Hatta dan Ziana ke rumah Harris akmal, Kebetulan mereka ada masa bersama. Mereka berdua jalan ke depan rumah Harris akmal.
Ziana mengetuk pintu rumah bertalu-talu.
"Assalamualaikum.." Mereka berdua memberi salam serentak.
"Waalaikumussalam. Kejap.." Suara Aqtar Danish sudah bergema di depan muka pintu.
"Maksu !! Yeayyyy.."
"Opah pun datang.." Aqtar Danish berlari ke depan rumah.
"Eh Tengku, Cik Ziana silakan masuk Datin tengah solat dekat bilik atas tu.." Ketty membuka pintu dengan senyuman lebar.
"Terima kasih, Ketty." Hatta dan yang lain segera masuk ke dalam rumah.
"Yeayyyy jajan jajan.. Umie.." Aqtar terus berlari naik ke bilik.
"Hati-hati lari tu." Ziana terus duduk di atas sofa.
"Saya ke dapur dulu ye, Minta diri.." Ketty terus beredar ke dapur semula.
"Baik." Hatta hanya senyum nipis sambil mengangguk kepala.
"Wow diorang pun ade jajan, Bonda." Ia mengambil coklat forero yang berada di dalam bekas kaca di buka.
Terus di masuk ke dalam mulut.
Nadira turun dari bilik tanpa memakai tudung dan niqab seperti biasa. Dia agak tak selesa memakai pakaian labuh duduk di rumah.
Panas.
"Assalamualaikum.." Nadira berjalan kearah Hatta.
"Waalaikumussalam." Hatta dan Ziana menjawab serentak.
"Kamu tak apa-apa ke ni.?" Hatta sedikit tergamam dengan wajah Nadira.
"Tak ape-ape Bonda." Dia menyalami tangan Hatta dan Ziana.
"Ira.." Hatta terus memeluk tubuh Nadira kuat-kuat.
Ziana dan Nadira terdiam sendiri.
"Bonda kenape ni? Meh duduk dulu kejap lagi kita minum ya.." Ia menepuk belakang tubuh Hatta.
Hatta mengesat air mata di pipi.
"Bonda, Ziana sihat ke..?"
"Ziana macam mana dengan Uni semua baik-baik saja ke?" Nadira mengenggam tangan Hatta.
Ia melihat pada Ziana. Dia senang hati dengan kedatangan Hatta dan Ziana di sini.
"Bonda sihat alhamdulillah.."
"Bonda rindukan cucu Bonda, termasuk menantu yang sorang ni.." Hatta tersenyum lagi.
"Ziana pun baik sihat alhamdulillah, Uni..? Biasalah selagi tak ambil exam lagi tu lah otak berserabut hahaha.." Ziana menepuk peha Hatta.
"Akak tak nak masuk uni ke tak teringin nak sambung belajar balik ke.? Ehehe.."
"Ziana tanya jer ek.." Ia mengaru dahi sendiri.
"Akak dah tua lah.. Silap-silap ada yang ketawakan Akak nanti." Nadira memeluk bahu Hatta.
"Datin, Tengku, Cik Ziana jemput minum.."
"Kejap lagi kita ke meja makan ya, mereka tengah masak di dapur tu.." Marlini menuang air oren laici ke dalam cawan tinggi.
"Tak apa pelan-pelan saya kesini nak jenguk menantu dengan cucu saya ni."
"Makan tu lewat sikit tak apalah, Kalau Har balik awal boleh lah makan sekali.." Hatta tersenyum lagi.
"Baiklah saya ke belakang dulu.." Ia mengundur diri ke dapur semula.
"Abang selalu balik lewat Bonda, Baik kite makan dulu."
"Lagipun sekarang ni Abang banyak kerja nak kena buat dekat pejabat tu."
"Maklumlah sejak-sejak dia dapat projek dekat Sabah tu.. memang agak sibuk sikit.." Nadira tersenyum senang.
"Abang Har pernah pergi Sabah sorang diri tak kak.?" Ziana mula menempel di sebelah Nadira.
"Buat masa sekarang ni dia tak pernah pergi lagi, Kebanyakan orang-orang dia jelah yang pergi.."
"Kenapa?" Ia beralih wajah pada Ziana.
"Mana lah tahu kalau-kalau abang Har pergi tanpa kak Ira, Yelah dekat pejabat tu ramai perempuan cantik-cantik.."
"Hurm takut dioang goda abang Har jer nanti." Ziana melihat kearah Hatta.
"Ziana! Kenapa cakap macam tu jagalah kata-kata tu sama.."
"Dulu dengan sekarang zaman dah berbeza Ziana." Hatta menggeleng kepala.
"Tak apa lah Bonda Ira redha kalau abang menduakan Nadira lagi.." Nadira menunduk wajah.
Dia tahu ramai perempuan di luar sana tergila-gilakan Harris akmal, tetapi siapa lah dia nak menidakkan cemburunya pada perempuan di luar sana.
"Jangan cakap macam tu Ira.. Semua orang tahu Harris hanya milik kamu."
"Dan kamu harus ada rasa cemburu dengan perempuan diluar sana.."
"Kita seorang isteri harus utamakan keluarga bukan orang luar Nadira." Hatta membalas genggaman tangan Nadira.
Sebulan kemudian.
Harris akmal masuk ke dalam pejabat seperti biasa, Sofea tiada di sana. Ia sudah bercadang untuk membawa Nadira bersama.
"Duduk.." Harris akmal mendudukkan Nadira di kerusi kerjanya.
"Kenapa abang bawa saya ke sini lagi."
"Mane Sofea..?" Ia memandang kearah Harris yang lagi duduk di bucu meja.
"Dah seminggu dia tak datang kerja Yunk, entah lah dia ke mana.."
"Call pun tak berangkat.." Harris akmal mengangkat kedua bahu.
"Abang buat apalagi.? Abang.." Ia sudah mengagak apa yang terjadi pada Sofea.
"Aku tak tak buat apa-apa pun."
"Dia yang tak datang kerja tak kanlah aku nak pergi jengah dia dekat rumah pulak." Harris akmal terus bangun dan berjalan keluar dari bilik itu.
Adalah kerja Nadira kena buat bila Harris akmal mangajak dia ke pejabat tanpa sebab.
"Saya dah lama berkahwin dengan abang."
"Saya dah tahu dah kenal siapa abang, Berubahlah bang.." Ia menggeleng kepala.
Pintu bilik dibukanya semula dan beberapa fail kerja di letak atas meja.
"Untuk kau, Yunk.." Harris akmal tersengeh nipis.
"Saya dah agak memang saya kena buat kerja-kerja ni. Tak kire saya nak gaji bulan ni eh."
"Asebabnye kerja ni kena perah guna otak bukan guna ayat-ayat manis abang tu.."
"Huh.." Nadira membuka laptop beberapa Folder di jengahnya.
"Hahaha. Murah sangat tu, Nanti aku up lima ribu sebulan okey.." Harris akmal terus mencium pipi Nadira sebelum dia menarik kerusi dan duduk di sebelah isterinya.
"Harini abang ade meeting dengan empat orang ceo dari luar kawasan ni.."
"Abang nak pergi tak?" Ipad Samsung di belek-belek lama.
"Hum bolehlah.." Peha Nadira ditepuk-tepuk bagai hendak dodoikan bayi pula.
"Okey, Saya accept. So start pukul 10 nanti abang dah boleh pergi."
"Saya dah sent location dekat Farish." Nadira mengetik di screen ipad dengan sedikit rakus.
"Laju betul kau Yunk. Ini yang aku suka dengan kerja kau, thanks.." Jari jemarinya Nadira di genggaman Harris akmal.
"Alhamdulillah.. Lepas ni saya pula harus ganti tempat abang, boleh lah abang berehat di rumah lama-lama ye tak."
"Kesian abang umur pun dah meningkat.. Ihik.." Hidung mancung Harris akmal di tarik kuat.
Geram.
Harris akmal hanya menjeling sambil menggeleng kepala.
"Tahu dah abang takkan setuju." Bibir Nadira sudah muncung sedepa.
Ia tersenyum lagi.
"Ape..?" Nadira jadi terkedu sendiri bila melihat wajah Harris akmal benar-benar serius dalam tawa.
Nadira kembali mengerjakan kerja yang terbekalai itu.
"Yunk ikut aku kejap." Harris sudah menarik tangan Nadira ke kamar.
"Kenape ni abang.? Saya ade kerja lah." Ia terpaksa turuti juga.
"Kau dah habis pantang bukan.?"
"Huh.?! Abang. Takkan dekat sini."
"Sini lah mana lagi." Harris menghumban tubuh Nadira di atas katil.
"Abang !!!"
"Hahaha.."
Hampir dua jam ia mengauli isterinya di atas katil. Harris akmal berjalan keluar dari pejabat.
Seperti biasa Nadira akan berjalan-jalan ke tempat kerja orang bawahan Harris akmal.
Dia mesti mendapatkan maklumat tentang Sofea.
"Projek ni untuk bila ye..?" Nadira berjalan ke meja Hans.
"Oh Datin, Ni projek untuk lima bulan depan. Tengku arahkan untuk siapkan awal-awal.."
"Kenapa ye Datin?" Hans tersenyum lebar.
"Oh.. takde apalah saya saje nak tanya, Boring duduk dalam tu lama-lama." Dokumen itu di ambil lalu dibacanya sekerat ayat saja.
"Datin tahu tak kenapa Sofea tak datang kerja selama sebulan ni..?" Hans mula mengorek rahsia.
"Sebenarnya saya yang nak tanya awak."
"Tapi awak pula tanya saya.." Nadira meletak dokumen koko di atas meja Hans semula.
"Saya tahu.." Nina berjalan kearah meja Hans.
"Ramai rupanya orang baru dekat sini, Orang baru ke?" Nadira berdiri di depan wanita itu.
"Ya, Saya orang baru di dalam syarikat ni.. Kami berdua masuk ke sini sebab nak pikat hati Tengku Harris akmal."
"Tapi entah macam mana, Tengku boleh terpikat dengan si Sofea tu pula."
"Geram betul.." Nina bercekak tubuh.
"Ssttt apa you cakap macam tu."
"Tak baiklah you tak kenal lagi siapa dia ni..?" Hans meletak jari di tengah bibir.
"Nak pikat Tengku Harris akmal? Saya rasa dia baru masuk kerja tahun lepas."
"Tapi tak pernah berjumpa lagi termasuk awak cik Nina bakar." Nadira menepuk bahu Nina.
Nina terdiam seketika.
"Bagitahu saya kenapa Sofea tak datang kerja."
"Saya pasti awak duduk serumah dengan dia. Right.." Hujung bahu Nina di sapu rapi.
"Sebenarnya.. Sebenarnya.. dia dah tak duduk sekali dengan saya sebab Tengku dah beli kondo."
"Sofea dah di pecat dari sini." Nina menunduk kepala.
Kini giliran Nadira pula terdiam sendiri.
"Jadi diorang masih bersama di luar sana ke Nina..?" Hans mula menyampuk perbualan mereka.
"Ye.. saya ada bukti jelas yang Sofea tengah bercinta dengan Tengku.."
"Tadi Sofea update dekat Ig.."
"Caption dia nak berjumpa dengan seseorang, kebetulan pula masa tu Tengku Harris akmal dah keluar dari sini.." Nina mengepal tangan.
"Cik siapa ya..?" Nina mula menyedari wanita di depannya tak bercakap sepatah pun.
"Say.. saya pembantu sementara dekat sini ganti tempat Sofea." Bergetar suaranya bila berkata-kata.
"Datin.." Hans tersenyum kelat.
"Datin. Siapa Datin..?" Nina berganjak setapak ke belakang.
"Datin Nadira, Isteri Tengku Harris akmal.." Gia berjalan kearah Nina.
"Apaa? Ya allah. Datin saya minta maaf sebab saya terlanjur cakap tadi tentang Tengku."
"Datin jangan pecat saya ya.. Please.." Nina mengenggam kedua tapak tangan Nadira.
"Sejujurnya saya memang nak tahu tentang Sofea, Terima kasih.." Ia terus berjalan masuk ke dalam bilik.
Bag tangan di ambil laptop dan barangan di atas meja di biar begitu saja.
Mereka bertiga melihat Nadira keluar dari pejabat. Masing-masing hanya kaku tak terkata apa-apa lagi.
Share this novel