pergi." Bayang-bayang itu membawa anak kecil Harris pergi meninggalkan tempat itu.

"Argh !!!! Aku benci kau Harris"

"Cerai kan aku! Ceraikan aku lelaki tak guna."

"Nadira. Cukup yunk aku tak nak kau sakit sebab perjanjian janji aku dengan syaitan tu lagi."

PLAK

"Kau lelaki paling musibat yang pernah aku jumpa selame ni Harris! Kau lelaki bodoh! Kau sanggup gadaikan anak sendiri demi kepentingan diri sendiri."

"Lelaki jenis ape kau ni, Harris.?"

"Nadira.."

"Jangan panggil nama aku lagi. Kau bukan suami aku mulai saat ini, Harris Akmal." Nadira menolak tubuh Harris menjauh.

Ia bertaktih kaki untuk keluar dari wad itu.

"Yunk."

"Nadira tunggu.." Harris terus menarik tubuh Nadira.

Ia memeluk tubuh Nadira dengan erat. Berderai air mata kerana wanita itu.

"Pergi.."

"Pergilah Harris. Kau bukan suami aku lagi."

"Please jangan cakap macam ni lagi Nadira. Aku sayangkan kau Yunk."

"Hahaha. Sayang?! Kau dah lupe." Nadira menolak bahu Harris jauh-jauh darinya.

"Kau dah jatuhkan talak pada aku lepas aku lahirkan anak kau bukan.?"

"A-apa?"

"Aku dengar semuanye Harris Akmal."

"Nadira dengar dulu. Apa yang kau dengar tu bukan apa yang kau.."

"Hahaha cukup. Isk aku terlalu sakit hati dengan kau Harris. Sakit sampai ke sini tau." Nadira menekan kuat di tepi dadanya.

"Sekarang boleh aku pergi sekarang tanpa ganggu hidup korang berdua lagi. Bolehkan isk.?"

"Yunk.."

Nadira berjalan keluar dari wad itu.

Hatinya sakit tiada ganti lagi.

Cukuplah selama ini dia bersabar kerana anak tetapi kali ini bukan biasa-biasa dia membenci lelaki itu.

"Eh Nadira."

"Nadira. Kenapa keluar ni nak.?" Hatta dan yang lain meluru mendapatkan Nadira di tepi dinding putih.

"B-bonda."

"Nak kenapa ni..?"

"Nadira dah selamat melahirkan anak Harris Akmal. Isk.." Tubuhnya semakin lemah.

"Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah tapi kenapa kamu keluar ni mana Har.?"

"Ha'ah mana Along." Azie memapah tubuh Nadira.

"Nad." Syaz dan Riezal meluru mendapatkan Nadira.

"Isk Sya.."

"Kenape ni.?"

"Ira. Awak baik-baik sajakan." Riezal ingin sekali memeluk tubuh Nadira.

Tetapi mereka bukan sesiapa di saat ini.

"A-nak aku dah takde."

"Apa.??!!! Maksud kau Nad."

"Ira.."

"Kak long tak tipukan isk."

"Nadira cakap lah apa yang jadi ni." Hatta memeluk tubuh Nadira.

Ia menangis teresak esak.

"Ia dah ambil anak saye Bonda. Isk.. Harris dah ceraikan saye talak satu.. isk.."

"Ya Allah, Harris Akmal !!!"

Nadira terus jatuh tersungkur menyembah bumi. Kudratnya sudah habis limitnya.

TO BE CONTINUE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience