•EPISODE: 44

Drama Completed 221360

Sejak-sejak kandungannya bertambah usia selalu saja dia merengek-rengek mahukan perhatian dari sang suami.

Selepas makan tengahari di dalam bilik hotel, Nadira meminta orang-orang Harris membeli jajan paling sedap yang ada di sana.

Dengan seronoknya dia bila Harris memberi kebenaran untuk dia makan makanan yang ia inginkan.

"Hati-hati Yunk makan tu."

"Baik abang, sedap betul keropok lekor ni tak hanyir."

Harris tersenyum sambil mengangguk kepala.

"Abang nak tak.?" Nadira baru teringatkan sang suami bila keropok lekor yang di goreng tadi tinggal sekeping.

"Kenapa Yunk dah kenyang ke?"

"Kenapa abang tanye macam tu.?"

"Haish, kita tanya dia. Boleh dia tanya kita balik. Hm.." Harris membuang muka ke depan cermin.

"Hehe.. abang tak nak bukan, takpe sayang habiskan.."

Harris menggeleng kepala, Empat bungkus keropok lekor berbagai jenis di order.

Semuanya habis di baham emak buyung.

Nadira ke bilik air selepas selesai solat maghrib berjemaah dengan Harris, Harris mengambil kesempatan untuk menghubungi seseorang di tepi katil.

"Sial tu sudah tahu aku ada di sini.?"

"Okay, aku terpaksa gunakan dia lagi untuk menjahanamkan musibat tu."

"Pastikan korang berdua tak terlepas sedikit info pun tentang musibat tu."

"Aku tahu lah apa aku nak buat !!! Korang buat hal korang sudah lah." Nada suaranya di tekan dalam.

TUT

EHEM.

Harris meletakkan semula fhone di tepi sofa.

Ia bangun dan berjalan ke bilik air.

"Yunk.."

"Kejap abang, sayang sakit perut ni."

"Yunk nanti turun ke lobby ya, Farish datang ambil sayang pergi makan. Okay.?" Harris cuba sabarkan hati.

Dia terpaksa gunakan Nadira lagi.

CLAK

"Ape..? Farish datang nak ambil sayang pergi makan.?" Bersinar-sinar anak mata Nadira bila menyebut saja tentang makanan.

"Hm.." Harris Akmal terus mengendong tubuh Nadira naik ke atas katil.

"Untuk sekian kalinya tolong maafkan abang ya."

CUP

CUP

CUP

CUP

Setiap inci wajah Nadira di kucup berkali-kali.

"Abang."

"Shhh.. abang takut abang rindukan sayang lagi." ia menyedut wangian tubuh Nadira di bawah leher dalam-dalam.

Nadira tersenyum sambil mengurut rambut dan belakang tubuh Harris Akmal lagi.

Ia tahu sang suaminya sudah berubah apabila ia sudah mengandungkan putra-putra sang suami.

Iskandar mengetik bell di tepi pintu bilik Nadira, ia cuba tenangkan diri untuk berhadapan dengan Nadira.

DING DONG

DING DONG

CLACK

"Oh awak Iskan, ada ape ni.?"

"Datin dah siap ke F-farish ada di bawah sana." Tergagap-gagap dia untuk mengatur ayat.

"Oh dah tunggu ke.? Baik lah saya nak minta izin dengan suami kejap."

*Maafkan aku Datin, bukan salah sesiapa dalam hal ni tapi Tengku !! Tengku yang penyebabnya.*

Sejujurnya dia tak mahu lakukan hal ini kepada Nadira tetapi seseorang yang berpangkat tinggi menyuruh ia lakukan semua ini.

Iskandar terpaksa.

"Bye abang assalamualaikum.. Iskan jom."

"Baik hati-hati Yunk." Pesan Harris Akmal.

"Baik abang." Nadira terus keluar dari bilik hotel itu.

"Datin, ehem.. saya tak boleh nak hantar Datin ke bawah sebab saya ada hal nak bincang dengan Tengku kejap."

"Datin boleh turun sorang diri bukan.?" Tergagap-gagap ia berkata-kata.

Jujur dia takut Nadira ter-apa-apa tetapi.

Nadira terdiam seketika sambil melihat kearah Iskandar.

Lantas ia terus tersenyum sambil mengangguk kepala, ia tak pernah fikirkan bukan-bukan seperti bahaya yang menanti.

Semua kerana Harris Akmal.

"Tak ape lah, saya boleh turun sendiri." Nadira berjalan seorang diri ke pintu lift.

Harris mengenggam jari-jemari menjadi penumbuk, ia terus menumbuk dinding di depannya.

"Dah terlambat Tengku nak tumbuk dinding tu, nyawa Datin tetap jadi taruhannya." Iskandar segera berdiri di luar bilik saja.

Dia benci lelaki bernama Harris Akmal.

"Semua ni hanya untuk sementara saja Iskan, aku tak boleh lakukan semuanya sorang-sorang."

"Selama dua tahun kau buat onar ini yang kau bagi pada Datin Nadira.?"

"Kalau benar Arman tetap cari kau, kenapa kau gunakan nyawa Datin untuk kepentingan diri sendiri Tengku.?!"

"Mana janji kau nak jaga Datin selama ni Tengku.?" Iskandar meluahkan perasaan kesal dengan sikap Harris Akmal.

"A-aku.. aku terpaksa Iskan." Ia terus terduduk kaku di tepi dinding.

Kesalahan ini pasti akan membuat dia menyesal seumur hidup.

"Terpaksa. !!"

"Terpaksa. !!"

"Semua yang kau buat kerana terpaksa !!"

"Anak yang kau ciptakan di kandungan Datin pun terpaksakan, hahaha." Iskandar tak henti-henti memerli lelaki itu.

Dia tak gentar langsung dengan lelaki itu.

"Kau hebat betul Tengku."

"Hebat hahaha.." Iskandar tergelak sumbang.

"Aku benci kau, Tengku. !!" Iskandar berjalan ke biliknya lalu di buka lock pintu.

Pintu di hempas kuat.

"Arghhhhh.. !!!!"

FLASHBACK

"Lepaskan aku lah.."

"Mama tolong."

PLAK

"Mama, tolong."

"Kau jangan apa-apa kan anak aku setan !!"

"Siapa setan.? Kau dengan ahli keluarga kau memang menyusahkan."

PLAK

PLAK

PLAK

"Suami kau !! Mana barang-barang kepunyaan majikan aku hah.?"

"Mana !!!"

PLAK

"Argh. !! Sakit.."

"Bunuh saja mereka, aku akan pastikan jantan tak guna tu merana. Hahaha.."

"Humban ke saka baka Tengku, aku nak rakam semua ni. Hahaha."

"Kita nak bunuh siapa dulu ni.?"

"Kita bunuh anak-anak dia dulu lepas tu baru si emak pula."

"Good."

"Nanti dulu. Siapa mereka berempat ni.?" Harris berdiri di sebelah Qrdina.

"Diorang anak dengan isteri Arman, Arman dah buat hal Tengku."

"Dia dah ceroboh kapal selam kita Tengku."

"Betul tu Tengku, orang-orang kita habis di tembak mati di tempat kejadian."

"Aku syak ada dalang di kalangan kita Tengku."

Harris mengangguk kepala.

"Kalau dia yang mulai, kita join sekali. Bunuh saja mereka semua." Harris tersenyum sambil berjalan keluar dari gudang terbiar itu.

"Tuan !!! Jangan apa-apa kan anak aku."

"Mama.!!"

"Mama.. tolong.."

"Argh.."

BANG

BANG

BANG

Ketiga-tiga anak perempuan Arman Shah di tembak depan Qrdina.

"Kau last."

BANG

"Argh." Qrdina juga mati bergelimpangan di tempat kejadian.

Bauan darah itu membuat ke enam-enam mereka bergegas keluar dari gudang itu.

"Hahaha.."

"Hahaha.."

"Nyawa di bayar nyawa. PUIH.."

Harris kembali ke reality.

Lelaki itu berlari keluar dari bilik hotel itu. Ia berlari turun dari tangga tidak tak kisah dengan manik-manik peluh di dahi.

"Yunk tunggu aku Yunk.."

"Jangan turun dulu, Yunk.."

"Maafkan aku sayang !!!" Harris menangis mengenang kisah ia membuat onar pada Nadira dua tahun lalu.

"Aku takkan benar sesiapa pun sentuh kau sayang. Aku bersumpah. Yunk.."

Apa yang penting dia mahu selamat sang isteri dahulu walau apapun terjadi.

Salam kesayangan clls. Tentang episode tadi tu, clls tertekan public padahal tak habis menaip untuk beberapa part lagi. Jangan merajuk ya. Maafkan saya ye hahaha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience