Sudah dua hari Harris Akmal berada di hospital kerana alahan makanan seafood.
Ia melihat ke pintu wad sejak tadi jari jemarinya bermain ligat.
"BIY..!!"
"Huh..? Kenapa."
"You ni dah kenapa...? I panggil banyak kali tapi you still diam dari tadi."
"Fikir apa jer huh.?" Mariya letak bekas bubur McD di atas meja.
"Ehem! Tak ada apalah I sakit kepala sikit.."
"Baguslah lagipun I dah ada di depan you. Tak kan you masih nak cari orang lain.*
"Cuma I saja yang mampu jaga you time sakit ni. Bukan orang lain biy."
"Ya I tahu.."
Semakin hari ia rasa ada yang berbeza dengan Nadira. Isterinya sudah jarang tersenyum.
Jarang berbual dengan maid ketika mereka lagi di dapur. Dan isterinya selalu memanjakan Aqtar lebih dari diri nya sendiri.
*Haish takkan dengan anak pun aku nak cemburu buta? Gila..* Harris menggeleng kepala sendiri.
Mariya melihat semuanya yang terjadi di depannya saat ini. Lelaki itu seperti lagi berfikir sesuatu dan sesuatu itu bukan tentang dirinya.
"Tengok tu.."
"Ada apa lagi.? I tak sihat ni."
"Please Mar jangan panaskan keadaan! Sebab you juga I ada di sini tahu tak.?"
"Okay-okay sorry biy. Meh makan sampai kenyang lepas tu makan ubat okay.?"
"Hm."
TOK
TOK
TOK
Harris akmal dan Mariya melihat kearah ketukan pintu tadi. Mariya terus bangun dan bercekak pinggang disebelah Harris.
CLACK
Pintu bilik di buka oleh Farish.
"Silakan Datin.."
"Terima kasih Farish.."
"Sama-sama Datin. Kalau ada apa-apa cepatlah beritahu saya ya."
"Saya ada di luar sana." Farish mengangguk kepala sambil menutup pintu bilik semula.
*Datang pun! Ingatkan dah lupa suami..* batinnya kuat berkata.
Kini pandangan mereka sudah menatap penuh kearah Nadira.
Ia pula jadi serba salah perlukah dia berpatah balik dan keluar dari bilik Harris akmal.
"Maaf.. Saya cuma nak bawa Aqtar datang sini dia rindu Papi dia." Nadira menunduk wajah.
Nadira yang lagi membawa makanan kegemaran sang suami yang ada di dalam bekas kedap udara itu terus di bawa ke belakang tubuh.
"Papiii..."
"Aqtar.. Mari nak.." Harris akmal mendepa tangannya.
"Biar I ambil anak untuk you eh.." Mariya berjalan dengan penuh gaya kearah Nadira.
Harris masih menatap salah satu tangan isterinya yang berada di balik tubuh.
Sungguh harum bau masakan itu.
"Bagi budak ni dekat I biar I saja jaga dia. You! Boleh berambus." Aqtar Danish bertukar tangan Mariya terus menolak bahu Nadira jauh darinya.
"Umie.. umie.." Aqtar mula mengapai bahu Nadira dari jauh.
"Maaf Tengku, Datin. Saya minta diri dulu assalamualaikum.." Dia menunduk kepala langkah nya terus keluar dari bilik lelaki itu.
"Eh Datin..?"
"In-i.. Erm ambil lah.." Ia menghulur bekas makanan tadi kearah Iskandar.
"Kenapa.? Datin jangan macam ni.." Iskandar menolak.
"Kau tak nak.?"
"Sini. Bagi aku.." Farish terus menarik dengan senyuman lebar. Dia memang suka dengan air tangan Datin mereka.
"Hoi! Itu untuk Tengku! Kau jangan ambil.." Kini bekas makanan menjadi rebutan diantara kedua-dua bodyguard Harris Akmal.
Alif hanya menggeleng kepala melihat aksi adik abang seperti budak-budak berebut mainan.
Jam di dinding sudah menunjukkan jam 1:00 Pagi. Nadira masih berseorangan di laman rumah seperti nya dia sedang menunggu keajaiban baru.
"Abang. Abang apa khabar dekat sana tu..? Saya rindukan abang tau.."
"Ihik.. Mesti lah abang sihat dan bahagia sebab kekasih hati abang ada di sisi. Betul tak hihi..?"
"Abang... Maafkan saya ya. Sebab saya jadi orang ketiga dalam hubungan abang sekarang ni ehehe.."
"Abang tahu tak..? Ihik.. Abang bakal jadi ayah lagi isk.. Ah tak adil bukan seorang perampas boleh mengandung anak abang."
"Abang tak boleh tahu hal ni. Tak boleh! Saya cuma mahu abang bahagia dengan kekasih hati abang hingga ke Jannah."
"Hihi saya isk. Saya harap sangat suatu hari nanti saya akan pergi dari hidup abang selama-lamanya seperti di telan bumi tu hihihi."
"Ah hujan pun sibuk nak turun."
"Benci tau. Isk isk..!!" Airmatanya laju membasahi niqab seperti air sungai lagi mengalir deras ke tebing-tebing batu.
"Datin.." Alif berdiri di belakang Nadira.
"Isk.. Eh awak Alif.."
"Kenapa Datin tak tidur lagi..?"
"Datin tahu tak sekarang dah pukul dua pagi. Kalau Datin jatuh sakit nanti macam mana?"
"Saye rindu Tengku! Isk saya betul-betul tak boleh tidur ni."
"Tapi-tapi awak jangan nak cuba-cuba mengadu dekat dia tau."
Isk..
"Tau! Janji.."
"Saya berkerja di bawah Tengku Harris Akmal."
"Saya punya hak untuk mengadu semuanya pada dia Datin. Sekarang masuk lah ke dalam dan rehat."
"Awak ni tak sporting lah! Ih.."
Alif menggeleng kepala melihat kelakuan Datin Nadira seperti membantah dengan kata-kata nya.
Ia mengemam bibir dari letus tawa besar.
*Sabar woi..*
"Cepat masuk ke dalam Datin."
"Kakak Una dah tunggu ni.." Alif menjarakkan diri setelah maid mendekati pada majikan wanita mereka.
"Ihhh! Yelah.." Sempat Nadira menjeling tajam pada lelaki itu sebelum dia berlari masuk ke dalam rumah.
"Kau pun garang sangat dengan Datin kita tu."
"Kesian Datin.." Una menggeleng kepala.
"Kalau saya tak cakap macam tu sampai ke bila-bila pun Datin tak kan berganjak dari sini kak."
"Tu hujan dah lebat Datin pula tengah mengandung."
"Bahaya tau tak kalau kena hujan lebat macam ni."
"Ini embun pagi kalau angin ain tegur lagi payah kak nak berubat nanti.." Alif sempat membebel sebelum dia melangkah kaki ke kereta.
"Mulut kalah perempuan kalau membebel! Sakit telinga.." Una segera masuk ke dalam semula.
Alif berlari mendapatkan Nadira di pejabat. Nafasnya termengah-mengah kerana menaiki tangga sudah lah pejabat majikannya di tingkat tujuh.
"Allah... Semput aku." Dadanya di tekan bertubi-tubi.
"Allah.. Datin! Haahh penat." Lariannya terus ke dalam untuk bertemu dengan Nadira.
"Ehhhh! Nak kemana ni.." Siti yang baru bangun dari duduk. Tiba-tiba menjerit nyaring pada Alif.
"Nanti saya cakap.." Alif terus berlari masuk ke dalam tanpa pamit pada adm di ruang depan.
"Datin! Haaaahhh Datin.."
"Ya Allah kenapa dengan awak ni Alif..? Dari mana ni Astaghfirullah duduk dulu sini." Nadira terus memberi beberapa helai tisu kering pada lelaki itu.
"Haahh !! Hah !! Tengku !! Tengku dah balik.."
"Oh.!! Itu saja..?" Nadira menggeleng kepala melihat Alif sudah semput dari tadi.
Ia bangun dan berjalan ke panty.
"Kenapa Datin tak terkejut pun apa Datin dah tahu tentang sesuatu ke...?" Dadanya masih berombak laju.
"Sudah.."
"APAAAA..?!"
"Duduk sini biar saya buat air untuk awak dulu Alif."
"Sini duduk awak dah berpeluh sangat ni.." Kerusi bar di bawa keluar dari bawah meja.
"Awak dari mana ni..?" Nadira terus membancuh air nescafe air dengan tenang.
"B-baik Datin.." Dada di tekan berkali-kali dia menarik nafas dalam-dalam lalu di hembus keluar.
"Saya dari rumah Tengku. Kebetulan Iskandar ada di rumah sebelum saya ke sini diorang bagitahu yang Tengku dah nak balik."
"Saya pun gelabah lutut lah. Sebab Datin dah ubah semua barang-barang Datin ke bilik lain saya risau kalau-kalau Datin kena marah saja nanti."
"Saya tak sempat nak naik dengan lift tadi.."
*Aku berlari-lari dari tadi last-last Datin dah tahu! Tak adil betul Datin ni..* Dia mengesat bawah mata nak nangis rasanya.
"Eh..? Jadi awak naik ke sini..?"
"Saya lari naik tangga."
"HAH..? Awak ni fhone ada bukan? Kenapa tak call saya saja."
"Sengaja nak mendapat sakit ke apa..?" Nadira terus letak mug air di depan Alif di atas meja.
*Hua!! Kenapalah aku tak terfikir langsung nak call Datin saja tadi..*
"Saya minta maaf sebab tak cakap awal-awal dengan awak yang Tengku dah balik hari ni."
"And Mariya juga ikut Tengku duduk serumah dengan kami."
FUHH!
Air di dalam mulut Alif tersembur keluar dengan kuat.
"Hye.. Allahuakbar awak ni dah kenape?"
"M-maaf.."
"Mm-maafkan saya Datin. Saya betul-betul tak tahu apa-apa ni." Alif memberi tisu kering kepada Nadira pula.
*Mampos tersembur pulak air ni tamatlah riwayat hidup kau lepas ni Alif Lutfa huaaaa*
"Awak ni dah! Ihhh..!!" Nadira mengibas-ngibas niqab dan tudung sekaligus.
Nasib baik tak buta.
"Maafkan saya Datin.." Alif terus melutut di depan majikannya airmata jangan cakap macam pili air pecah di tengah jalan.
Harris akmal masuk ke dalam bilik. Dia memerhati sekeliling bilik itu ya ia rasa ada yang sangat berbeza di dalam bilik beradu mereka di saat ini.
*Almari.. Yeah.* Harris akmal terus melangkah ke almari pakaian mereka pintu almari dibuka kasar.
PRAK.
"Ap-a-apa semua ni..?" Harris mengundur langkah ke belakang.
Jubah yang tersusun rapi sebelum ini sudah tiada di dalam sana anak matanya menatap meja solek.
"Nampaknya Bonda dah bagitahu dia lebih awal.." Terbit rasa bersalah di hati.
"You.." Mariya membuka pintu bilik sedikit.
"Sayang? Kenapa you datang sini.." Riak wajahnya terus berubah.
Baru beberapa minit lalu dia memberi keizinan untuk Mariya tinggal di sini. Dan sekarang dengan beraninya wanita itu membuka pintu kamar beradu mereka tanpa izin.
"Wah. Besarnya bilik ni.." Mariya terus masuk tanpa kebenaran Harris akmal.
"Baby. You tidur sorang-sorang ke di sini..?" Mariya terus membaringkan diri di atas katil perjuangan Harris akmal dan Nadira.
Harris akmal mengepal penumbuk dia benci dengan diri sendiri. Kenapa dia harus bawa balik Mariya kesini! Dia betul-betul bodoh.
"I lebih selesa tidur sorang-sorang tanpa gangguan dari sesiapa pun Mar.." Harris akmal berjalan kearah Mariya.
dia terus merentak tangan Mariya turun dari katil.
"I dah nak masuk office ni.." Dia menarik tangan Mariya untuk keluar dari bilik itu.
"Biyyy.. Bagilah I stay dekat sini eh kite bakal jadi suami isteri juga nanti boleh lah eh.." Mariya terus memeluk tubuh Harris akmal dengan mengoda.
Harris akmal melihat di atas katil. Dia masih terbayang bagaimana hari-hari nya bersama Nadira di sana.
Isterinya lebih arif mengoda dirinya hingga tersungkur di lantai. Tambah pula dengan pakaian tak cukup kain yang di belinya beberapa bulan lalu.
"Baby.." Mariya memegang bahu Harris dengan memujuk.
"Suka hati you lah I pergi dulu.." Harris akmal meninggalkan Mariya sendiri disitu.
"Thanks baby yahoooo..." Dia terus berlari naik keatas katil dengan sorakan kemenangan.
Harris terus melangkah kaki hendak turun ke tangga Tiba-tiba.
Dia beralih ke bilik Nadira yang agak jauh dari room king.
"Bilik itu." Nafas di atur semula dan dia berjalan kesana.
Harris akmal masuk ke pejabat agak tengahari, dia melihat meja kerja Nadira kemas laptop masih terpasang tapi tiada orang di situ.
"Umiee nak ais cream.." Nadira dan Aqtar berpimpin tangan ke meja.
"Tadi uncle Alif dah belikan. Jangan makan banyak-banyak sayang awak sakit gigi nanti."
"Siapa yang susah sayang."
"Awak tu bukan nak mengadu dengan Umie kalau awak tengah sakit ke ape.."
"Hihihi.."
"Sengaja ya nak Umie berleter ni.." Mereka terus ke meja.
"Kau pergi mana..?" Harris menarik kerusi.
dia langsung duduk di depan meja kerja Nadira.
"Oh.. Tengku dah balik selamat pulang Tengku Harris.." Dia menunduk hormat.
"Papi.." Aqtar Danish berlari anak kearah Harris pun.
"Ya allah makin montel kau sekarang Aqtar.." sisi pipi anak nya di tekan-tekan dengan geram.
Dia geram dengan pipi montel sang anak.
Nadira kembali membuat kerja.
Dia tak hiraukan lelaki itu lagi kerana Mariya sudah menakluk hati suaminya, hingga Harris akmal sanggup bawa gadis itu pulang dan tinggal bersama mereka.
"Ermm.. Kau sihat..?" dia meneliti jari jemari Nadira.
"Sihat alhamdulillah.." ia mengangguk kepala sedikit.
"Mana cincin tunang dengan cincin kahwin kita, Nadira." hatinya mulai berkecamuk Nadira betul-betul dah benci dirinya sekarang ni.
"Ouh itu-itu.."
"Itu apa?" Suaranya di tekan biar Nadira tunduk padanya seperti selalu.
"Umie.." Aqtar menepuk tangan dengan senyuman dibibir.
"Ya sayang. Duduk baik-baik tau.." Nadira melambai tangan pada Aqtar.
"Sejak bila kau ubah semua barang-barang kau ke bilik sebelah? Bonda bagitahu kau ke yang aku akan bawa Mariya duduk dengan kita sekali..?"
"Aku harap kau boleh berkongsi kasih sayang dengan dia mulai hari ni."
"Tapi tolong jangan cari masalah dengan bakal isteri aku tu."
Sebab aku terlalu sayang dia lebih dari segala-galanya tau."
"Baik Tengku Harris Akmal. Saya Nadira Safira menurut perintah dari anda."
"Saya tahu siapa diri saya di sisi Tengku sejak kita mulai mendirikan rumah tangga enam bulan lalu."
"Tengku jangan kuatir saya bersumpah dengan nama Allah SWT yang saya tak kan sesekali berfikir untuk nak berebut apa-apapun dari Datin Mariya."
"Tengku faham bukan..?" Jujurnya dia sudah tawar hati dengan lelaki itu.
"Oh dah berani kau sekarang."
"Kau dah ada jantan lain ke..? And kau teruskanlah dengan sikap macam ni perempuan."
"Aku akan pastikan kau tak kan dapat sesen pun harta dari aku faham?" Harris terus bangun dan berjalan masuk ke dalam bilik.
"Hantar file RDF ke dalam sekarang jugak."
"Aku nak semak sebelum di luluskan." Dia terus menutup pintu bilik dengan keras.
BAM.
Pekerja-pekerja yang lain sudah pulang sebelum jam enam, sedangkan Nadira masih di pejabat.
Ia sebagai personal assisten Harris Akmal, ia terpaksa pulang lewat dari yang lain.
BRAKK
"Aduhhh..."
"Eh maaf cik maaf.."
"Tak pe.. Tak pe.."
"Nadira..?" Lelaki itu terus berdiri tegak.
"Encik s-iap-a.?" Tergagap-gagap dia di depan lelaki itu.
"Saya. Saya Riezal.."
"Riezal.?"
"Ya.. Awak dah lupa tentang Shasha ke..? Rakan sekolah awak dulu."
"Saya lelaki yang hampir-hampir nak terlanggar awak dulu." Bersinar anak mata lelaki itu bila dia mengingati kejadian dulu.
"Shas.? Haa!! Ya allah encik ni lah yang.. ohhh.." Nadira terus menggeleng kepala.
"I-ya. Hehe maaf sebab saya selfish masa tu."
"Saya betul-betul terlupa nak minta maaf dengan awak.
"Saya harap awak masih ingat tentang kejadian hari tu, dan awak mahu maafkan saya yang blur ni.."
"Saya dah maafkan encik pun."
"Saya pun tak hati-hati masa tu sibuk sangat nak jumpa dengan Sha."
"Dia kan kena pergi bali seminggu sebab ada urusan keluarga dekat sana."
"Saya pun tak fikir panjang. Nah nasib baik tak kena lenyek dengan bumper kereta awak tu." Nadira tergelak kecil di dalam niqab.
"Hahaha. Perli.. Oh pandai main perli sekarang." Semakin membara Riezal untuk mendapatkan Nadira yang sekian lama dia tunggu dari usia remaja hingga sekarang.
Dia bukan GAY!
"Eh! Maaf.. Maaf bukan perli lah.."
"Datin.." Alif terus mendapatkan Nadira di depan lobby yang semakin kurang staff disana.
"Alif. Awak dari mana ni.?"
"Saya ke atas tadi Datin dah takde. Guard cakap Datin turun guna tangga betul ke..?"
"Tadi saya dengar diorang tengah upgrade lift tadi."
"Ramai staff yang balik sebelum pukul enam rasanya. Saya pun guna tangga kecemasan di hujung sana saja ni."
"Oh patutlah ramai sangat saya tengok diorang keluar dari sini tadi ingatkan diorang saja-saja balik awal.." Alif menunduk hormat kepada Riezal.
"Saya sarankan awak kena selalu awasi keselamatan Datin awak ni Alif."
"Bukan apa kadang-kadang tu banyak kali CCTV dekat sini buat hal."
"Tambah pula majikan awak ni seorang wanita muda. Bahaya tu ada saja dekat mana-mana."
"Please alert lebih ketat lepas ni ya Alif.." Riezal menepuk bahu lelaki di sebelah Nadira dengan senyuman lebar.
"Terima kasih Tuan atas nasihat nya. Insha-Allah saya akan perketatkan lagi kawalan, atas majikan saya yang seorang ini." Alif tersenyum sambil mengangguk kepala.
"Awak dengar tu Nadira. Kalau dia ingkar awak bagitahu saya. Biar saya pulas telinga dia sampai berpusing tiga ratus enam puluh darjah nanti."
"Apa..?? EH sabar! Jangan-jangan. Dia orang kepercayaan saya ni."
"Haduhai putus telinga anak orang tuan Riez." Nadira menolak dengan kedua-dua tangannya tanda protes.
"Hahaha. Saya gurau saja Nadira aduh sakit perut saya dengan awak ni masih tak berubah ya.."
"Kami minta diri dulu tuan Riezal."
"Terima kasih ya.." Alif yang sedia dengan barang-barang kerja majikan menunduk hormat dengan senyuman lebar.
"Ya.. Oh by the way ini Card saya."
"Jika perlu apa-apa just call me walaupun di tengah malam ya.." Riezal memberi sebuah Card kepada Alif.
"Oh... Baiklah terima kasih sekali lagi. Saya minta diri dulu assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.. Hati-hati drive tu Lif."
"Ingat majikan awak ada bersama! Ingat!! Nyawa dia nyawa awak Lif jika apa-apa berlaku tolong jangan pernah tinggalkan dia sendiri."
"Faham.." Sempat dia menitip pesan atau lebih kepada amaran keras untuk lebih bersiap siaga dengan apa-apa keadaan sekalipun.
"Baik-baiklah saya faham encik.." Alif menunduk wajah dia jadi serba salah.
Selama ini Tengku Harris tak pernah pesan apa-apa pun seperti Riezal memesan sekarang ini.
"Saya pergi dulu ye tuan Riez.."
"Ya. Hati-hati Sa.. eh Nadira.."
Dia melihat Nadira dan Alif keluar dari pusat lobby untuk ke parking kereta yang ada diluar sana.
Satu Card lagi di pandang sepi.
Dia menggigit bibir sendiri. Dia tahu jika dia beri Card nama kepada Nadira tadi.
Pasti wanita itu tak akan mengambil nya kerana dia masih isteri kepada Harris Akmal.
See !! Dia masih boleh berfikir dengan bijak.
Kadangkala tu otaknya sedang ligat memikirkan strategi untuk memisahkan Nadira dan Harris sekali lagi.
Jika sebelumnya tak berjalan sama sekali dia harap kali ini pasti berjaya dengan tangannya sendiri.
Share this novel