•EPISODE: 23

Drama Completed 221360

Anis dan Diana duduk di sofa berhadapan dengan tv mereka masih menanti Nadira keluar dari bilik air.

Nadira Safira melihat ke jam di dinding sudah berginjak pagi, tak lama lagi dia mahu menunaikan solat dhuha sebelum tidur.

"Akak tak tidur lagi.?" Nadira keluar dari bilik air.

"Nadira. Sampai bila awak tetap nak berkurung dekat sini." Anis berjalan kearah Nadira.

Anis terus duduk di sebelah Nadira.

"Ha'ah, tak rindukan anak awak ke kat rumah tu.?" Diana pun mengekori langkah Anis.

"Nadira, Tak baik tau membelakangkan suami macam ni dosa besar tahu tak."

"Baliklah Nad, kami risau. Macam mana kalau Tengku betul-betul buat hal nanti." Anis merenung wajah Nadira.

"Dia dah buat semua tu, Biar jelah." Jari jemarinya di genggaman kasar.

"Nadira. Akak nak bagitahu ni ya, Kita sebagai isteri tak boleh fikir buruk sangka pada suami sendiri. Itu sangat-sangat di larang oleh agama Nad." Anis mengurut bahu Nadira.

Dia kasihan melihat Nadira begini.

"Macam mana pun dia tetap syurga bagi kau, Nad.." Diana menggeleng kepala.

Nadira hanya tersenyum nipis bila Diana menasihati nya begitu.

"Terima kasih sebab ingatkan Nad, Tapi buat mase sekarang ni. Nad tetap dengan keputusan Nad sendiri."

"Maksudnya.??" Anis dan Diana takasima sendiri.

"Nad takkan balik selagi dia tak berubah. Dia ada ego? Nad pun ade ego jugak, biar lah dia nak buat ape sekali pun Nad dah tak perduli.."

"Nad. Tak.." Diana mematikan kata-katanya.

Drttt

Drttt

Drttt

"Siapa tu..?"

"Hm. Siape lagi kak kalau bukan hamba Allah yang sorang tu." Nadira mematikan panggilan telefon.

Diana terus bangun dan berjalan kearah Nadira. Bahu Nadira di peluk lama.

"Nad, Akak harap sangat kau boleh maafkan Tengku, Dia pasti akan berubah punye percayalah. Insha-Allah."

"Hm.. Insha-Allah akak Diana." Nadira terus off fhone.

Ans dan Diana tercengang sendiri bila melihat Nadira buat begitu.

"Sampai kau nak sorokkan diri dekat hotel ni Nad.? Percayalah cakap akak kau ni Nad"

"Tak lama lagi dia pasti datang sini pujuk kau. Cayelah.." Anis bercekak tubuh.

Nadira hanya mampu tersenyum sendiri.

TING

TONG

TING

TONG

Mereka bertiga beralih ke arah pintu bilik hotel.

"Siapa pula tu.?" Diana ingin bangun tetapi dirinya di cegah Nadira.

"Akak tahu bukan siapa di luar tu.? Ingat jangan sesape pun berani buka pintu tu Nad tak izinkan. Faham." Nadira hanya mengerling jam di dinding.

Sudah pukul satu pagi.

"Akak Anis, akak Diana pergi lah tidur dah lewat ni. Nad nak solat sunat kejap." Ia terus bangun dan berjalan ke tandas.

TOK

TOK

TOK

TOK

TOK

Bergema pintu bilik hotel itu dengan ketukan bertalu-talu.

Anis dan Diana sudah berlari masuk ke bilik masing-masing.

"Kau nak buka ke?" Diana berpelukan tubuh dengan Anis.

TOK

TOK

TOK

TING

TONG

TING

TONG

TOK

TOK

TOK

Semakin lama semakin kuat pula bunyi ketukan di pintu luar.

"Kau jangan buat hal! Ini dah tengah malam tau." Anis menolak bahu Diana ke tepi.

"Tidur lah aku mengantuk ni.." Anis terus membaringkan diri di atas katil.

"Kau boleh tidur sis? Telinga aku ni dah naik bingit tau sebab ketukan pintu tu. Setan betul." Diana menutup pintu bilik dengan kuat.

"Fulamak, berani kau eh hahaha." Anis tergelak sambil menepuk tangan dengan gemuruh.

Selesai solat sunat dhuha, Nadira on fhone semula. Beberapa notication menderu menjengah screen iPhone 15S

Ia tersenyum lebar di dalam telekung.

"Ni baru sikit, Abang. Saya takkan pernah percayakan abang lagi. Maaf !! Hati saya dah mati untuk berbaik dengan abang lagi." Nombor telefon Harris akmal di blocknya terus.

"Nadira.."

"Ihihi Nadira.."

Nadira beralih kearah suara tersebut tetapi hanya ada dinding putih tanpa ada apa-apa pun di situ.

"Tak habis-habis lagi dengan saka baka diye."

"Sehari tak ganggu, Memang kau tak senang duduk eh. Tunggu kau.." Ia terus membaca doa pendinding diri dengan memejam mata.

"Argh."

"Huarggh."

"Arghh."

"Argh."

Dalam beberapa minit bunyi nyaring itu lesap dengan sendiri. Nadira terus membuka telekung dan di sangkut pada sofa.

Anis dan Diana terjaga dari lena bila ada suara teriakan yang sangat kuat dari kamar mereka.

Mereka berdua berlari ke bilik Nadira.

"Nad, Ka..kau dengar tak suara tadi?" Tergagap-gagap Anis bertanya.

"Suara ape kak? Nad baru habis solat ni. Tidur lah esok kang bangun lewat pula." Ia tersenyum lebar melihat kecutnya di wajah Anis di atas katil.

"Tapi tadi tu.. Bunyi dia macam.." Anis menutup mulut.

"Macam kepanasan kan..? Biarlah. Maybe hidup dia dulu suke menyusahkan orang kot sebab tu dia layak dapat sakit."

"Jadi biarkan jelah dia, kak.." Nadira terus melipat sejadah dan dia berjalan ke sisi katil.

Harris akmal yang berada di bilik bersebelahan dengan bilik Nadira. Sungguh dia kepanasan, Dia tak sangka Nadira Safira sudah berani berbalas dendam terhadapnya.

UHUK.

UHUK

"Argh."

"Kau lemah." Harris menuip sesuatu di depannya.

"Dia bukan siapa-siapa pun tapi kenapa kau tak boleh bawa dia datang jumpa aku huh.? Kenapa.?" Harris terus menyimbah air limau kearah makhluk itu.

"Argh !!! Dia bukan lawanku."

"Dia punyai perisai."

"Argh."

"Kau bodoh." Harris terus membaca mantra berkumat kamit.

Tiba-tiba makhluk hodoh itu hilang dari pandangan.

"Sayangku Nadira Safira."

"Nurul Nadira Safira, aku menyeru namamu. Kembalikan semula padaku."

"Akan ku diberi semua derita ini untuk mu Nadira Safira." Berkumat kamit ia memuja nama isterinya.

Nafasnya menderu desah kerana sang isteri.

BUGK

"Ark. Sial." Harris terpelanting ke tepi dinding.

Bayangan putih bertentangan dengan Harris Akmal.

"Jangan berani ganggu Nadira lagi."

"Kau siapa, Kenapa kau ganggu pemujaan aku hah.?!! Siapa kau."

"Aku hamba yang di suruh seseorang untuk melindungi Nadira Safira. Aku memberi amaran padamu Harris, jangan cuba-cuba mahu ganggu wanita itu lagi."

"Kau. !!! Kurang ajar."

BUGH

Kelibat itu terus menghentam tubuh Harris Akmal tanpa amaran.

BUGH

BUGH

BUGH

"Argh.!!!!"

"Aku beri amaran kepada mu, Harris Akmal jangan sesekali menyakiti perasaan wanita itu atau kau lawan dan tantang aku."

"Kau. Argh.." Darah dari paru-paru nya sudah keluar dengan banyak dari mulut.

"Aku pergi." Bayangan putih itu beransur pergi dengan kepulan asap nipis.

"Sial. Apa benda tu? Jangan-jangan itu jin belaan Nadira tak. Shit." Ia menekan dada kanannya berkali-kali hingga wajahnya sedikit memucat.

Darah pekat yang masih tersisa di dalam mulutnya di ludah kasar ke atas kain merah yang ada di depannya.

Jurusnya.

Ia belum mahu kalah dengan makhluk tadi. Sesungguhnya ia masih mahukan Nadira kembali kepadanya selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience