Wanita bertudung litup duduk di depan Harris akmal yang lagi merapikan pakaian.
Ia bercekak dada sambil memuncungkan bibir.
"Kenapa lagi. Apa yang tak cukup?" Harris akmal beralih wajah kearah wanita itu.
"Kenape abang tak pernah cakap yang abang dah berkahwin dengan perempuan tu.." Ia bangun dan berjalan kearah Harris akmal.
"Kenapa? Cemburu.." Harris Akmal tersenyum lagi.
"Tak !! Tapi sayang sakit hati dengan abang."
"Perasaan sayang ni bagai di robek-robek bila tahu abang berkahwin dengan perempuan tu."
"Sampai hati.." Ia terus memeluk pinggang Harris.
"Nama pun jodoh, Siapa sangka.." Harris akmal tersenyum lebar bila mendengar suara tawa wanita yang berada dadanya.
"Abang.. Bila abang nak masuk meminang sayang? Dah lama kita terpisah dulu."
"Hurm dan sekarang ni kita dah bertemu semula, Apa kata kalau kite mendirikan rumah tangga sekarang."
"Nak tak.?" Jasmine mendongak memandang wajah Harris lagi.
"Jasmine, Dulu dan sekarang waktu dah tak sama kau berhak bahagia tanpa aku."
"Pergi ya.." Harris akmal menolak bahu Jasmine menjauh.
dia mengambil handfone dan terus berjalan keluar dari bilik hotel itu.
"Sayang pun mahukan abang juge.." Ia menangis semahu-mahunya bila di tinggal lagi oleh Harris lagi.
SEBULAN KEMUDIAN.
Harris akmal terus bangun dari baring. Di ruang tamu rumah di perhati lama. Ya dia tertidur di atas sofa selepas pulang dari pejabat.
"Ugh! Tak guna betul.."
Tak habis-habis nak ganggu aku." Ia mengusap wajahnya berkali-kali hingga bayangan wajah Jasmine hilang dari ingatan.
Jasmine sudah mati kerana menggugurkan janin nya tanpa kerelaan.
Maria pula sudah mengandung sekali lagi. Ia tak kisah jika itu bukan dari darah dagingnya, Malah dia tahu apa yang Maria lakukan di luar sana.
Asal kan sakanya tak ganggu Nadira.. Itu sudah membuat hatinya tenang seketika.
Semua itu demi saka-bakanya yang selalu kehausan.
"Abang, Kenapa ni..?" Nadira duduk di tepi sofa rambut yang jatuh ke tepi dahi Harris di tolak perlahan ke tepi.
"Hm aku mimpi buruk Yunk.." Dada kanan di tekap dengan tapak tangan.
"Um yeke.?" Nadira tersengih bila mendengar rungutan dari mulut sang suami.
"Betul lah Yunk! Kau ni main sengeh-sengeh pulak." Pinggang Nadira di rakul kemas.
"Abang balik tadi dah lewat, Lepas tu tidur pula mase maghrib, syaitan mana jer tak suke huh.."
"Dah abang pergi naik atas mandi solat lepas tu turun makan ye."
"Sayang ade masak sikit ni.." Nadira mencium dahi Harris sebelum dia beredar pergi ke dapur.
"Solat..? Hm lambat lagi." Harris akmal terus berlari anak naik ke bilik.
"Papi.." Aqtar Danish berlari memeluk tubuh Harris yang sudah masuk ke dalam bilik.
"Dari mana ni..?" Harris akmal sempat mengelus lembut rambut anak teruna ya.
"Dari bllik, Umie panggil Papi tadi tapi Papi dah tidur dekat ruang sane." Aqtar sudah duduk di tepi katil.
Berkerut dahinya bila mendengar kata-kata dari Aqtar.
"Tadi Umie ada dekat mana Qtar."
"Bukankah Umie dekat bawah ke tadi..?" Harris duduk di sofa.
"Takdelah, Lepas solat maghrib tadi kami terus mengaji dengan umie.. kenapa Papi.?"
Harris akmal mengigit bibir sendiri dadanya mula berombak agak kasar.
"Papi. Papi tak apa-apa ke..?" Aqtar Danish terus bangun dan berjalan kearah Harris.
CLIK.
Nadira berjalan ke sofa ia terus duduk di sebelah Harris Akmal.
"Assalamualaikum abang, dah solat ke.?" Nadira mencium tangan suaminya.
Ehem.
"K-kau dari mana ni.?"
"Saya dari bilik solat, Aqtar nampak abang balik tadi lepas tu tidur dekat sofa."
"Kenape ni abang.?" Nadira mengurut dada Harris.
"Y-Yunk argh.." Kedua tapak tangannya naik memegang pipi Nadira.
"Abang kenapa ni..?" Nadira dan Aqtar sudah mengepung tubuh Harris.
"Ya allah.. s-sakit.." Dada kanannya di tekan kuat.
"Abang! Abang jangan takutkan saya.." Nadira terus mengusap dada Harris berkali-kali dengan linangan airmata.
"Papi !!!! Bangun.. bangun.." Mereka terus mengoncang lengan Harris akmal yang sudah terduduk kaku.
Matanya di pejam rapat.
"Call ambulans sekarang! cepat!!!" Ia terus memaku kepala Harris di dadanya.
Aqtar berlari keluar dari bilik dia terus mengambil fhone tangan di tepi tangga.
Sudah seminggu Harris terkapar-kapar di atas katil pesakit. Rohnya berjalan ke sebuah hutan tebal, ia langsung tak tahu dia berada di mana sekarang ini.
HAHAHA.
HAHAHA.
"Bertemu lagi kita Harris Akmal."
"Selamat datang ke dunia gelapmu, bagaimana kau rasai semuanya di sini.?" Bayang kabus hitam itu menerjah sisi wajah Harris.
Harris akmal memerhati sekeliling, Dia berada di dalam hutan yang amat dalam tiada sesiapa di situ.
Bunyian cengekrik memecah suasana.
Harris membaca mantra sesungguhnya, ia tahu ini permainan musuhnya.
HAHAHA.
"Harris, aku kenal siapa saka-bakamu."
"Aku juga seperti saka-bakamu, aku juga turut di bela lalu di beri sesuap darah. Hahaha."
"Berhenti bermain setan."
"Aku kenal wujud kau, aku kenal siapa Tuan kau. Sayangnya Tuan kau terlalu lemah."
PUIH.
Harris meludah ke tanah.
HAHAHA.
"Kau bukanlah lawan aku manusia."
"Dan kau bukan lawan aku syaitan, pulangkan semula apa yang kau dah ambil."
"Pulangkan. !!!" Harris menghentak kaki.
BRAK
Debu-debu di depannya bergelimpangan terbang meninggi.
HAHAHA.
Sekali lagi suara itu gelakkan Harris entah dari mana.
"Lepaskan isteri aku." Harris akmal mengepal penumbuk.
"Nadira Safira ke yang kau maksudkan itu..? Dia sudah ada bersama kami."
HAHAHA.
Harris akmal terdiam kaku otaknya kosong.
"Aku perlukan darah dia.." Suara itu betul-betul berada di gegendang telinga Harris.
"Dia isteri aku! Engkau semua tak ada hak nak rampas dia dari aku, Jangan harap atau aku bakar kau semua hidup-hidup.." Harris akmal mengugut suara itu.
"Aku lapar.."
HAHAHA.
HAHAHA.
Harris akmal menggeleng kepala.
BRAK
Tiba-tiba tubuh Harris akmal melayang jatuh ke tanah.
Uhuk.
"Argh sial." Darah di tepi bibir diseka laju.
"Hahaha. Harris, Harris. Berjumpa juga kita." Lelaki memakai mask berjalan di depan Harris.
"Kau. !!"
"Ya aku, Riezal.." Ia membuka mask di wajah.
"Kau cakap aku lemah.? Tapi sekarang ni siapa yang tumbang dulu."
"Lepaskan aku sial. Argh !!!" Tangan dan kakinya di pasung dengan beberapa makhluk hodoh.
Di alam nyata ahli keluarga Harris tak henti-henti membaca ayat kursi dan doa-doa untuk Harris.
"Abang.. istighfar bang.."
Harris akmal meronta untuk di lepaskan.
"Abang bawa mengucap bang.."
"Yunk kau pergi. Jangan ke sini.." Harris memerhati sekeliling kawasan itu.
"Hisk..abang.." tangan Nadira di pegang oleh beberapa orang memakai topeng.
"Sayang !! Sial. Lepaskan dia dia tak ada kena mengena dalam hal ni musibat.." dengan kekuatan zahirnya.
"Abang."
"Abang kembalilah anak perlukan abang."
"Yunk."
"Abang tolonglah, jangan takutkan saya."
"Yunk.." Harris mencari kelibat Nadira tetapi tiada di kawasan itu.
Ia terus mengamalkan mantra sesungguhnya.
Ia dapat rasakan di genggaman tangannya panas.
"Ugh Yunk."
"Yunk panggil aku Yunk.." Harris mengepal jari-jemari dengan kuat.
"Abang.. sedarlah abang."
"Nadira safira. !!!" Harris akmal terus menolak Makhluk itu ke tepi pantas dia bangun dari baring.
BAM
BAM
BAM
Suasana kembali sunyi dan gelap suara cengkerik bersilih ganti.
Mata terpejam rapat dia cuba serap aura di kawasan itu.
Suara angin meniup kearahnya menderu, Dirinya terasa melayang perlahan-lahan.
Perlahan-lahan matanya terbuka.
"Abang.. ya Allah abang dah sedar."
"Bonda.. abang dah sedar."
"Huh. Alhamdulillah.." Hatta terus mendapatkan Harris.
Nadira segera berlari memanggil doktor di kaunter luar.
Salah seorang doktor lelaki meneliti jarum jam di tangan. Doktor Azam sempat menitip pesan pada kedua nurse di situ.
CLIK.
Harris akmal memerhati kearah pintu.
"Yunk.." Harris akmal tersenyum hambar melihat Nadira berlari anak mendapatkan diri nya diatas katil.
"Abang.."
ISK
ISK
"Abang kenape.? Isk.." Nadira memeluk bahu Harris dia menangis semahu-mahunya.
"Yunk. uhuk-uhuk aku tak apa-apa.." Harris akmal menepuk belakang tubuh Nadira.
Ia masih merasakan aura Nadira masih terperangkap di alam lain, keadaannya yang penat dan letih membuat musuh-musuh saka-bakanya mengambil kesempatan ke atas-nya.
Share this novel