Harris Akmal menarik tangan Nadira Safira segera keluar dari bilik hotel secara paksa, walaupun terpaksa.
Sungguh di dalam sana ada beberapa pergelutan di antara Nadira dan Harris. Anis dan Diana puncanya kerana membuka pintu bilik itu.
"Sakit lah."
"Kau nak berkurung dekat sini sampai bila.? Huh balik."
"Tak nak."
"Balik aku kata. Kau jangan sampai aku usung kau keluar dari sini."
"Dasar lelaki tua. Awak dah ceraikan saye buat ape awak cari saya lagi.?"
BUGH
"Aw!" Nadira terjatuh kerana pergelutan itu.
"Korang tunggu apalagi? Ambil tali tu." Harris akmal menyergah Diana dan Anis yang lagi kaku di depan Nadira.
"Baik-baik.." Diana dengan terburu-buru mengambil tali dan mengikat tangan Nadira dengan kejap.
"Korang tak boleh macam ni.." Ia terus menolak bahu Harris.
"Maafkan kami Nad kami terpaksa membenarkan Tengku masuk ke sini."
"Korang berpakat selama ni bukan ape salah Nad kak."
"Aw! Sakit lah.." Nadira cuba bergelut dengan Harris lagi.
Dalam dia masih di dalam pantang.
Tenaga dalamannya masih belum sembuh untuk berlawan lebih-lebih dengan Harris Akmal, sudahnya dia mengalah lagi.
"Mari sayang kita settlekan semua ni di rumah saja." Harris terus menangkap tubuh Nadira.
Ia membuang rasa malu di dada lalu di gendong sang isteri keluar dari bilik hotel tersebut.
"Lepas. Awak memang tak malu sentuh saye, kite dah bercerai lah."
PAP
Harris menampar punggung Nadira.
"Argh sakit."
"Sejak bila..?! Kau jangan nak lari, Selama ni aku tak pernah sebut semua tu kau faham ke tak."
Harris menarik tangan Nadira keluar dari kereta. Ia harus bercakap berdua dengan sang isteri. Selama ini dia tak pernah menyebut perkataan talak pada Nadira.
Tak pernah sama sekali.
BUK
Tubuh isterinya di dudukkan atas sofa depan ruang tamu.
"Saye nak pergi." Nadira cuba untuk bangun.
Malas dia nak berbaik dengan lelaki bersaka ini. Seram !!
"Hye. Duduk." Harris menekan bahu Nadira untuk duduk semula.
"Ape masalah awak hah.?"
"Ape awak tak malu ke orang-orang dekat hotel tengok awak dukung saye macam tu tadi." Agak meninggi suaranya memarahi Harris Akmal.
"Malu.? Oh lupa tapi abaikan jelah." Harris terus duduk di depan Nadira di atas meja.
"Sewel eh awak ni."
"Sewel.?! Sewel pun dah sorang anak dengan kau Nadira." Harris mencubit pipi Nadira dari luar niqab.
Nadira terus membalikkan tubuhnya ke tempat lain.
"Sekarang talk to the point. Kenapa kau cakap benda mengarut tu."
"Cakap." Harris menarik niqab dan tudung labuh Nadira.
"Hey bagi balik lah.." Terkapai-kapai ia untuk mendapatkan semula niqab dan tudung labuh itu.
"Yunk."
"Bagi lah."
"Yunk. Jangan sampai kau mengandung lagi lepas pantang ni." Harris memberi amaran kepada Nadira.
"Masyaallah. !! Tak padan eh."
"Well. Sekarang kau duduk dan mari kita berbincang."
"Nak bincang ape lagi.?! Awak dah punye segala-galanya. Awak dah ade anak awak dah ade isteri baru."
"Awak nak ape lagi.?! Now awak dah ceraikan saye pun, Harris Akmal." Sehabis tinggi suaranya di depan suami.
"Bila aku ehm kan kau Nadira.??! Bila."
"Mariya call saye mase saye dekat sekolah Tahfiz sebelum ni."
"Dia sendiri bagitahu, awak akan ceraikan saye dengan talak satu lepas saye lahirkan anak awak, Harris."
"Jadi kau percaya.?" Harris memotong kata-kata Isterinya.
"Pasti saye percaya sebab saye perempuan dan saye tengah mengandung anak awak Harris Akmal."
"Hulf. Boleh tak kau panggil aku macam biasa saja tak perlu panggil nama."
"Semak tahu tak.? Aduh." Wajahnya di usap berkali-kali.
Sungguh dia serabut kepala dengan hal isteri-isterinya selama ini.
Apa yang peliknya lagi, dia langsung tak cakap apa-apa dengan Mariya selama ini. Di hospital pun mereka jarang berbual.
Apa sekarang Nadira sudah tawar hati dengannya.
"Dah jelas bukan, jadi saye nak balik." Nadira berjalan dengan pantas ke depan laman pintu.
"Yunk tunggu."
"Yunk aku tak tahu apa-apa tentang Mariya cakap tu."
"Yunk." Harris berlari mendapatkan Nadira.
PRANG
"Argh." Nadira terduduk kaku.
"Yunk." Harris berlari mendapatkan Nadira di depan pintu.
Ia melihat sebuah pasu besar pecah betul-betul di depan isterinya.
Kabus nipis menerpa masuk ke dalam tubuh Nadira.
Tubuh Nadira terus longlai dan jatuh ke dalam pelukannya Harris Akmal.
"Yunk. Sedar yunk."
"Sial. Dia dah tahu Nadira dah balik."
HAHAHA.
HAHAHA.
"Aku datang lagi, Harris Akmal." Kabus tebal hitam pekat mendekati Harris Akmal.
"Kau nak apalagi.? Tak cukup lagi kau ambil anak aku, sekarang kau masih nak kejar isteri aku pula. Sial."
PRAK
PRAK
PRANG
Barang-barang di depan Harris Akmal semuanya pecah seribu.
Harris menarik tubuh Nadira masuk ke dalam dakapannya. Walaupun Nadira masih berpakaian tebal dan lengkap ia tak mahu Nadira ter-apa-apa.
"Aku mahukan anak kalian."
"Apa kau tak cukup lagi kau dah dapat anak aku huh berambos." Harris menggenggam tangan Nadira.
Ia membaca mantra sambil menekan hujung jari Nadira.
"Tolong aku."
"Tolong aku. Aku perlukan bantuan, kalian." Harris mengigit kecil jari telunjuk Nadira.
Ia menitiskan darah di atas lantai.
PRANG
PRANG
ARGH
"Harris.. aku mahukan anak itu argh."
"Kembalikan darah itu pada aku." Makhluk hitam hodoh mengamuk sesungguhnya di depan pintu.
Harris membaca mantra sesungguhnya, ia mahu makhluk hitam hodoh itu beredar pergi.
"Bantu aku."
"Wajah bayangan bantu aku."
"Wahai jelmaan ketujuh dayang tasik muncul lah di hadapanku."
ARGH
"Harris, aku bunuh keluargamu."
Ketujuh-tujuh Dayang tasik mula turun lalu mereka mengepung tubuh Harris dan Nadira.
"Kami datang seusai hajat Tuan hamba." Mereka ketujuh-tujuh Dayang berlutut dengan hormat di depan Harris Akmal.
"Itu makanan korang, Bantu aku hadap jelmaan hodoh itu." Harris menunjuk kearah makhluk hitam hodoh yang lagi mengamuk di depan pintu.
"Kami menurut perintah Tuan hamba." Ketujuh-tujuh Dayang itu menghidu bauan darah itu hingga kering.
Tiba-tiba mereka mengerling tajam pada makhluk hitam hodoh itu.
"Kami perintahkan kau pergi."
"Kau tak boleh panggil mereka Harris, kau sudah langgar perjanjian kita."
ARGH.
"PERGI. JANGAN GANGGU TUAN KAMI LAGI."
"KAU TAK LAYAK MENGHINA TUAN KAMI." Dayang ke tiga terus memberi jurusnya tepat di dada makhluk hitam hodoh itu.
"Argh aku perlukan darah itu."
ARGH
ARGH
"TIDAAAAAK. HARRIS AKMAL AKU BAKAL KEMBALI LAGI."
PRAK
KRAK
Ketujuh-tujuh Dayang itu terus bertempur dengan bayangan hitam hodoh itu.
Mereka bertujuh langsung tak mahu mengalah kerana mereka sudah mendapat habuan dari Tuan mereka seketika tadi.
"PERGI." ketujuh-tujuh puteri Dayang itu segera mengheret bayangan hitam hodoh itu ghaib dari alam nyata.
"Maafkan aku Nadira."
"Maafkan aku sekali lagi argh. Sial." Ia menarik tubuh Nadira ke dalam dakapannya lagi dan lagi.
Sekali lagi dia menggunakan Nadira untuk kepentingan diri sendiri.
Share this novel