Ahli keluarga Mariya berlari masuk ke dalam rumah Harris Akmal dengan terburu-buru setelah mereka dapat tahu yang Mariya keguguran.
Padahal kandungannya baru masuk satu minggu Doktor sahkan yang Mariya keguguran dan untuk pulih semula akan mengambil masa yang lama.
Kedua-dua abangnya angkatnya juga turut berduka cita dengan apa yang terjadi pada sang adik mereka walaupun hanya adik angkat saja di dalam ahli keluarga mereka.
"Kita bawa Mariya pergi berubat nak tak.?" Si abang sulungnya memberi cadangan.
"Untuk apa..? Kamu jangan cakap macam adik kamu ni kena guna-guna ya.." Marah sang Papa pada anaknya.
"Jangan-jangan ini angkara siapa..?" Sang ibu pula bertanya pada anak-anaknya.
"Mama rasa siapa yang tak puas hati dengan anak Mama ni. Cari benda tersembunyi Ma." Si anak kedua pula mula bermain teka teki.
"Siapa lagi kalau bukan si hantu kom-kom tu! Dia cemburu lah sebabnya Harris Akmal tu lebih sayangkan Mariya dari dia."
"Mama tahu lah firasat benak perempuan tu macam mana memang tak baik."
"Tengok lah adik kamu tengah sakit ni ada ke dia datang rawat..?"
"Takkan! Nampak betul dia yang guna-guna adik korang ni..."
"Mama.."
"Mar.. Ey anak aku dah sedar.."
"Ugh.. Perut Mar sakit Ma."
Mereka berempat segera mendapatkan Mariya yang lagi terbaring kaku di atas katil.
Masing-masing cuba memujuk hati Mariya. Mereka meredakan tekanan perasaan yang di hadapi Mariya dari tadi. Keguguran katakan.
"Ni semua salah Nadira Ma."
"Dia pembawa sial dalam rumah ni. Mar benci perempuan tu Mama."
"Kamu jangan fikir bukan-bukan nak."
"Tak baik untuk kesihatan kamu sekarang ni mana Harris..?" Si Papa pula bertanya.
"Dia ada kerja di luar kawasan Pa. Isk.."
"Dia tak tahu pun yang Mar keguguran ni isk kalau dia tahu pasti dia marah besar."
"Sebabnya dia sangat-sangat nantikan anak ini isk.."
"Ini semua salah Nadira! Semua salah dia isk Mar takkan maafkan dia sampai ke mati isk.." Mariya menangis semahu-mahunya.
"Bagus. You jangan pernah maafkan dia."
"Biar dia tanggung semua derita yang dia buat pada you di akhirat nanti."
"Isk ya. Along.."
"Kamu berehat ya. Jangan banyak bergerak doktor cakap badan kamu akan baik-baik saja lepas pantang nanti."
"Baik Papa. Thanks ya datang lawat Mar hari ni.."
"Oh ya. Mana si hantu kom-kom tu..? Mama tak pernah nampak dia pun sejak kami jejak kaki di sini tadi."
"Apa dia tak datang rawat you ke Mar..?"
"Tak. Har dah halau dia keluar dari sini. Har tahu Mar lagi mengandungkan anak dia, sebab tu Har cepat-cepat halau perempuan tu pergi."
Kedua-dua abangnya tercengang serentak mereka melihat sesama sendiri dengan menggeleng kepala.
Jauh beza mereka dengan Mar yang seorang ini.
"Apapun you tetap salah Mar."
"You yang ganggu rumah tangga diorang selama ni." Si abang kedua mula menjauhkan diri.
"WHAT...?"
"Hey apa kau merepek ni. Perempuan tu yang ganggu hubungan mereka dua selama ni kau sedar tak."
"Perempuan tu tak sesuai langsung dengan Harris."
" Lagipun. Perempuan tu tak ada apa-apa yang boleh buat Har bangga dengan dia tu, kau tahu tak..?"
"Ma.."
"Betul apa yang abang cakap tu. Sepatutnya.."
"Sudah! Sudah! Mama tak nak korang membiila hantu kom-kom tu lagi."
"Apa korang pun dah di guna-gunakan juga ke..? Hebat sungguh budak hantu tu.."
"Har yang bawa I ke sini dengan rela hati. Bukan I yang yang terhengeh-hegeh nak datang isk.."
"Apa yang Har buat sekarang ni memang bagus."
"You memang layak ada di sisi Har tu bukan si hantu kom-kom yang tak tahu diri."
"Sebab dia jugalah kamu tak jadi langsungkan perkahwinan korang yang sebelum ni."
"Tapi thanks god. Mama agak lega sangat sebab dia tak ada di sini."
"Kalau tak. Tak tahu lah yang dia cuba buat lagi dekat you Mar.."
"You mesti jaga diri baik-baik."
"Jaga permakanan and jaga kelakuan sebaik-baiknya bila di depan Har tu ya.."
Mariya mengangguk kepala dengan senyuman lebar.
Mariya sedang menanti seseorang dari tadi. Dia juga ingin tahu apa yang lelaki itu mahu darinya hingga ingin mengugut tentang keperibadian dirinya bagai.
CLAK
"Sorry I'm late.." Sebuah kerusi di tarik keluar dari bawah meja.
Ia terus duduk tanpa menoleh pada wanita itu pun.
"Riezal! You..?" Mariya terkejut dengan lelaki itu.
"Ya. Order dulu.." Riezal terus memanggil pelayan.
"I tak nak order apa-apa !!! I nak tahu kenape you ajak I berjumpa itu saja.."
Riezal terus menulis di sebuah cek sebanyak dua puluh ribu ringgit tunai serta merta dia melempar di depan Mariya.
"Untuk kerja kau seterusnya! Selesaikan itu dulu nanti aku bank-in selebihnya."
"Macam mana deal..? Aku tahu kau boleh buat kerja Mar. Haha."
"Cih! I boleh lakukan semuanya asalkan masyuk. Thanks Riezal."
Riezal hanya tersenyum sambil memotong steak langsung di masuk ke mulut.
Di ruang meeting Harris Akmal tersenyum nipis sambil mendengar prestasi demi prestasi yang di sampaikan oleh salah sorang pekerja Za'ba enterprise.
Ia lagi berunding untuk menjual pelbagai saham-saham kecil mereka kepada beberapa syarikat besar yang lagi tertarik dengan saham-saham mereka sejak tahun lalu.
*Rie! Rie! Jangan sangka aku bodoh macam kau. Aku di sini tetapi mata-mata aku terlalu banyak di luar sana!..*
*Sayangnya Kau bff aku. Kalau tidak dah lama aku humban kau dalam neraka.*
*Musibat punya kawan. Tapi tak apalah. Kau tunggu sajalah bapak iblis ni akan beraksi tak lama lagi..*
*Bodoh!..* Ia melirik mata pada atas bahu Riezal.
Ia hampir-hampir tergelak besar kerana siluman kera sedang bergayut di atas bahu rakan karibnya aKa rakan kerjasama juga.
Riezal sudah panas telinga sejak tadi seperti ada yang sedang bercakap-cakap tentang dirinya.
Seram sejuk juga turut mengelilingi dirinya. Ia langsung mengabaikan saja rasa semua itu.
TO BE CONTINUE ✨ Rupanya Riezal juga ada niat jahat untuk pisahkan Nadira dengan Harris Akmal. Dalam diam dia menggunakan Mariya untuk keperibadian jahatnya itu. Lelaki jenis apakah dia.???
Share this novel